Nikmati Hidangan Rib Rib Holiday daripada Tony Roma’s

Rib Rib Holiday! Yeah musim cuti kembali lagi. Bagaimana dengan perancangan cuti anda? Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan satu tempat yang menarik utnuk anda menjamu selera bersama keluarga sempena musim cuti ini. Tempat yang saya maksudkan adalah Tony Roma’s.

Untuk makluman semua, bersempena dengan musim cuti ini, pihak Tony Roma’s telah mencipta beberapa menu baharu yang bersesuaian dengan selera anda. Diberi nama Rib Rib Holiday, menu ini pastinya akan memberikan rasa yang puas pada anda bila nikmatinya.

Kita semua sememangnya sudah mengetahui bahawasanya Tony Roma’s ini terkenal dengan menu stiknya. Namun kali ini, diselitkan unsur yang istimewa dalam menu mereka supaya hidangan ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Dari ribs yang lembut hinggalah ayam yang berjus semestinya akan menambat hati sesiapa yang merasainya.

Pembuka selera

Baiklah, ayuh kita saksikan antara hidangan yang disajikan di Tony Roma’s bersempena dengan Rib Rib Holiday ini. Untuk menu pembuka selera, terdapat 3 pilihan untuk anda.

● Tuna (RM35.00 nett) – Jika anda peminat tuna, maka ini adalah hidangan yang sesuai untuk anda. 6 keping French loaf bersama Tuna dan keju Parmesan pastinya menambat deria rasa anda.

● Bruschetta Beef (RM35.00 nett) – Pilihan Bruschetta bersama daging ini akan meberikan rasa yang berbeza. Mengandungi 6 keping French loaf bersama timbunan daging, Ranch Beans dan keju Parmesan.

● Potato Chips and Dips (RM25.00 nett) – Sajian Potato Chips yng disajikan dengan dipping daging dan Ranch Beans yang akan menjentik selera anda bila menikmatinya.

Menu utama

Baiklah, menarik bukan penbuka selera tersebut? Itu baru pembuka selera, belum lagi anda melihat menu utama yang mereka sajikan ini. Kecur airliur dibuatnya. Saya juga tidak terkecuali.

Jom kita lihat menu utama untuk kempen ini.

Riblet Party (RM185.00 nett) –Ini adalah antara yang terbaik. Rib disusun mengikut bentuk gunung. Ianya terbaik dimakan dengan tangan kosong anda (tetapi jangan bimbang kerana sarung tangan akan disediakan). Hidangan ini mengandungi enam (6) daging lembu rafet yang sihat yang telah dipanggang dengan sempurna, dan disajikan dengan sos BBQ Original TR.

Festive Lamb Shoulder (RM185.00 nett) – Menu ini pula adalah untuk penggemar daging kambing seperti saya. Dengan kelembutan daging bahu kambing yang cair di dalam mulut, pastinya memberikan sensasi yang berbeza kepada anda. Ianya juga dihidangkan bersama brokoli segar.

Grilled Beef Steak (RM85.00 nett) – Kalau anda ke Tony Roma’s untuk stik, maka hidangan ini wajib anda pesan. Ianya disajikan bersama sos Dark Grape bersama Fire-Roasted Vegetables.

BBQ Spring Chicken (RM75.00 nett) – Buat peminat ayam pula, jangan bimbang kerana di sini terdapat juga menu ayam untuk anda. BBQ Spring Chicken di Tony Roma’s ini sememangnya lembut, berjus dan disajikan dengan kentang kecil yang dimasukkan ke dalam ayam. Ianya disajikan bersama TR’s Original BBQ Sauce, dan juga brokoli.

Terbaik bukan? Saya juga kecur airliur bila melihatnya. Itu belum lagi masuk ke dalam mulut. Saya telah mencuba beberapa menu tersebut, dan sememangnya Tony Roma’s adalah yang terbaik utnuk dinikmati. No others can beat them.

Tidak lupa juga menu minuman yang disajikan di sini. Kali ini Tony Roma’s menyajikan Peach Orange Colada, Pina Strawberry Swirl, Pina Mango Swirl dan Pina Colada. Setiap satu hidangan ini berharga RM20.79 nett.

Jadi, terbaik bukan menu yang telah Tony Roma’s sediakan untuk anda pada musim cuti ini?

Untuk makluman anda semua, menu-menu ini disajikan bermula 1 November 2019 sehingga 1 Januari 2020. Jadi tunggu apa lagi, jomlah kita ke sana 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge