February 7, 2025
Lain-Lain

Laman Sosial Bukan Laman So Sial.

Laman sosial bukan laman so sial.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi yang budiman sekalian .Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai laman sosial.

Sebenarnya alkisah untuk menulis entri ini adalah apabila terbaca mengenai topik batas bersosial di sosial media di blog Denaihati. Justeru itu rasa terdetik pula di hatiini untuk turut sama berkongsi dengan anda semua mengenai topik laman sosial ini.

Baiklah sebelum berbicara lanjut, saya nak tanya kat sini, siapa yang ada akaun Facebook? Saya pasti 90% akan ada akaun ini. Bayangkan makcik dan pakcik di kampung yang dah tua tu pun ada kau! Tu belum bebudak yang belum mumaiyiz lagi tuh. Kekecik pun dah ada  Siap buat status in relationship lagi.

Buat adik-adik yang tak tahu, inilah twitter..
Buat adik-adik yang tak tahu, inilah twitter..
Dan ini pula Facebook abang yang hensem. Cer la add kalau nak kenal. Girls only!
Dan ini pula Facebook abang yang hensem. Cer la add kalau nak kenal. Girls only!

Laman sosial ni bukan sahaja Facebook, ada perlbagai lagi laman lain seperti twitter, instagram, keek dan sebagainya. Saya yakin ramai yang mempunyai akaun laman sosial tersebut kan? Saya juga tidak terkecuali. Namun sekarang banyak pula kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Keruntuhan rumahtangga, aktiviti sosial, dan banyak lagi.

Tidak dinafikan banyak yang mendapat manfaat atas kewujudan laman sosial ini namun ada juga yang menyalah gunakan laman ini untuk berbuat benda yang tidak elok. Berita yang terbaru ialah mengenai seorang pemuda yang bertindak mengugut untuk membunuh Menteri Besar Kedah. Mungkin bagi dia ianya sekadar tidak serius, namun ianya boleh menjadi kes serius jika melibatkan nyawa seseorang. Kan tak pepasal kena soal siasat. Silap hari bulan dok dalam penjara la jawabnya.

Itu belum lagi kisah keruntuhan rumah tangga. Si suami berkenalan dengan anak dara kat facebook dan berselingkuh kat belakang isteri. Banyak kejadian sebegini yang kita dengari semenjak dua menjak ini. Itu belum lagi si isteri pasang dua di belakang suami. Almaklumlah segalanya boleh diakses melalui komputer. Mencari jodoh pun boleh. Tapi bagi yang bujang la. Yang dah kahwin tu jangan nak mencari pasal pula.

Nak femes jugak senang sahaja melalui laman sosial ni. Anda boleh pilih nak femes melalui benda yang elok atau tidak elok. Kalau yang tidak elok tu memang malu seantero Malaysia la jawabnya. Contoh terbaru iaitu berkenaan pemandu kereta CDM25 yang memarahi seorang pakcik tua kerana melanggar keretanya. Kejadian itu menjadi kecaman pelbagai pihak di media sosial sehingga hashtag #CDM25 menjadi trending di Malaysia hari ini (16 Julai 2014). Bila dah berlaku macam ni, tak ke malu muka tu?

Trending di twitter Malaysia 16 Julai 2014
Trending di twitter Malaysia 16 Julai 2014

Betul la orang selalu cakap, bila berlaku sesuatu tu, tenang dan bawak bersabar. Kan bila berlaku macam ni memang tak boleh buat apa la. Dan tersebar video seluruh Malaysia. Malu dapat, calar kereta pun dapat. Tu belum campur cacian dan makian pengguna internet lagi. (Nak tahu lebih lanjut tentang insiden ni boleh baca blog Asamboi ini) Aku tak tengok pun video tu lagi. Sebab aku tak suka tengok video yang marah-marah, yang jenis tak elok nih. Buat sel otak aku terputus jer. Dahla sel otak nak berhubung tu susah..haha

Apapun jagalah batas kita di media sosial nih. Jangan dok sebar sangat aib orang tuh. Ada yang jenis fakers ni satu hal lagi. Kerja nak stalk orang jer. Yang jantan biasanya kalau fake profile jadi betina. Almaklumlah nak dekatkan diri ngan kaum perempuan. aku tahu la benda macam nih wujud. Kawan aku pernah buat. Tapi aku tak buat la benda-benda macam nih. Buang masa aku jer.. haha. Yang jenis fakers lagi teruk ialah yang buat profile untuk maki-maki orang. Fakers ni biasanya suka mencetuskan provokasi di page-page politik serta page yang ramai pengaruh. Alah orang macam ni biasanya yang jenis low self-esteem. Nak guna profile sendiri takut. Alih-alih guna la fake profile.

Apapun pastikan kita buat benda yang elok di laman sosial ini. ingat, KITA SENTIASA DIPERHATIKAN! Kau ingat kau guna fake profile tu orang takleh kesan? Oh!

Pastikan apa yang kita kongsikan dimedia sosial sesuatu yang bermanfaat -Gambar hiasan
Pastikan apa yang kita kongsikan dimedia sosial sesuatu yang bermanfaat -Gambar hiasan

Pesanan ikhlas dari saya, gunalah media sosial ini untuk sebaiknya. elakkan membuat sesuatu pekara yang memudaratkan diri serta orang lain. salam sayang dari saya.

Jemput melawat blog super duper baru mengenai segala informasi terbaru di Malaysia ini

Cabaran Duit Raya 2014

p/s: Salah satu kegunaan yang elok media sosial ialah dengan menekan butang share di bawah. Biar semua kenalan anda dapat baca penulisan aku ini… ZZzzzzzZz.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

9 thoughts on “Laman Sosial Bukan Laman So Sial.

  • memang kalau laman sosial disalahgunakan.. akan bawa banyak keburukan..

    Reply
  • Betul tu saya setuju sangat2… Gunalah laman sosial dengan sebaiknya untuk kebaikan seantero dunia…

    Reply
  • Itulah kuasa laman sosial ni kan..
    Cepat je viral tersebar

    Reply
    • Kalau tersebar benda elok tu takpe la. Kalau yang tak elok tu kita tak nak..

      Reply
  • Tertarik dengan kata-kata Pak A Samad Said

    “Orang yang bicara tentang buruk orang lain adalah dia bicara akan buruknya dirinya sendiri

    Orang yang bicara aib orang adalah dia bicara akan sikap buruk dirinya sendiri”

    Peringatan untuk diri sendiri juga.

    Reply
    • Sape yang jaga aib orang Allah akan jaga aib kita di akhirat kelak..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *