Vape Kafein Pertama di Dunia Kini di Malaysia oleh SNOWPLUS

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kemunculan vape kafein pertama di dunia oleh SNOWPLUS.

SNOWPLUS edisi kopi

Untuk makluman anda semua, SNOWPLUS merupakan jenama rokok elektronik ketiga paling besar di dunia. Ianya terdiri daripada pekerja yang terunggul dalam industri seumpamanya. Ianya tercipta dari tenaga mahir dalam bidang teknologi, perkakasan dan Barangan Pengguna Cepat Laris (FMGC).

Oleh itu, pada kali ini, dengan inovasi terkini SNOWPLUS ini merupakan vape pertama di seluruh dunia yang mengandungi kafein. SNOWPLUS edisi kopi ini merupakan sebuah pod (vape) dan pek pemulanya mengandungi vape elektronik serta dua botol cecair berperisa kopi. Perisa ini telah diekstrak dan diatomkan oleh biji-biji kopi sebenar, dan ia bebas nikotin.

Selain itu juga, pod ini direka dengan bahan tahan lasak agar ia dapat berkualiti tinggi dan selamat digunakan. Produk ini juga menepati piawaian keselamatan global, termasuklah di Kesatuan Eropah dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

Baru-baru ini, syarikat penyelidikan pasaran iaitu Green Zebras Sdn Bhd mendapati bahawa majoriti perokok di Malaysia (69%) menyatakan mereka berharap akan ada undang-undang yang memberi kelulusan untuk menjual dan mengedar penjualan rokok elektronik berasaskan nikotin, agar mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk membantu mereka berhenti merokok. Sementara itu, pegawai-pegawai kesihatan di Malaysia menjangkakan kerajaan bakal merangka undang-undang baharu terhadap produk rokok elektronik di tahun 2020.

Encik Derek Li, Pengasas SNOWPLUS

Menurut pengasas SNOWPLUS, Encik Derek Li berkata, “Kami percaya bahawa pasaran kini tertarik kepada alternatif yang lebih bagus dan selamat. Dengan itu, SNOWPLUS Edisi Kopi ini adalah pilihan terbaik untuk beralih kepada produk bebas nikotin,”

Dr Edward Choo, Pengurus Besar SNOWPLUS Malaysia

Menurut Dr. Edward Choo selaku Pengurus Besar SNOWPLUS Malaysia berkata, “SNOWPLUS akan sentiasa mempercayai pembuatan, penjualan dan penggunaan produk rokok elektronik yang bertanggungjawab. Syarikat kami telah membuat penyelidikan secara meluas tentang perkara ini, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan.”

Majlis pelancaran SNOWPLUS juga telah diadakan secara gilang gemilang di ibu negara pada minggu lalu. Saya juga tidak terkecuali untuk turut hadir bersama dalam majlis tersebut. Pada majlis ini, diadakan pengenalan SNOWPLUS edisi kopi.

Bergambar bersama tetamu yang hadir

Untuk maklumat lanjut berkenaan SNOWPLUS bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah.

Instagram: @SNOWPLUS_MY
Facebook: SnowplusMy
Website: snowplustech

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge