Pengalaman di Explorer-On-The-Go
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga semunya sihat sejahtera sentiasa. Pada 18 Mei yang lalu, telah berlangsungnya satu Majlis iaitu Explorer -On-The-Go di Sunway Piramid.
Program berlangsung dengan meriahnya dan dihadiri oleh pelbagai selebriti Astro serta disaksikan oleh ribuan pengunjung pusat membeli-belah Sunway Pyramid tersebut. Pelbagai acara menarik telah didakan pada hari tersebut, antaranya ialah Cabaran Explorer-On-The-Go buat para blogger.
Seramai 44 orang blogger telah diberi peluang untuk menyertai cabaran ini. Blogger dibahagikan kepada 22 pasukan dengan 2 orang setiap pasukan. Sebanyak 10 checkpoint dengan pelbagai tugasan harus diharungi oleh setiap pasukan. Pasukan yang terpantas dengan jawapan tugasan yang betul dan paling tepat bakal dinobatkan sebagai juara keseluruhan cabaran.
Pelbagai aksi serta ragam para peserta sepanjang program berlangsung berjaya dirakam. Berpeluh seluruh tubuh untuk menyiapkan kesepuluh checkpoint yang diberikan. Kelebihan adalah kepada pengunjung setia Sunway Pyramid yang telah mengetahui pelan latar pusat membeli belah ini. Cabaran sengit terpaksa dihadapi oleh kesemua 22 pasukan. Setelah beberapa jam beraksi, pada pukul 12.30 tengahari, pasukan pertama telah menyempurnakan kesemua 10 checkpoint.
Antara checkpoint yang perlu dihadapi oleh peserta:
Setelah penah mengharungi segala cabaran, para blogger dijemput untuk menikmati makan tengahari di Restoren Delicious Sunway Pyramid. Suasana bingit setika santapan kerana setiap kumpulan sibuk menceritakan pengalaman pengembaraan mereka masing-masing. Ada yang gembira dan tak lupa juga ada yang kecewa. Apapun saya begitu teruja mendengar setiap pengalaman mereka.
GIMIK PELANCARAN ASTRO-ON-THE-GO
Pada pukul 2.30 petang, majlis gimik pelancaran Astro-On-The-Go diadakan. Pelbagai genre rancangan dipersembahkan dengan tarikannya tersendiri. Dari saluran berbahasa Melayu, Inggeris serta Mandarin dipersembahkan. Tidak lupa juga hiburan Korea masa kini!
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Ramai selebriti Astro yang turut serta, antaranya Aaron Aziz, Johan Raja Lawak dan Ajak Shiro[/pullquote]
Dengan diacarakan oleh Farish Aziz, seluruh Sunway Pyramid gamat dengan gelak ketawa. Flash mob dari anak muda Malaysia menggamatkan lagi majlis. Dengan pelbagai tarian, lakonan dan aksi untuk menonjolkan rancangan yang dipersembahan oleh Astro-On-The-Go.
 Selebriti Astro juga ramai yang turut serta, Antaranya barisan pelakon Oh My English! Paling dinantikan adalah hero pujaan Malaya, Aaron Aziz. Bagi rancangan Maharaja Lawak, Johan dan Ajak Shiro menjadi selebriti jemputan.
Yang paling menarik perhatian saya adalah persembahan tarian Kpop oleh sekumpulan remaja untuk mempromosikan drama Korea terhebat di Astro-On-The-Go. Memang gempak dan superb!
Seterusnya majlis penyampaian hadiah buat pemenang pengembaraan Astro-On-The-Go, berseri-seri semua para pemenang!
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG DIJALANKAN
Selain ada pertandingan untuk para blogger, pelbagai aktiviti lain juga ada disediakan untuk para pengunjung yang lain. Ada booth untuk para pengunjung mengambil bahagian dan mendapatkan barangan cenderahati dari pihak Astro. Ada permainan bola, pertandingan pecah pingang paling banyak dalam 2 minit dan macam-macam lagi.
Pendaftaran Astro juga ada diadakan. Ramai pengunjung yang mengambil peluang untuk mendaftar Astro-On-The-Go dan juga menaik-taraf langganan mereka. Pelbagai promosi diberikan khas untuk yang melanggan pada hari tersebut.
Para menonton juga boleh memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menjawab soalan spontan yang diberikan oleh pengacara
Sebelah petangnya pula, aktiviti memasak bersama Datuk Fazley Yaacob, Juara Masterchef musim pertama diadakan. Ramai pengunjung yang tetap setia berada di situ untuk melihat kehebatan dan ketangkasan Datuk Fazley memasak.
Program Astro-On-The-Go ini berakhir pada 10 malam dengan mencatatkan pengunjung yang ramai sepanjang majlis ini berlangsung.
Tahniah buat semua pemenang, Atika, LeonHart, Pena Berkala, Rawlins, Mahamahu, MiraCicit dan juga Eryqazz.Â
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hehehe thanks letak kedit kat sini tapi video lari2 tu kat mana ada ker hehehe..
Ada-ada, cuba tengok video.. Ada dalam tuh.. 🙂
Bestnye dapat join event…. Sy tak reti macam mana nak join event… Baru lagi…
Takpe, saya pun baru juga. Lain kali kita borak ya macamana nak join tuh. Boleh la kenal-kenal antara blogger time event tu nanti
🙂 Terima kasih!
bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 😀
Memang best!
x der gambar Sop dalam ni? Hehhee
mmg sonok acara astro on the go ni..
puas hati join… walaupun x menang 🙂
Eh? Sebab tak kenal kot. Lepas ni jumpa lagi kita bertegur sapa pula 🙂
Bro tidak pergi event Acer di Poppy Garden?
Tak. Ada test malam tuh. tak dapat nak join.
wah hebat gak ni
takde la hebat mana..hehe
pergh!..memang best bila dapat join event..hehe..
Memang best. Dapat jumpa kawan-kawan
Oh my english…. Meriah bebenor ye majlis nie
Memang meriah. Ramai hadirin yg hadir..
memang best event tu. mana blogger yang join semuanya berkongsi keseronokkanya..tahniah dapat join walaupun tak menang apa-apa… 🙂
Oh, kamu join juga ke event nih?
macam seronok aje aku tengok korang kan..
Seronoknya.
Teringin juga nak sertai event sebegini.
Nanti ajarkan saya ya sifu Amir.
Pingback: Pengalaman Bersama Nuffnang - amirnawawi