Lihat Kehidupan Binatang di Borneo Natural Sukau Bilit Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Borneo Natural Sukau Bilit Resort.

Untuk makluman semua, pada hujung bulan lepas, saya telah berpeluang untuk berkunjung ke Sandakan. Ini merupakan pertama kali saya bertandang ke sini. Sebelum datang ke sini, saya telah membaca pelbagai rujukan untuk mengetahui apa yang boleh saya lakukan di sini. Ianya memang menarik minat saya untuk melihat monyet Belanda ataupun dikenali sebagai Proboscis Monkey.

Sungai Kinabatangan, menyimpan seribu rahsia untuk diterokai

Untuk makluman semua, monyet ini tidak dapat dijumpai di Semenanjung. Ini merupakan satu pengalaman yang terbaik buat saya. Oleh sebab keterujaan yang melanda, saya memutuskan untuk ke Borneo Natural Sukau Bilit Resort. 

Saya memilih Borneo Natural Sukau Bilit Resort kerana kawasan ini cukup strategik yang terletak berhampiran dengan Sungai Kinabatangan. Pakej yang ditawarkan juga memang menarik. Jadi, tanpa membuang masa saya telah memilih pakej untuk 3 hari 2 malam. Ianya memang menderu adrenalin saya untuk menyertai aktiviti ini.

Pelancong asing juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam semulajadi di negara kita

Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort ini anda akan dapat merasai pelbagai pengalaman yang menarik sepanjang berada di sini. Berikut saya kongsikan pengalaman-pengalaman indah yang saya dapat sewaktu berada di sini.

1. Bermalam di bilik yang berada di dalam alam semulajadi

Bila sahaja sampai kesini, saya cukup terpengun, di sebalik hutan yang merimbun, terdapat penginapan yang indah. Namun tahukah anda, disebalik ciptaan resort ini, tiada pohon yang ditebang. Ianya adalah untuk memastikan pepohonan seperti sedia ada. Cukup menarik sekali apabila membuka mata, terdapat kehijauan dan kicauan unggas yang berbunyi ditempat penginapan ini.

Namun hati-hati, kerana ada juga binatang yang tidak dijemput menjengah kediaman anda seperti nyamuk dan belalang. Tapi tak mengapa, itulah resmi hutan. Tak sah kalau mereka tak ada bukan? Jadi satu pengalaman yang menarik. Jangan bimbang kerana bilik anda dilengkapi dengan kelambu dan ubat nyamuk.

2. Melihat Buaya Di Sungai Kinabatangan

Jujur untuk saya katakan, sebelum ini, tidak pernah untuk saya melihat buaya secara langsung di sungai dengan mata kasar. Jika ada pun, sebelum ini hanyalah di zoo ataupun taman haiwan. Ianya dijaga rapi supaya tidak bertemu secara langsung dengan manusia.

Namun kali ini pengalaman yang cukup menarik buat saya kerana saya dapat lihat buaya secara langsung dari atas bot. Buaya dengan bersenang lenangnya berenang di dalam sungai. Fuh! memang mendebarkan buat saya yang takut akan buaya ini.

Namun ini menjadi pengalaman manis saya kerana dapat bertemu dengan buaya ini. Bagi penduduk setempat, pekara ini adalah biasa bagi mereka. Namun apa yang mereka lakukan, adalah berhati-hati dalam setiap gerak langkah supaya tidak menjadi mangsa Sang Bedal ini.

3. Belajar Tentang Flora dan Fauna

Tidak hanya buaya, anda juga akan bertemu dengan monyet Belanda yang menjadi ikon negeri Sabah ini. Tidak sah kalau anda ke Sandakan tanpa bertemu monyet ini. Kami cukup bernasib baik kerana monyet ini sendiri datang bertemu kami di tempat penginapan kami. Wah! Nak bertegur sapa ya si monyet. 😉

Monyet Belanda yang menyapa kami

Selain itu juga, anda dapat melihat pelbagai lagi kehidupan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang Sungai Kinabatangan ini. Terdapat petugas yang akan menerangkan kepada anda mengenai hidupan-hidupan ini. Memang menarik dan sesuatu benda yang baru bagi saya belajar tentang hidupan ini.

Segerombolan monyet sedang berehat di tebing sungai
Burung helang yang terbang bebas di angkasa raya
Rerama di celahan pohonan malam
Anda boleh nampak sesuatu? Biawak!
Bangau oh bangau, kenapa kau masih kurus?
Keluarga bahagia ibu monyet dan anak-anaknya.

Banyak yang telah saya pelajari sepanjang berada di sini. Ianya pasti menjadi kenangan terindah dalam hidup saya. Melihat buaya dengan mata kasar dan di alam nyata membuatkan saya terfikir, bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian bersama sang bedal ini.

Fauna juga tidak dilupa

Inilah resam kehidupan, ya atau tidak kita hendaklah melaluinya dengan penuh waspada dan berjaga-jaga. Di dunia ini, tidak kita sahaja yang tinggal. Masih ada juga mahluk ciptaan Allah yang lain turut menghuni. Samalah kita menjaga flora dan fauna kerana kita saling melengkapi.

Buat anda yang teringin untuk berkunjung ke sini, berikut adalah pakej yang boleh anda pilih. Ianya memang berpatutan dan berbaloi untuk anda pilih.

Harga untuk Pakej 3D2N – River Safari:
Dorm – RM385 seorang
Cottage – RM477 seorang (perkongsian duo)
Deluxe – RM530 seorang (perkongsian duo)
Buat anda yang terfikir mahu ke Kinabatangan, jangan bimbang kerana terdapat bas yang disediakan dari Bandar Sandakan
Harga termasuk:
Pengangkutan pergi/balik Hotel Sandakan (pick-up point)
4x river cruise
1x night walk
1x jungle trekking
Penginapan – serius mewah!
Makan dan minum sepanjang penginapan
Buat anda yang ingin membuat tempahan, bolehlah berbuat demikian melalui mana-mana medium seperti di bawah.
Tempahan:
 Tel +608 921 8372 atau +6017 927 9128 (Fred)
 Laman web:

Salam sayang, dan salam hijau dari saya. Teringin rasanya ingin ke sini lagi. Sampai berjumpa lagi Borneo Natural Sukau Bilit Resort!

Senja di Kinabatangan. Sesuatu yang dirindui!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

19 thoughts on “Lihat Kehidupan Binatang di Borneo Natural Sukau Bilit Resort

  • April 12, 2018 at 12:24 pm
    Permalink

    Subhanallah cantiknya ciptaan Allah. Sesuai orang yang sukakan alam semulajadi.
    jauh dari bandar dan mesti tenang je.
    Pengalaman macam ni la yang tak dapat diganti.

    Reply
  • April 12, 2018 at 12:38 pm
    Permalink

    Bestnya Amir dapat pengalaman meneroka Borneo..memang pengalaman indah tu..seronoknya..pakej pun tak mahal kira worth it kan…semua benda kita dapat explore..psst…nak tanya..x seriau ke tengok buaya tu…part biawak atas dahan pokok tu akak seriau…buatnya dia terjatuh dalam sampan ke boat ke…oh gosh imaginasi akak tinggi…hahahaha..tapi andai diberi peluang akak nak pergi

    Reply
  • April 12, 2018 at 1:27 pm
    Permalink

    seronoknya dapat merasai keindahan alam di Borneo..Salah satu tempat pelancongan yang pelancong suka nak ke sana kan.Bukan mudah nak rasai keindahan alam semulajadi di mana-mana tempat..Dan ini salah satu tempat yang kita boleh rasai alam semulajadinya

    Reply
  • April 12, 2018 at 1:37 pm
    Permalink

    Memang syok sangat pengalaman kat sini. Cukup rare! Tapi rugi bila dapat tahu betapa kurangnya orang tempatan yang datang. Padahal inilah antara permata alam semulajadi yang sepatutnya kita lebih hargai dan berbangga! 😀

    Reply
  • April 12, 2018 at 1:58 pm
    Permalink

    eiii bestnya dapat tengok buaya hidup secara semulajadi di habitatnya… teringin nak experience macam ni… selalu tengok dalam national geographic je…

    ahhh patut lawat sabah dan sarawak kena pergi tempat macam ni… sebab haritu pergi borneo pergi bandar je.. tak rasa nikmat tu…

    mahal tak tour guide kat situ..

    Reply
  • April 12, 2018 at 2:04 pm
    Permalink

    Bestnya pengalaman boleh tengok haiwan di Borneo. Dapat tengok sang bedal depan mata. Kalau saya dh tak tergerak sebab takut

    Reply
  • April 12, 2018 at 3:11 pm
    Permalink

    Ada hewan langka yang dilindungi di daerah Borneo yah. Lihat ada monyet Belanda atau Proboscis Monkey. Itu monyetnya bule ya.. hi…hi..hii

    Reply
  • April 12, 2018 at 4:08 pm
    Permalink

    wahh best sangat ni boleh menikmati alam flora dan fauna. gerun pulak tengok buaya tu. memang bebas macam tu je ke. adoihai. ramah plak monyet belanda tu.haha

    Reply
  • April 12, 2018 at 5:22 pm
    Permalink

    Hahaha. Binatang sekor je. Mana yang lain. Dapat tengok bujang senang tak? Gajah?

    Akak plan ke sini juga nanti. Nak bawa Adam dan Alif. Nak tengok habitat sebenar haiwan. Tunggu besar skit. Hehe

    Reply
  • April 12, 2018 at 8:12 pm
    Permalink

    wow. indah. best. sesuatu yg membuka mata.
    buaya tu wow…. best lah.
    aida tak pernah jejaki sabah. dlm wishlist.
    kalau la boleh drive ke sana dari melaka, confirm dah lama gi.
    tu la. bila nak naik belon ni, payah skit 🙂 ha ha ha ha

    Reply
  • April 12, 2018 at 8:13 pm
    Permalink

    Wow bestnya pakej yg ditawarkan. Suka trip mcm nie. Trip ke kawasan pedalaman yg indah dn jauh dri hutan konkrit. Berderu jantung dibuatnya nmpk buaya itu. Takutttt

    Reply
  • April 13, 2018 at 3:03 am
    Permalink

    Bestnya dapat ke tempat2 macam ni kan? Kalau sis ada peluang memang nak pergi..boleh tengok haiwan yang tak pernah tgok dengan mata kasar

    Reply
  • April 13, 2018 at 10:09 am
    Permalink

    Wow. Untung ada monyet yang menyapa kan. Mungkin dia ingat kawan lama kot.😂😂

    Reply
  • April 13, 2018 at 5:28 pm
    Permalink

    Tak ada buaya ker kat sungai tu seram tengok hehehehe tapi pemandangan waktu senja tu sangat cantik dan menenangkan best lah dapat pergi sana….

    Reply
  • April 14, 2018 at 11:03 am
    Permalink

    Saya membesar dengan terpaksa menggunakan perahu setiap kali balik kampung ayah dan perahu kami biasanya lagi kecil dari yang Amir naik tu. So bayangkan kecutnya hati Rawlins setiap kali nampak sang bedal lalu tepi perahu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge