March 23, 2025
Hiburan

Kisah Nur Sajat Kini di tonton

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali in isaya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Nur Sajat yang kini di tonton.

Semua sedia maklum dan kenal akan peesonaliti dan juga jutawan kosmetik ini iaitu Nur Sajad. Namun kini anda  dapat mendekati beliau dan juga dapat mengetahui aktiviti sehariannya lebih dekat di tonton. Siri realiti 30 episod ini telah mula bersiaran pada 28 Februari yang lalu dan sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.

Vlog yang berkisar selama lebih kurang 7 minit setiap sesi menyerlahkan lagi sisi lain Nur Sajat yang kita kenali selama ini. Tanpa skrip yang tetap menjadikan program ini lebih santai dan natural tanpa terikat dan dibuat-buat.

Rancangan yang diberi nama Nur Sajad Rated Xtra ini memberikan kita para penonton mengenai Sajad yang berhadapan dengan cabaran harian, selain berkongsi tips perniagaan. Beliau juga akan berkongsi kisah pembabitannya dalam dunia perniagaan ini sejak dari mula dalam program ini.

Lagu yang menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai penampilan istimewa

Selain itu juga, pada majlis tersebut, di The Ame Soeur Bukit Jalil, Nur Sajat juga telah melancarkan single terbarunya iaitu Makhluk Penggoda. Lagi ini mendapat sentuhan magis daripada komposer Aepol Roza dan liriknya oleh Aepol  Roza bersama Iman Imran. Jom kita saksikan sedikit petikan daripada nyanyiannya.

Majlis Berbuka Puasa tonton

Untuk makluman semua, terutama yang meminati Nur Sajat, anda berpeluang untuk memenangi peluang berbuka puasa bersama Nur Sajat ini. Selain itu juga, anda boleh dapat potongan langganan tahunan 50% untuk tonton VIP. Menarik bukan?

Untuk anda yang ingin memenangi hadiah berbuka puasa bersama Nur Sajat, bermula 1 hingga 15 April nanti, akan diadakan peraduan khas di www.xtra.com.my untuk memenangi jemputan khas ke Majlis Berbuka Puasa tonton bersama Nur Sajat. Anda hanya perlu mendaftar sebagai tonton VIP dan jawab soalan berkenaan Nur sajat berdasarkan siri vlog berkenaan.

Selain itu juga, anda boleh dapatkan potongan caj langganan sehingga 50% dengan menggunakan kod promo NURSAJAT di laman web tonton.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:

Web: www.tonton.com.my

Facebook: TontonMY

Instagram: TontonMY

Telefon: 03-27172020

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *