Neutrax- Keajaiban Alam Semulajadi Untuk Dinikmati

Neutrax, Penemuan Untuk Dikongsi

Tahukah anda bahawasanya hutan hujan di Malaysia adalah kedua terkaya di dunia selepas hutan Amazon dari segi biodiversitinya? Jadi tidak hairanlah jika negara kita terdapat pelbagai sumber tumbuhan untuk kita terokai khasiatnya.

Mengambil inisiatif memaksimumkan penggunaan hasil bumi tempatan, pihak Felda Wellness Corporation (FWC) telah menjalankan kajian terperinci mengenai khasiat buah kelapa. Hasil kajian yang berterusan serta jitu lalu wujudlah produk yang dinamakan Neutrax (NaturalWonder).

neutrax

Apa itu Neutrax?

Neutrax diperbuat daripada Ektract Kultur Kelapa atau dalam Inggerisnya Cultured Coconut Extract (CCE) dengan Bio-Lipopeptide. Kajian penunjukkan bahawa ia mengandungi kandungan asid laurik yang tinggi yang terkenal dalam membantu meningkatkan tahap tenaga dan imuniti, mengawal atur hormon, menstabilkan kadar gula dan meningkatkan penyembuhan sel.

Neutrax adalah Ektrak Kultur Kelapa yang dihasilkan daripada Proses Penapaian Microaerophilic berteknologi tinggi manakala minyak kelapa dara (VCO) dihasilkan melalui teknik tekanan sejuk biasa. CCE adalah tinggi dalam rantai trigliserida sederhana, asid laurik dan bioaktif semulajadi yang digelar sebagai Bio-Lipopeptide. Ia mengandungi kandungan asid laurik yang tinggi jika dibandingkan dengan VCO. Ia juga ditemui di dalam susu ibu yang mengoptimumkan kekuatan imuniti bayi.

Jadi apa yang membezakan VCO dengan CCE jika keduanya berasal dari kelapa? Ini merupakan banyak persoalan yang ditanyakan kepada saya. Jadi saya juga merupakan graduan jurusan Kejuruteraan Kimia mengetahui serba sedikit mengenai pekara ini. Yang membezakan ia adalah proses. Analogi mudah yang saya terangkan, lempeng dan kek. Keduanya berasal dari tepung gandum. Tapi mengapa kek lebih enak dimakan berbanding lempeng? Padahal keduanya berasal dari tepung. Ya! Proses penghasilannya. Begitulah analogi mudah yang saya berikan kepada teman saya yang bertanya.

Untuk makluman semua, bagi penghasilan Neutrax ini, hanya buah kelapa yang terbaik sahaja di pilih. buah kelapa yang telah mencapai tahap matang yang dikehendaki dikutip dan diolah untuk menjadikan Neutrax. Buah kelapa yang diambil juga bukan sembarangan. Hanya yang ditanam beberapa meter dari pesisir pantai sahaja yang diambil. Ini untuk menjamin kualiti dan mutu CCE yang terhasil.

Profil menggunakan CHEMOMap Technology
Profil menggunakan CHEMOMap Technology

Gambar di atas menunjukkan kandungan di dalam Neutrax berbanding VCO. Tahun lepas saya juga menggunakan alatan ini semasa menyiapkan kertas Sarjana Muda saya. Jadi sedikit sebanyak saya mengetahui apa yang dimaksudkan dengan profil di atas. Apa perbezaan yang anda nampak berkenaan kedua-dua profil di atas? Penghasilan puncak (peak) yang berbeza bukan? Neutrax menghasilkan lebih banyak peak berbanding VCO. Ini bermaksud Neutrax mengandungi lebih banyak komponen di dalamnya. Dan komponen inilah yang akan menjadi perisai dalam sistem imuniti kita. Analogi mudah, jika badan kita diserang, VCO mampu menahan dengan beberapa perisai namun Neutrax mampu menahan dengan lebih banyak perisai. Jadi yang manakah lebih baik?

 Bagaimana Neutrax Berfungsi?

Neutrax berfungsi semudah 3 cara iaitu clease, restore dan balance atau dalam bahasa Malaysianya ialah bersih, pulih dan urus.

fungsi neutrax

 

Bersih (Clean)

Neutrax membersihkan sistem bdan kita dengan menghapuskan toksin dan patogen. Tubuh badan kita mungkin mengalami proses penyembuhan dengan lambat jika toksin tidak disingkirkan dengan cepat.

Pulih (Restore)

Selepas tubuh badan kita telah bersih, Bio-Lipopeptide meneliti tubuh kita untuk mengenalpasti kekurangan nutrisi ataupun sel-sel yang tidak optimum dan memulihkan tubuh kita kepada keadaan yang sepatutnya.

Pulih (Balance)

Setelah kedua-dua proses di atas selesai maka proses urus pula yang akan berlangsung. Proses ini mengawal tubuh kita untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan sihat ditahap semaksimumnya.

Kenapa mesti Santan/ Kelapa?

Teringat saya tentang kisah santan kelapa ini ketika majlis media bersama Tengku Puan Pahang tahun lepas. Ada salah seorang media pada majlis soal jawab tersebut berseloroh brtanya kepada Tuanku mengenai apa rahsia awek muda baginda. Apa pemakanan baginda sehingga menjadikan baginda sentiasa cantik jelita. Jawab Tuanku mudah sahaja,

“Saya suka masak. Cukup la sekadar makan masakan biasa yang dimasak di rumah. Awak semua tahu tak yang dalam masakan kita banyak guna SANTAN. Dalam santan tu banyak faedahnya. Dapat menjadikan kulit kita sentiasa lembab tau.” cerita Tuanku dengan panjang lebar. Kisah perjalanan media ke bandar Pekan, bandar diraja boleh dibaca di sini

Saya selfie bersama Tengku Puan Pahang
Saya selfie bersama Tengku Puan Pahang

Kebaikan Neutrax dan juga Neutrax Therapy Oil

neutrax kebaikan

Kebaikan 5A bagi Neutrax

1. Anti-microbiol

Membunuh virus, bakteria, fungi dan juga yis

2. Anti-oksidant

Melindungi badan daripada radikal bebas yang berbahaya dan pengoksidaan.

3. Anti inflamantory

Mengurangkan keradangan dan bengkak.

4. Active Immunity

Meningkatkan jangka hayat dan pertumbuhan sel badan manusia

5. Active lipid

Mengurangkan kesan rantai sederhana trigliserida dan mencegah pengoksidaan lipid.

Neutrax kebaikan oil

Manakala berikut merupakan kebaikan 5A bagi Neutrax Therapy Oil

1. Active protect

Melindungi kulit terhadap pencemaran dan tekanan persekitaran.

2. Active  control

Mengawal dan membetulkan pengeluaran sebum, mengawal jerawat, kulit berpigment dan terengsa.

3. Active nutrition

Memelihara dan melembabkan dermis untuk kulit bersinar dan sihat.

4. Active healing

Menggalakkan penyembuhan kesan parut dan bakar, membaharui dan memulihkan sel.

5. Anti-aging

Mengawal proses penuaan dan menggalakkan pertumbuhan sel.

 

Testimoni pengguna Neutrax

Jika kita sudah mengetahui mengenai sesuatu produk, pasti kita ingin mengetahui akan keberkesanan produk tersebut. Jadi jom kita saksikan apa jua testimoni berkenaan produk ini.

En Redza

Testimoni pertama adalah dari Encik Redza Abd. Rahman iaitu Pengurus bahagian R&D Felda Wellness Corporation. Bertarung nyawa dengan kanser menjadikan beliau begitu kuat mengharungi dugaan yang berlalu. Tatkala disahkan menghidap kanser pada tahap 4 dan disarankan oleh doktor untuk menjalani rawatan kemoterapi, beliau tekad untuk tidak menjalankannya. Ketika itu beliau masih menjalankan kajian mengenai produk Neutrax ini. Mengetahui betapa sukarnya beliau terpaksa lalui jika di meneruskan rawatan kemoterapi, menjadikan En Redza nekad untuk mengoptimumkan kebaikan dari Neutrax ke dalam diri beliau. Alhamdulillah, kepada Allah yang Maha menyembuhkan akhirnya En Redza sudah pulih dari kanser yang dihadapinya dengan pengambilan Neutrax yang berterusan.

Saya bersama Encik Ikhmal Hisham
Saya bersama Encik Ikmal Hisham

Testimoni seterusnya ialah dari Encik Ikmal Hisham mohd Kamal iaitu Ketua Bahagian Pengurusan Strategik Korporat (Corporate Strategic Planning) Felda Wellness Corporation. Bercerita mengenai penyakit yang beliau hadapi sememangnya membuka mata saya tentang indahnya dunia yang kita huni ini. Betapa bersyukurnya kita dengan segala nikmat yang Allah berikan untuk kita syukuri dan gunakan ke arah kebaikkan. En Ikmal merupakan penghidap leukimia. Namun dengan pengambilan Neutrax beliau alhamdullilah sembuh. Namun sekarang beliau masih mengambil Neutrax untuk memastikan tubuh badannya sentiasa sihat. Sudah sembuh penyakit tidak bermakna tidak mengambil lagi Neutrax.

wpid-1426429712430.jpg

Saya juga menggunakan Neutrax Therapy Oil untuk penyakit kulit sensitif saya. Kulit saya sebenarnya agak sensitif dengan panas yang melampau sehingga boleh menyebabkan kemerahan. Jadi dengan menyapu sedikit Neutrax Therapy Oil menjadikan kulit saya kembali seperti sedia kala. Selain Therapy Oil, saya juga mengambil Neutrax sekali sehari. Pada permulaannya sememangnya tidak lekang diri saya dengan tandas. Sememangnya lawas! Itu pada permulaan pengambilan sahaja. Selepas beberapa hari akhirnya kembali seperti biasa. Sistem pencernaan saya kembali normal. Mungkin pertama kali itu adalah untuk pembersihan sahaja barangkali.

 

Bagaimana Untuk Mendapatkan Neutrax?

Neutrax mula dipasarkan di farmasi farmasi terpilih di seluruh negara. Produk yang laku laris ini sememangnya menjadi rebutan setiap pengguna. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menambah stok dengan berkunjung ke Suria KLCC beberapa minggu lepas. Di Suria KLCC, anda boleh mendapatkan Neutrax di Watson dan juga di Guardian pada harga yang istimewa kerana sekarang mereka sedang mengadakan promosi.

Promosi jualan Neutrax di Watson. Jom dapatkannya sekarang
Promosi jualan Neutrax di Guardian. Jom dapatkannya sekarang
Neutrax Aromatheraphy oil juga sedang ada promosi di Guardian
Neutrax Theraphy Oil juga sedang ada promosi di Guardian

Ditanya pada promoter barangan di Watson mengenai sambutan terhadap Neutrax, katanya sambutan yang begitu menggalakkan ditambah pula promosi menjadikan mereka tidak menang tangan untuk membuat penempahan ulangan (repeat order). Semakin hari semakin ramai yang ingin mencuba Neutrax dan berpuas hati dengan hasilnya sehingga tidak sanggup meninggalkan produk ini 🙂

Watson juga tidak ketinggalan turut mengadakan promosi Neutrax
Watson juga tidak ketinggalan turut mengadakan promosi Neutrax
Ruang pamer produk Neutrax di dalam Watson.
Ruang pamer produk Neutrax di dalam Watson.

Dan untuk makluman semua, jika di kawasan anda tidak mempunyai sebarang farmasi ataupun produk Neutrax ini masih belum sampai ke kawasan anda, anda bolehlah membelinya secara dalam talian (on-line). Ya! Dalam talian. Mungkin anda masih tidak percaya namun untuk makluman anda, anda bisa mendapatkan Neutrax ini di laman web Neutrax ini sendiri iaitu di neutrax.com.my dan tekan di sini untuk membelinya. Harga promosi juga ditawarkan di sini dan apa yang penting adalah penghantaran percuma!

Neutrax
Klik gambar untuk ke ruangan pembelian.

Ditanya mengapa harga Neutrax sedikit murah jika dibandingkan dengan produk lain seumpamanya, jawab mereka produk Neutrax dipasarkan di Malaysia dengan harga sedemikian adalah supaya semua rakyat Malaysia mampu memiliki Neutrax. Tidak perlu meletakkan harga yang terlalu mahal kerana Neutrax adalah untuk dinikmati semua lapisan masyarakat. Biar semua mendapatkan kebaikan dari penggunaan Neutrax ini.

Jadi bagaimana umum mengetahui tentang kewujudan produk Neutrax ini di pasaran?

Umum sememangnya mengetahui tentang kewujudan Neutrax ini melalui hebahan umum di papan tanda, iklan radio, surat khabar dan juga iklan di kaca televisyen. Saya juga terpesona dan juga terpana dengan pelbagai iklan yang diwujudkan untuk mempromosi produk Neutrax ini. Disegenap stesen LRT dan juga jalan raya wujudnya iklan berkenaan Neutrax ini.

Neutrax LRT
Iklan Neutrax Therapy Oil di stesen LRT Plaza Rakyat
neutrax LRT2
Iklan Neutrax di Stesen LRT Bandaraya..

 

Iklan Neutrax di sepanjang jejambat yang semamngnya akan membuatkan manusia yang lalu-lalang memandangnnya
Iklan Neutrax di sepanjang jejambat yang sememangnya akan membuatkan manusia yang lalu-lalang memandangnya
iklan Neutrax Aromatherapy oil di jejambat sepanjang Jalan.
Iklan Neutrax Therapy oil juga tidak ketinggalan di jejambat sepanjang Jalan.

 

Iklan di majalah tempatan
Iklan di majalah tempatan

Semasa pulang ke kampung tempoh hari, saya sempat singgah di restoren makanan segera di tepi lebuhraya. Tiba-tiba terdengar satu iklan di corong radio. Saya amati betul-betul rupanya iklan mengenai Neutrax yang sedang disiarkan. Oh! Nasib baik saya terlebih dahulu mengenali Neutrax ini. Terus saya menceritakan kebaikan Neutrax ini kepada kawan saya yang turut sama bersama saya ketika itu. Mana mungkin produk yang baik sebegini tidak dikongsi bersama bukan?

Di bawah ini pula merupakan iklan yang sedang ditayangkan di kaca televisyen anda.

 

Untuk makluman semua juga, Neutrax akan mula menembusi pasaran Amerika Syarikat dan Korea Selatan pada bulan Jun 2015 nanti. produk neutrax ini bakal menjadi produk global hasil keluaran Malaysia. (Sumber, Berita Harian )

Maklumat Tambahan Produk.

Kerana mencari yang fardhu itu wajib bagi umat Islam, maka segala proses menyediaan Neutrax ini mengikut lunas-lunas agama yang tidak mengandungi sesuatu yang meragukan. Oleh yang demikian produk Neutrax ini telah diberikan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadi tiada keraguan dalam pengambilan produk ini. Halal lagi baik. Untuk maklumat lanjut mengenai status ini bolehlah ke laman web Jakim di sini.

Maklumat sijil Halal Jakim dari laman web Jakim sendiri
Maklumat sijil Halal Jakim dari laman web Jakim sendiri

Jom ikuti tips memulakan perjalanan dengan Neutrax yang disediakan khas oleh saya untuk anda semua. Selamat menonton! (cara penggunaan Neutrax Therapy Oil juga ditunjukkan)

(Tunggu sehingga Facebook selesai loading dan pilih mod HD untuk kualiti yang terbaik)

Antara produk keluaran FWC yang lain yang terdapat di pasaran Malaysia.

nutriXpress
nutriXpress
Minuman Vita500
Minuman Vita500
Iklan Vita500 di stesen LRT Hang Tuah
Iklan Vita500 di stesen LRT Hang Tuah

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari atau menghubungi mana-mana alamat di bawah.

Felda Wellness Corporation

 Level 3, Wisma Felda Jalan Perusahaan Gurney 54000 Kuala Lumpur Malaysia

Website: www.neutrax.com.my

Facebook: www.fb.com/felda.wellness

Careline: 1-800-222-FWC (392)

AM: Neutrax amat best. Saya pasti menjadikan Neutrax sebagai suplement tambahan untuk saya dan keluarga.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Neutrax- Keajaiban Alam Semulajadi Untuk Dinikmati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge