Ultraman Lawan Raksasa di Malaysia!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Pergi kemanakah anda pada musim cuti skeolah ini? Saya cadangkan anda membawa anank anda semua ke Genting Highland untuk menyaksikan pertarungan Ultraman!
Ya! Ultraman telah datang ke Malaysia. Ultraman sememangnya terkenal pada kanak-kanak dan saya juga yakin yang kita semua juga dahulunya peminat Ultraman!. Mana mungkin zaman kanak-kanak yang kita lalui tanpa menonton Ultraman. Lawan rasaksa sampai rasaksa mati. Habis rosak seluruh Tokyo disebabkan perlawanan mereka. Tapi masa dulu-dulu persoalan yang timbul di fikiran saya, kenapa asyik raksasa muncul di Jepun jer?
Ala zaman kecil-kecil dulu memang la nak rasaksa ada di Malaysia juga sebabnya nak tengok Ultraman muncul kat sini.. hahahaha. Almaklumlah kanak-kanak kan tinggi imaginasinya. Namun akhirnya 2015, impian saya zaman kecil dulu tercapai! Ultraman telah datang ke Malaysia. Siap bawak geng lagi tuh.
Bertempat di Genting International Showroom, Ultraman telah sampai ke sini. Persembahan hebat ini dibawakan khas oleh produksi ultraman sendiri iaitu dari Jepun. Tsuburaya Production membawakan beberapa orang ataupun figura Ultraman ke Malaysia. Antara Ultraman yang ada ialah Ultraman, Ultraman Ginga, Ultraman Zero, Ultraman Tiga dan beberapa lagi Ultraman iaitu Seven, Taro, Cosmos dan Mebius. Musuh Ultraman juga ada ooi!.
Yang paling best ialah aksi lawan-lawan. Biasanya kita tengok mereka berlawan depan TV kan? Kali ini depan mata kau. Memang teruja. Saya rasa yang paling teruja menyaksikan persembahan itu bukannya kanak-kanak tapi mak budak yang lebih teruja. Melompat lompat bila menyaksikan persembahan Ultraman ini. Mengimbau kenangan lama barangkali. Best!
Saya memang syorkan untuk semua membawa anak-anak anda semperna cuti skeolah ini ke Genting untuk menyaksikan persembahan ini. Memang berbaloi. Hrga yang ditawarkan adalah RM88(VIP) dan RM68(PS1). Persembahan ini berlangsung sehingga 29 Mac ini sahaja. Jadi jom pergi tonton ramai-ramai.
Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Resort World Genting di talian 03-27181118.
AM: Satu impian zaman kanak-kanak telah tercapai!
Ultraman datang Malaysia naik Genting Highland lagi…
Fuyyoo.. Bestnya.. Kalau anak-anak saya tahu ni… Tentu dia orang suka sangat-sangat…
alamak, cerita kegemaran ayah ni 🙂
oldshool. macam mana pun aku tetap suka ultraman ace yang ada gabungan lelaki dengan perempuan. Ya lain-lain tu hampeh