Nikmati Pelbagai Ganjaran Menarik Dengan 8coin

8coin | Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan semua mengenai platform ganjaran sehenti Malaysia untuk pengguna media sosial iaitu  8coin.

Apa itu 8coin?

8coin merupakan kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang gemar mendapatkan barangan percuma, menjana pendapatan tambahan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.

8coin berfungsi sebagai platform untuk para pengguna mendapatkan ganjaran dengan cara berkongsi kandungan yang menarik di media sosial mereka. Selain itu juga, ianya berfungsi sebagai platform untuk para pemasar melibatkan pengguna-pengguna 8coin sebagai penyokong kandungan sosial bagi mempromosikan jenama mereka di media sosial.

Objektif 8coin adalah untuk memberi pengalaman yang perkongsian sosial dan program tunai dan ganjaran tanpa had yang lebih baik. Ianya diharap dapat membantu memperkuat peranan media tradisonal di Malaysia.

Bagaimana 8coin berfungsi?

8coin yajng dahulunya dikenali sebagai 8Share mempunyai lebih 770,000 pengguna dalam media sosial Malaysia. Di bahagian special, terdapat kandungan yang menawarkan tajaan merangkumi filem, permainan, acara, produk dan pertandingan terkini.

Para pengguna yang berkongsi ruangan special di media sosial mereka, ganjaran akan diberikan dengan setiap kunjungan unik yang bejraya dibuat melalui link tersebut. Setakat hari ini, RM8 juta telah diberikan kepada pengguna mereka.

Dan saya merupakan antara yang tersebut! Setakat hari ini, saya telah berjaya mendapatkan pelbagai barangan dan juga wang tunai daripada mereka. Menarik bukan? 🙂

Dalam aplikasi ini juga, pengguna diberi peluang untuk mendapatkan ganjaran wang tunai ataupun menebus pelbagai barangan menarik dengan coin yang mereka perolehi.

Antara yang boleh ditebus di dalam aplikasi

Pada 5 April yang lalu juga, telah diadakan majlis pelancaran bagi aplikasi ini. Ianya cukup meriah dengan kehadiran tetamu VIP, pengamal media dan juga pengguna setia mereka.

Gimik pelancaran

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan di samping para tetamu dapat memenangi hadiah yang menarik.

Para tetamu sibuk bermain permainan

Untuk maklumat lanjut mengenai bolehlah melayari website seperti di bawah:

https://8coin.my

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi secara percuma dan mula mendapatkan ganjaran anda!

Kongsi-kongsi sahaja di media sosial anda dan dapat ganjaran!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

18 thoughts on “Nikmati Pelbagai Ganjaran Menarik Dengan 8coin

  • April 13, 2018 at 10:45 am
    Permalink

    dulu 8share skang tukar ke 8 coin. lebih mudah la bila diorang buat apps kan. boleh la buat sambil2 kan. tgok best ganjaran2 dia

    Reply
  • April 13, 2018 at 10:46 am
    Permalink

    Owhhh 8share dh tukar pada 8coin pulak ya.
    Sis dh lama tak bukak 8share ni dah tak teringat pasal dia..last2 dh tukar nama pulak.
    Nanti nak try bukak balik lah tgok boleh ke tidak

    Reply
  • April 13, 2018 at 10:47 am
    Permalink

    Owhhh… 8share dah tukar nama kenada 8coin yerp. Pernah ada account 8share. Tapi dah lama tak masuk sampai dah lupa balik. Boleh lah aktifkan balik account ni. Thanks atas perkongsian.

    Reply
  • April 13, 2018 at 10:55 am
    Permalink

    Oh..kira penjenamaan semula la ye..eh akak dulu ada 8share…tapi dah lama x buka..hahahah…kena check balik la..sama ada kena maintain akaun dulu atau buat baru under 8coin. Yang best dah ada apps kan…senang nak monitor..

    Reply
  • April 13, 2018 at 11:16 am
    Permalink

    Wahhh sekarang ni macam-macam cara kita bleh dpt apa yang kita nak. Koin ibarat dompet alam maya. Boleh guna bila bila nak makan, beli barang. Tebus je la kan. Mudah ya amat!

    Reply
  • April 13, 2018 at 1:31 pm
    Permalink

    Wow ! Another alternative to get side income. Very interesting lah this apps. Kumpul2 ganjaran then boleh tebus. Nak install jugak lah

    Reply
  • April 13, 2018 at 1:47 pm
    Permalink

    Dulu gigih buat 8share tp sikit je earning. Btw dpt jugaklah dlm 100+ sebulan. Sekarang tk rajin dah. Nampak lagi bnyk reward yg disediakan sekarang. Jap gi usha baliklah 8coin=8share

    Reply
  • April 13, 2018 at 1:48 pm
    Permalink

    Oh platform untuk share ni ye?. Bila nama 8coin ingatkan company jual ala ala macam cryptocurrency tu…hehe….eh tapinya menarik juga sebab boleh redeem pelbagai barangan tu best juga….

    Reply
  • April 13, 2018 at 6:46 pm
    Permalink

    didn’t what was 8coin/8share even prior to this…but who doesn’t love rewards and especially by just a simple share button away…coolies…i also want to try it out…who knows if I can get more unique prizes and gifts…

    Reply
  • April 13, 2018 at 8:27 pm
    Permalink

    Ohh 8share dah tukar nama jadi 8coin. terus register 8coin lepas baca entry ni. Nanti godek lagi

    Reply
  • April 13, 2018 at 9:15 pm
    Permalink

    Oh 8coin itu 8share ya? Awalnya sempat bingung sih, 8coin ini apa sih?. Ternyata ini semacam ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang gemar mendapatkan barangan percuma.

    Reply
  • April 13, 2018 at 10:24 pm
    Permalink

    interesting apps… im downloading right now and can’t wait what’s featured inside.. cool

    Reply
  • April 14, 2018 at 7:13 am
    Permalink

    Mmg skrg mudah je nak buat duit.. yg penting rajin… 8coins antara yang boleh membntu jana pendapatan. Serius mudah sgt.

    Reply
  • April 14, 2018 at 11:13 am
    Permalink

    o dah tukar nama ye sekarang? kejap lagi kita nak install. nak start buat duit di hujung jari juga 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge