Pencarian Pemimpin Abadi oleh Dr Niki Shuhada

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsiikan mengenai susuk tubuh insan yang bernama Dr Niki Shuhada Shukor dan juga program pencarian Pemimpin Abadi oleh beliau.

Tak kenal maka tak cinta bukan? Jom saya perkenalkan terlebih dahulu siapa Dr Niki ini. Tapi saya yakin yang sememangnya beliau sudah dikenali di serata ceruk Malaysia ini. Mana mungkin ada insan yang tidak mengenal perunding kewangan nombor 1 di Malaysia ini? Seorang wanita kepada 2 anak dan seorang yang cekal dan bermotivasi tinggi ini tidak hairanlah jika mendapat ratusan anugerah sepanjang perjalanan beliau dalam bidang perunding kewangan ini.

Dr Niki Shuhada Shukor
Dr Niki Shuhada Shukor

Banyak seminar yang kursus pembangunan korporat dan profesional yang telah dikendalikan oleh beliau. Tidak lokek berkongsi pengalaman beliau, Dr Niki juga muncul di corong radio 93.9FM untuk program BijakWang. Jadi jika anda punyai kelapangan dan juga berminat untuk mengetahui lagi mengenai hal ini bolehlah mendengar radio tersebut.

Jika anda juga seorang yang berimpian untuk melibatkan diri dalam bidang perundingan kewangan ini juga boleh menghadirkan diri dalam banyak seminar dan program motivasi yang akan dianjurkan dalam masa terdekat dalam tahun 2015 ini. Oleh kerana semua sedia maklum bahawasanya 2015 adalah tahun yang penuh cabaran dari segi ekonomi, jadi kepakaran Dr Niki amatlah diperlukan dalam berkongsi ilmu bagaimana untuk mengurus kewangan dengan lebih baik.

Ayuh kita lihat sedikit sneak peak gambar pada majlis yang telah kami hadiri pada Ahad yang lepas. Oh! Lupa untuk memaklumkan bahawasanya saya telah dijemput oleh komuniti Hai Blogger untuk bersama Dr Niki di kediaman mewah beliau di Bangi.

Dr Niki sedang sibuk memberi penerangan dalam sesi soal jawab
Saya sendiri begitu teruja mendengar penjelasan beliau.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..
Selfie!
Photo kami semua beramai-ramai bersama Mummy Niki

Ok pada majlis Blogger Bijakwang itu juga Dr Niki yang mesra di sapa ‘Mummy Niki” juga telah melancarkan program pencarian Pemimpin Abadi. Pemimpin abadi yang di cari adalah seorang yang cemerlang dari segenap segi. Dari segi hubungan dengan orang lain dan juga ahli keluarga. Dan banyak lagi kreteria yang akan diadili oleh Dr Niki. Jadi tunggu apa lagi, ayuh kita bersama memasuki program ini.

Sebagai seorang remaja, sememangnya masalah terbesar adalah duit. Bagaimana untuk mendapatkan duit dan bagaimana pula untuk menggunakan duit tersebut dengan sebaiknya. Perkongsian yang diberikan oleh Mummy Niki sememangnya amat berguna untuk saya. Rugi bagi kalian yang tidak mendengar perkongsian dari Mummy Niki ini.

 

Untuk lebih maklumat bolehlah menghubungi mana-mana alamat di bawah:

Office Address : Wangsa Maju : 32-3, 4th Floor, Jalan Wangsa Delima 6, Kuala Lumpur Satelite Centre (KLSC) 53300, Kuala Lumpur.

 

 Office Number : +(6) 03 41422911
Website : www.drniki.com
Instagram: @Drnikishuhada
Facebook : https://www.facebook.com/dr.niki.shuhada.shukor
AM: Adakah anda pemimpin abadi yang dicari?
Picture credit to Ida & Islam (lovely h&w)

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Pencarian Pemimpin Abadi oleh Dr Niki Shuhada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge