Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Apa khabar anda semua pada hari ini? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada kali ini ingin saya kongsikan kepada anda mengenai Astro on the Go. Mungkin semua telah mengetahui bahawasanya Astro on the Go telah menjelajahi beberapa buah universiti di sekitar Lembah Klang pada 28 May hingga 12 Jun yang lepas.

Walaupun universiti saya tidak termasuk dalam pilihan, namun perasaan ingin tahu dan teruja membuatkan saya menerjah roadshow mereka di Universiti Sunway pada 12 Jun yang lepas Apa yang boleh saya katakan memang tidak sia-sia saya datang dari jauh untuk bersama-sama dalam roadshow AOTG ini. Meriah weh!

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk para mahasiswa antaranya pop kuiz, sepak bola, cabutan bertuah dan pelbagai acara lain yang menarik lagi. Pastinya memang meriah dengan penyertaan dari pelajar Sunway yang sporting habis. Saya juga turut merasa kehangatannya. Dan yang paling menarik adalah hadirin yang hadir menerima goodies bag istimewa dari pihak Astro. Wah! Bertuah anda semua ya. Macam macam ada dalam tuh. Sebelum itu ayuh kita saksikan antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut.

Bukan itu sahaja, terdapat aktiviti pendaftaran untuk akaun Astro on the Go juga. Ramai mahasiswa yang hadir untuk tidak melepaskan peluang menjadi pengguna Astro on the Go ini. Mana tidaknya, hiburan tanpa had kau! Pelbagai promosi hebat diberikan kepada pelajar yang sign up Astro on the Go pada hari tersebut. Memang rugi jika anda tidak hadir sama pada jelajah kali ini.

Mesti anda dah berasa sedih sebab tak dapat turut serta dalam jelajar AOTG ini kan? Jangan sedih-sedih ya kekawan semua, mari sini saya kongsikan kepada anda semua bagaimana cara untuk anda sertai Astro on the Go ini. Mari pakat dekat-dekat dan rapat-rapat. Yang bukan pelanggan Astro pun tak perlu kecil hati, SEMUA DAPAT SIGN UP  Astro on the Go ini.

Pertamanya, pastikan anda ada tablet, telefon pintar  ataupun netbook, laptop, dan sebagainya lagi. Bagi pengguna Adroid, download aplikasi AOTG di Google Play, ikuti sahaja langkah mudah dibawah

Bagi pengguna laman web pula, pergi ke onthego.astro.com.my dan ikuti segala langkah yang telah di berikan kepada semua. Pastikan anda mengikuti langkah yang betul untuk mengisi maklumat ini bagi  memastikan anda dapat menggunakan akaun ini nanti.

Dan untuk memudahkan anda memahami langkah-langkahnya, saya telah membuat satu video ringkas mengenai cara untuk sign up akaun Astro on the Go ini. Ayuh saksikannya.

Sudah berjaya sign up? Ayuh kita meneroka apa yang best tentang Astro on the Go ini. Teruja? Saya juga teruja. Rupanya terdapat banyak rancangan serta siaran yang menarik untuk kita tonton di mana jua tak kira masa. Ternyata ini adalah satu lagi ciptaan hebat dari pihak Astro untuk kita semua.

 

Saya juga telah berjaya si
Saya juga telah berjaya menonton siaran Astro di komputer peribadi saya. anda pula bagaimana?

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari ke onthego.astro.com.my ataupun ke facebook rasmi Astro on the Go

Saya sudah sign up, anda pula bagaimana?

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge