November 10, 2024
Lain-Lain

Makan Malam Atas Kapal Di Tengah Lautan Andaman Bersama Tropical Charters Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya masih lagi ingin kongsikan dengan anda semua mengenai aktiviti saya di Langkawi. Kali ini saya ingin kongsikan mengenai pengalaman saya makan malam di tengah laut andaman bersama Tropical Charters Langkawi.

Setiap daripada kita ingin melakukan pelbagai aktiviti yang mampu memberikan pengalaman yang indah dalam hidup kita. Pernahkan anda terfikir untuk menikmati makan malam bersama pasangan di tengah lautan? Ya! Saya dahulunya pernah terfikir untuk berbuat demikian, namun masih belum terdapai impian untuk melakukannya berdua. Namun lakukan berseorangan itu pernah.

Tropical Charters Langkawi beroperasi betul-betul bersebelahan dengan Resorts World Langkawi. Jadi ianya memang memudahkan untuk para pengunjung menikmati aktiviti pelayaran makan malam ini. Marina terletak bersebelahan hotel dan anda mampu melihat kapal-kapal ini berlabuh juga dari infinity pool Resorts World Langkawi.

Seusai Asar, saya dan rakan-rakan menaiki kapal ini. Ianya memang cukup mempesonakan saat menikmati pemandangan yang disediakan disepanjang pelayaran. Dengan gugusan pulau yang tersergam indah di sekitar Langkawi ini menjadikan pengalaman lebih bermakna.

Di atas kapal ini, aanda akan disajikan dengan minuman secara percuma tanpa henti (free flow). Jadi sambil minum air itu bolehlah berborak bersama rakan ataupun bersama poasangan bagi yang hadir bersama pasangan. Sambil menghirup air, hiruplah juga udara segar daripada laut ini. Tanpa pencemaran.

Selain itu juga terdapat aktiviti lain yang anda dapat lakukan di atas kapal tersebut. Bukan hanya sight seeing sahaja namun terdapat aktiviti lain juga seperti seawater spa. Ianya sememangnya baru bagi saya!

Ianya aktiviti dimana anda akan terjun ke laut dalam dan bertenggek di belakang kapal sambil menikmati permandangan. Terbaik la. Anda memang patut cuba kerana saya sendiri telah mencubanya.

Tatkala matahari telah melabuhkan tirainya. Suasana indah menyelubungi pemandangan. Dengan warna jingga yang mempesonakan, lagi menarik pemandangan yang dapat dilihat. Ianya pasti memahat memori indah dalam minda kita selamanya,

Perut sudah bekeroncong dan minta diisi dengan makan. Jadi makan malam pun bermula. Kami dijamu dengan barbeku udang, ikan, dan juga ayam. Selain itu juga terdapat makanan enak yang lain seperti satay, daging masak merah, sayur bersama daging, salad buah dan pelbagai lagi. Saya jamin ianya memang sedap dan bakal membuatkan perut anda penuh sepenuhnya.

Setelah itu, kapal kembali ke marina dan aktiviti kami berakhir lebih kurang pukul 8 malam. Ianya sangat mempesonakan dan anda sendiri patut mencubanya! Saya amat mengesyorkan untuk anda mencubanya sendiri.

untuk maklumat lanjut dan hal-hala berkaitan  Tropical Charters Langkawi ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah.

Website: https://tropicalcharters.com.my/

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

19 thoughts on “Makan Malam Atas Kapal Di Tengah Lautan Andaman Bersama Tropical Charters Langkawi

  • Kalau ada masa nak juga pergi cuti dan rehat atas kapal macam ni. Mesti best ni kalau berpeluang pergi

    Reply
  • Suddenly i felt so cold when see you gonna jump into the sea… so nice having delicious meal on cruise. Used to do that when im in Penang.. KL memang susah nak dapat.. if got also must be out from town…

    Reply
  • Mat salleh pun teruja nak makan tu…menarik juga macam ni. Kalau sesiapa yang mabuk laut tu kena standby makan ubat la. Pertama kali dengar sea water spa. Selalu spa biasa je. Kali ni unik sebab dpt bertenggek belakang kapal ye?…

    Reply
  • Menarik pengalaman yang macam ni belum pernah dirasai, Kalau macam tu memang teruja nak cuba. Dapat terjun dari kapal tu bestnye.. Sukalah aktiviti macam ni. Bookmark!

    Reply
  • Bestnya aktiviti terjun lau macam tuh. Tengok mat saleh pun teruja dapat makan atas kapal. Sekali sekala rasa pengalaman makan atas kapal nih seronok

    Reply
  • Setiap tahun saya pergi ke Pulau Langkawi tapi pernah cuba pergi Tropical Charters Langkawi. First time dengar. Hehehe. Kalau ada masa, nak pergi la. Macam seronok 🙂

    Reply
  • Wahhhh nampak seronok betul ye makan di atas kapal di tengah laut. Bab2 terjum dalam laut tu bestnya. Tp dlm masa yg sama takut sebab paranoid fikir mcm2. Hahaha

    Reply
  • Menariknya! Nak book laaaa bercuti ngan husband berdua-duaan kat atas kapal. Aktiviti pun best. Dok atas kapal pun fefeeling titanic. Hehee..

    Reply
  • Reccomended nih ke pulau Langkawi. Abby pernah kepulau Langkawi di gunung macincang. Lain waktu pengen juga makan diatas kapal nih

    Reply
  • Wah bestnya aktiviti atas kapal ni. Boleh makan-makan serta buat aktiviti air. Memang happening kalau dapat lepak dengan kawan2 atau family atas kapal ni. Nak try lah nanti.

    Reply
  • Ini adalah gaya orang have have jer hahahha. Tapi pengalaman tu mmg mahal kan. Kalau org berduit mmg akan amik peluang buat majlis ayas kapal hehe

    Reply
  • A great activity ni, amir. But Aida x pasti boleh ke tak aida makan2 atas kapal gitu. Tak pernah cuba. Always berasap2 gabra bila atas pengangkutan air hi hi hi…

    Reply
  • Bestnya dapat naik kapal layar macam ni tengah laut yang memukau pastu dapat scuba diving lak tu bestnya teringin sangat nak pergi….

    Reply
  • Best juga ya dapat naik kapal layar macam nie kan, tapi tu la Kak Sue nie jenis fobia dengan laut n sungai bagai nie.. huhuhu..

    Reply
  • alangkah seronoknya kalau dapat pergi bercuti tatkala ini. macam-macam aktiviti ya boleh buat. mak need this. huhuhu

    Reply
  • Pengalaman menarik ni. Paling tak kena rasa sekali seumur hidup kan.

    Reply
  • Kalau tak reti berenang boleh terjun laut tak? Tengok lama-lama ayaq tu rasa menggigil badan. Hahaha. Eh takdak ikan jos ke? Mandi kolah kat rumah(kampung masa kecik2 dulu) pon takut ada ikan jos. Hahaha padahal kolah kecik ja tak muat jos. Teruk betul imaginasi budak2 masa tu

    Reply
  • Ruby suka makan dekat cruise macam ni. More relax dan selesa. Cuma selalu elak matahari je la. Hahaha. Makanan atas kapal pun nampak sedap Amir. Aktiviti mandi laut tu syok. Siap ada pemantau keselamatan. Bagus betul. Boleh cuba lagi next time dan bawa pakaian renang. haha

    Reply
  • I always want to experience dining on the boat but I sea sick. The experience must be good as you seem enjoy it so much.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *