Nuffnang Tampilkan amirnawawi di #NNFeatureFriday
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman. Macamana raya? Semoga semuanya meriah dan mendapat keberkatan dari apa yang dilakukan. Masih sibuk denga openhouse bukan? Rayakan sebulan! haha. Sampai kembung dah perut den ni hah menjamah segala juadah yang disediakan. Diet hancur jadinya.
Baiklah berbalik kepada tajuk entri kali ini, untuk makluman semua beberapa hari sebelum raya yang lepas, amirnawawi.com telah dipilih oleh pihak Nuffnang untuk dijadikan Nuffnang Feature Friday (NNFeatureFriday). Alaa, mesti kalian masih belum tahu apa itu #NNFeatureFriday kan? Ini adalah salah satu cara Nuffnang menghargai blogger mereka dengan memaparkan di halaman sosial mereka seperti Facebook, Instagram dan juga twitter kepunyaan mereka pada setiap Jumaat.
Saya rasa cukup bertuah kerana mereka recognize me. Kerana semua tahu dalam jagaan mereka, terdapat beratus ribu blogger yang berdaftar dengan pihak mereka. Dan saya terpilih untuk minggu tersebut. Omaigad! terharu seyhh.. ini makin sayang kat Nuffnang ni. Muahh!
Terima kasih Felixia, staff Nuffnang yang in-charge bahagian ni dan semua yang membaca blog saya selama ini. Akanku pastikan blog ini akan sentiasa wujud dan dikemaskini sebaiknya untuk bacaan semua.
Sekarang saya masih lagi dalam cuti semester. Memang jadi penggangur terhormat la di rumah ini. Dah macam anak dara pula..hehe. Kalau kalian ada apa-apa event jangan lupa jemput saya sekali ya.. 🙂
Sehingga berjumpa lagi..
Yang benar,
Amiruddin Nawawi
p/s: baru terima cek yang kelima dari Nuffnang.. I love u sooo much!
Tahniah amer..Terbaik..
wah!!!! nampak haritu… tahniah ya!! semoga sukses di dalam bidang yang diceburi!
tahniah sekali lagi.
tahniahhhhhhh… dalam beribu riban blogger yang mendaftar dengan nuffnang, blog nie yang terpilih.. fuyo.
wahh..
tahniah. dah jadi geng kuat nuffnang la ni.