Wangi Sepanjang Hari Dengan SM Parfum
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai wangian yang saya gunakan setiap hari.
Tak best la kalau nak bercerita bila bukan berdasarkan pengalaman sendiri kan? Jadi apa yang saya ingin kongsikan dengan anda semua ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang menggunakan produk SM Parfum keluaran Shah Mumtaz Collection ini. Wah! Memang wangi semerbak bila dipakai.
Semua sedia maklum, wangian dari minyak wangi yang kita pakai tidak akan kekal selamanya. Hanya mampu bertahan untuk beberapa waktu sahaja. Namun SM Parfum ini pastinya pilihan yang terbaik untuk sesiapa yang inginkan wangian yang lebih tahan lama.
Menjadi seorang yang bekerjaya bukanlah mudah. Pelbagai perkara yang perlu dilakukan setiap hari. Apatah lagi sebagai lelaki, saya perlu melalui pelbagai benda untuk mencari rezeki. Bangun pagi dan terpaksa meredah kesesakan lalu lintas dengan motosikal semestinya memang mecabar.
Hanya penunggang motosikal sahaja yang faham akan masalah penunggang motosikal yang lain. Mana tidaknya, keluar urmah wanginya semerbak, dan bila sampai pejabat yang tinggal hanyalah bau asap dan kebuk. Tapi semenjak saya gunakan wangian Shah Mumtaz ini walaupun melalui kesesakan, wangiannya masih kekal setibanya saya ke pejabat. Dah sehingga pulang ke rumah kembali pun baunya masih ada!
Yang lebih menarik, wabgian Shah Mumtaz ini didatangkan dengan pelbagai seleksi bauan untuk anda pilih. Pelbagai pilihan wangian yang diinpirasikan dari pelbagai bauan sesuai untuk semua. Botolnya yang menarik disamping sesuai untuk dibawa bercuti! Maksud saya lepas untuk dibawa naik ke dalam kapal terbang. Yes! Saya telah membawanya terbang bersama.
Tidak hanya boleh digunakan ketika ke pejabat atau bekerja, wangian Shah Mumtaz Parfume juga sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja. Tak kiralah sedang bercuti, bersukan mahupun apa sahaja, wangian ShahMumtaz Parfum ini sememangnya pilihan terbaik.
Yang menariknya, saya gunakan parfum ini sewaktu di Langkawi tempoh hari, Wah! Selepas bermain air laut yang masin pun masih lagi ada bau wangi perfum ini. Nampak tak betapa kuatnya bau yang dihasilkan oleh perfum ini. Mana tidaknya, jika perfum biasa, kandungan pati minyak wanginya sedikit, yang lebihnya adalah alkohol dan cecair campuran yang lain. Tapi untuk wangian Shah Mumtaz ini, pati minyak wanginya adalah lebih daripada biasa. Oleh sebab itulah wangiannya tahan sepanjang hari.
SM Parfum adalah inspirasi dari kisah cinta Shah Jahan diatas terbinanya Taj Mahal oleh kerana kasihnya kepada isterinya Mumtaz Mahal. Seperti wangian SM Parfum yang sentiasa mewangi dan sentiasa akan diingati begitulah juga dengan Koleksi Adam dan Eve. Dengan perincian warna dan kotak yang menarik, ianya juga sesuai dijadikan hadiah ekslusif untuk yang tersayang. Bauan Koleksi Adam dan Eve akan menambah kesan tarikan pheromones yang terdapat dalam tubuh setiap manusia. Pheramone sentatik ini menurut kajian dapat memberi kesan tarikan lelaki kepada wanita atau sebaliknya.
Dengan harga serendah RM69, ianya sememangnya pilihan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin tampil lebih yakin dan menarik dihadapan umum. Selain dapat memberikan aura yang positif pada diri, ianya juga mampu menjadikan kita tampil menarik dan mempesonakan.
Untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ini bolehlah menghubungi pihak Shah Mumtaz Parfum di medium di bawah:
Facebook: Shah Mumtaz Collection
Instagram: Shah Mumtaz Collection
Phone: 012 5566 949 / 017 3344 818
Email: shahmumtazcollection@gmail.com
Untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi agen dan stokis juga dialu-alukan.