Oktober Yang Maksimum!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Apa khabar anda semua? Semua anda ceria-ceria disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah akhirnya kita semua sudah sampai ke penghujung bulan September.
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk fasa hujung tahun sudah. Walau apapun banyak kenangan manis yang berlaku sepanjang bulan September dulu. Yang itu usah diceritakan lagi. Kalian boleh belek-belek entri yang lepas-lepas. Menjengah ke bulan Oktober semestinya amat memeritkan saya. Jadual perjalanan harian saya sudah siap. Namun agak terkejut dengan aktiviti yang ada di dalamnya.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Banyak tugasan yang perlu saya selesaikan kerana saya sudah berada di tahun akhir pengajian[/pullquote]
Jika bulan September agak lapang untuk menghadirkan diri kepada pelancaran produk, majlis-majlis bersama blogger dan majlis-majlis yang lain, namun tuidak untuk bulan Oktober kerana semester baru pengajjian Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia saya sudah bermula. Dan dengan bermulanya semester baru ini, banyaklah tugasan yang perlu saya selesaikan kerana saya sudah berada di tahun akhir pengajian.
Projek Sarjana Muda merupakan salah satu penyumbang kepada kesakitan jiwa dan juga memaksa penggunaan akal saya yang mendalam. Namun apa yang saya gembira mengenai bulan Oktober adalah saya akan menjelajah ke Johor!
Ini jadual saya untuk bulan Oktober. Ini belum diisi sepenuhnya lagi.
Namun nampakkah kalian kepada tarikh yang saya warnakan kuning tersebut?
Ya! Saya akan ke Ledang Johor bersama kawan-kawan. Mengembara memang kegemaran saya. Dapat juga merehatkan minda yang sedikit sibuk di universiti. Namun akan saya pastikan hujung minggu saya terisi dengan aktiviti yang berfaedah.
Memandangkan kali ini merupakan kali pertama saya mendaki Gunung Ledang. Persediaan mental dan fikzikal perlu saya pastikan. Eh? Tapi kelengkapan untuk mendaki belum ada lagi nih. Kasut sukan pun tak pernah beli. Yang ada hanya kasut untuk ke kuliah dan ke makmal.

Tapi itu tidak menjadi masalah buat saya. Memang saya kaki yang suka shooping online. Sekarang semuanya dihujung jari. Nasib baik ada Zalora. dapat jugak saya beli kasut kat sini. Pelbagai aneka kasut ada di sini. Bukan hanya kasut sukan sahaja tau, tapi pelbagai kelengkapan lain.
Mase sekarang kejap je kan… Anyway selamat berkonvo & Tahniah… Bro nak g Gunung ambik gambar banyak & update info ok… sebab teringin sangat nak g sane…
Oh! Tak pergi lagi ke sana ke bro?
study smart amir!okay, concentrate pada study plak ye.. pentingkan apa yang lebih penting tau…btw,majlis apa mir? lagi satu,” Hari silih berganti namun adakah apa yang kita buat diberkati? ” … selalu pegang kata-kata ni,takut lagha dengan dunia yang sementara ni,huhu
Amboi nsihat supo nenek-nenek doh mung nih
dopleh gak biaaaaaa.. 🙁
Wah, Amir mentang2lah baru cashout Churp2 yang banyak itu terus shopping online yek! Btw, Gunung Ledang ni kali terakhir akak sampai masa di Tingkatan 5 dulu. Kalau congak2 dah berapa dekad tu *_^
Umur akak berapa sekarang kak? Meh sini nak congak..hehe
masih ada 1 assignment tu kena siapkan weh. haha..
haha.. last minit baru buat bro.. baru otak ligat berfikir
wahhh bestnyer nak naik gng ledang…. best3… akak dah 2 kali naik… 🙂
Saya first time ni kak. Entah sampai ke tidak ke puncak tuh
Wah lega sudah lepas zaman kolej. Yeah. 🙂
saya ada setahun lagi bro..Arghh!
perghhh nak ke gunung ledang tuhh, saya sendiri org johor x pernah lagi ke gunung ledang
Rugi la bro kalau tak pernah pergi
tu dia.penuh jadualnya..:D
Busy bro busy..haha
ada detik hitam masa panjat Gunung Ledang tu..
Apa detik hitam tu bro? Tergelincir ker?
hehe bantai je bro. aritu den pakai kasut futsal je..hehe dah la flat tapak kasut futsal tu..tapi main gedah je.. 😀
haha.. ni kena pakai kasut proper la sket.. First time daki gunung nih
ow 1st time ek, kna proper la mcm tu, kang tak pasal2 injured..hehe have fun bro 🙂
pergh….penuh dah jadual…
sempat panjat gunung tu sebelum exam…..terbaik!
Release stress namanya ni bro..hehe
bagus2…kurangkan stress sebelum nak perah otak…hoho
rutin kita bulan ni sama bro.hehe. penat lagi la nampaknya bulan ni.hehe
Busynyer dia