Nikmati Juadah Enak Di Blue Cafe Bandar Mahkota Cheras

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat smeua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu tempat makan yang menarik di Cheras iaitu Blue Cafe.

Berada di Bandar Mahkota Cheras, tempat yang begitu strategik untuk anda menikmati hidangan setelah melakukan aktiviti harian anda di bandar ini. Tak susah pun nak cari tempat ini. Buat anda yang gemarkan makan barat dan juga makanan laut, tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk anda terjahi.

Kenapa saya berkata sedemikian? Ini kerana kafe ini menyajikan pelbagai makanan enak dari sajian barat, makanan laut hinggalah sajian tempatan sendiri. Jadi ianya boleh dikatakan sebagai restoren yang menyajikan pelbagai menu.

Kalau anda menghadapi masalah untuk memilih tempat makan, kafe ini sememangnya menjadi pilihan yang tepat dengan pelbagai menu yang mencakupi pelbagai pilihan. Tak  lupa juga kepada pengamal makanan vegetarian, kafe ini juga menyajikan makanan vege untuk kalian.

Yang lebih menariknya, konsep kafe ini adalah dengan menyediakan pelbagai ruang untuk anda menikmati makanan anda. Anda boleh menikmati ruangan di ruangan terbuka di bawah ataupun di tingkat atas.

Ruangan bersila

Untuk di tingkat bawah, ruangan terbuka juga ada untuk sesiapa yang merokok dan juga ruangan terbuka untuk berborak biasa. Di ruangan atas terdapat ruangan meja jepun dengan makan secara bersila. Ini memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang selesa bersila sambil membawang. Selain itu juga terdapat ruangan sofa dan tempat makan biasa di sini. Ruangan ini berhawa dingin dan sesuai untuk mengadakan majlis tertutup (private event).

Ruangan sofa
Ruangan makan biasa

Baiklah jom kita lihat hidangan apa yang ada di sini untuk tatapan anda. Antaranya adalah Chicken Chop, Cheese Chicken Chop, Mix Grilled Platter, Lamb Shoulder Chop, Spaghetti Vongole, Seafood Cioppino dan Fish & Noodles.

Seafood platter – gabungan pelbagai jenis masakan laut dan sesuai untuk dimakan beramai-ramai
Smoked Duck Aglio Olio
Fish n Chips
Oblong Beef Burger
Lamb Chop
Chicken Chop
Smoked Duck Pizza

Yang menarik di Blue Cafe ini adalah, anda dapat menikmati piza yang diperbuat daripada rendang. Menarik bukan? Dan pastinya piza ini memang enak dan kena bila ditambah rendang kepadanya. Sedap! Dan pastinya piza rendang ini crispy! Pada roti dasarnya lah. Hehehe

Redang Pizza

Banyak pilihan untuk air. anda boleh pilih untuk menikmati air bergas ataupun tidak. Di sini terdapat  Iced Caramel  Latte, Peach Mojito, Ribena Lemon, Blue Lagoon, Strawberry Soda, Rosie Special dan banyak lagi.

Antara minuman bergas yang ada di sini

Selain itu juga, di sin iterdapat  Rosie Caffe Latte. Apa yang menariknya mengeai  Rosie Caffe Latte di Blue Cafe ni adalah penggunaan gulanya. Gula yang digunakan berperisa ros yang menjadikan air ini wangi apabila diminum. Sangat digalakkan untuk dicuba oleh anda yang inginkan kelainan dalam menikmati kopi anda.

Selain itu juga terdapat manisan pencuci mulut yang patut anda cuba bila bertandang ke sini. Saya telah mencuba tiramisu dan brownies mereka. Memang sedap dan tiramisu mereka memang terbaik. Smooth dan creamy sahaja bila dimakan.

Tiramisu

Brownies pula memang kena dengan aiskrim vanila yang disajikan .Ditambah pula dengan kek yang mempunyai kekacang, rasa kacang memang menjentik deria rasa bila disuap ke dalam mulut. Anda patut cuba yang ini.

Brownies

Jadi buat anda yang inginkan pengalaman makan yang lebih menarik, jangan lupa untuk mencuba segala menu yang terdapat di Blue Cafe ini ya. Saya pasti anda akan gembira dan datang lagi dan lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kafe ini bolehlah melayari mana-mana medium di bawah

Blue Cafe
No. 7, Jalan Temenggung 25/9
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras
43200 Cheras, Selangor

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge