Lepak dan Santai di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai salah sebuah tempat makan yang menarik di Batam iaitu Amati Coffee Tea & Resto (Amati).
Sebelum ini banyak saya kongsikan tempat makan yang menarik dalam Malaysia, namun pada kali ini saya ingin membawa anda semua ke bahagian bawah selatan tanahair. Tempat yang saya maksudkan adalah Batam.
Hanya 2 jam sahaja perjalanan menggunakan feri dari Stulang Laut, Batam merupakan antara destinasi percutian singkat yang sesuai dilakukan oleh kita warga Malaysia. Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut cara ke Batam, boleh klik di pautan berikut.
Baiklah, tak sah rasanya kalau kita berkunjung ke sesuatu tempat tanpa merasa masakan enak yang terdapat di kawasan tersebut. Mana tidaknya, selain menjamu mata, menjamu selera juga wajib kita lakukan. Oleh yang demkian, saya telah berkunjung ke Amati.
Amati ini bukanlah berada di kawasan bandar Batam. Namun ianya tidaklah begitu jauh dari bandar. Dalam 20 minit sudah sampai ke sini. Terletak di Jalan Jend Soeprapto Buana Central Park Batam, ianya pasti menjadi pilihan buat sesiapa sahaja yang datang ke Batam ini.
Dengan ruangan yang agak ringkas dan bersahaja, menjadikan tempat ini satu kawasan yang sesuai untuk didatangi sesiapa sahaja. Terdapat 2 ruangan iaitu ruangan berhawa dingin dan juga ruangan luar yang bebas berserta tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Tidak hanya menyajikan kopi dan teh seperti kafe konversional yang lain, Amati juga menyajikan pelbagai jenis menu makanan yang lain untuk anda nikmati. Dikhabarkan lebih 100 jenis menu yang disediakan di sini.
Disediakan dengan cermat dan terlatih oleh para pekerja mereka yang santun melayani kehadiran anda. Dari pembuat kopi sehinggalah pelayan akan menjadikan pengalaman anda di sini cukup mendamaikan.
Ayuh kita saksikan sedikit sebanyak menu yang telah saya bersama kawan-kawan nikmati pada kunjungan kami tersebut.
Untuk anda yang ingin berkunjung ke sini, bolehlah mengikuti alamat seperti di bawah:
Amati Coffee Tea & Resto
Jalan Jend Soeprapto Buana Central Park Batam
Instagram: @amati_coffee
serius semua makanan dia sedap2. kalau ke batam n kedai ni dekat bandar mesti aku p lagi.
Kami dah coba tapai nya dan kopi malabar nya memang mantabs…
Alaaa..nak tapai tu..nampak mengiurkanm
Makanan memang sedap tambah berselera bila ada si Oktavia tu :)) Cantik giler!