Nongsa Neptune Regatta, Acara Tahunan Yang Menghimpunkan Pelayar dari Seluruh Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi. Semoga kalian berada dalam keadaan terbaik hendaknya. Baiklah utnuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Nongsa Neptune Regatta.

Untuk makluman semua, Nongsa Neptune Regatta ini merupakan acara tahunan yang telah berlangsung dengan jayanya di kawasan perairan Kepulauan Riau Indonesia. Acara tahunan yang memasuki tahun ke 4 penganjurannya ini menghimpunkan ramai pelayar hebat yang mengambil bahagian dari pelbagai pelusuk dunia.

Pada tahun ini, acara ini kembali lagi. Seperti tahun sebelumnya, acara ini menjadi medan bagi para pelayar ini mempamerkan bakat mereka dalam mengedalikan kapal layar mereka di lautan Kepulauan Riau ini.

Kenapa tempat ini dipilih sebagai venue untuk acara ini adalah kerana keadaan lautnya yang berangin dan sesuai untuk aktiviti ini dijalankan. Selain itu juga, ianya merupakan satu satunya tempat di ASEAN ini di mana terdapatnya lautan pada garis tengah bumi.

Saya sendiri telah melihat bagaiamana acara ini berlangsung. Dengan memulakan perjalanan dari Batam ke Chempa kemudiannya ke Kampung Batu Berlubang. Pastinya ia memberikan pengalaman yang baharu kepada diri saya.

Kampung Batu Berlobang

Kampung ini merupakan kampung yang berada berhampiran dengan tempat acara Nongsa Neptune Regatta ini berlangsung. Berada di sini memberi seribu satu pengalaman kepada saya tentang budaya Melayu di kepulauan Riau ini.

Dinamakan sebagai Batu Berlobang semperna dengan sebuah gua yang berlubang yang ditemui di pulau terbabit. Dengan berkapisiti 3000 orang penduduk menjadikan Kampung Batu berlobang ini pulau yang aman dan damai untuk disinggahi.

Berjalan di sekeliling kampung memberikan saya satu pemahaman berbeza mengenai penduduk di kampung ini. Walaupun agak jauh dari tanah besar, namun warga di kampung ini cukup bersatu padu dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Mengimbau kembali zaman kecil saya dahulu bila mana anak-anak kecil bermain riang dengan kawan-kawan tanpa memikirkan mengenai tantrum untuk bermain dengan gadget yang melekakan. Permainan tradisonal masih utuh disini. Sungguh nostalgik dan mempesonakan.

Apa yang saya cukup berbangga dan cukup terpegun adalah keramahan penduduk kampung dalam menerima kunjungan tetamu. Inilah budaya Melayu yang saya juga diajar sejak kecil lagi. Berbeza negara, namun adat yang sama diajari turun temurun.

Tuan rumah kami sepanjang berada di Kampung Batu berlobang

Majlis Perasmian Penutup

Pada 7 Februari, bertempat di pantai Kampung Batu Berlobang telah diadakan majlis perasmian Nongsa Neptune Regatta ini. Para pelayar dibawa dari Pulau Sekeling ke kampung ini dan diberikan sambutan yang meriah oleh penduduk setempat.

Para pelayar yang tiba ke Kampung Batu Berlobang disambut dengan paluan kompang

Dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya ucapan alu-aluan dari Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Encik Raja Fahrurrazi.


Encik Raja Fahrurrazi bersama beberapa pelayar dan juga Encik Sallehuddin dari Tourism Muar

Tak lengkap rasanya kalau majlis anjuran orang Melayu tanpa persembahan silat. Silat dipersembahkan seterusnya tarian tradisional Melayu dipertontonkan kepada pengunjung. Lemah gemalai dan cukup indah sekali gerak tari.

Persembahan silat menyambut tetamu
Tarian tradisi Melayu

Para tetamu dijemput untuk turut sama dalam tarian yang dipersembahkan. Ramai yang turut serta dan bergembira di dalam majlis tari menari tersebut. Mungkin ini kali pertama mereka menarikan tari Melayu. Walapun agak canggung, namun kelihatan semua bergembira.

Program berakhir dengan jayanya. para tetamu diperkenalkan dengan budaya Melayu dan semoga apa yang diperkenalkan dan dipersembahkan kepada mereka menjadi ingatan tentang betapa indahnya budaya ini.

Saya juga mendapat satu pengalaman baharu tatkala berada di sini. Melayu bukan hanya di Semenanjung Tanah Melayu sahaja, tapi meluas sehingga ke tanah dan laut Nusantara yang lain. Satu pengalaman yang amat berharga buat saya.

Jutaan terima kasih kepada :
Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi
Dinas Pariwisata, Kepemudaan Dan Olahraga Kabupaten Lingga
Nongsa Point Marina and Resort  
Serta seluruh penduduk Desa Batu Berlubang    

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Nongsa Neptune Regatta, Acara Tahunan Yang Menghimpunkan Pelayar dari Seluruh Dunia

  • February 19, 2019 at 5:28 pm
    Permalink

    Cantik gambar2 amir! Rindu lak pulau batu belubang tu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge