Pengalaman Kena Denda Di Sekolah
Asalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Setiap orang mesti pernah melalui zaman persekolahan bukan? Tak kira la anda masuk sekolah kebangsaan ke, Jenis kebangsaan ke, tak pun masuk Sekolah agama rakyat. Semuanya mesti ada pengalaman tersendiri kan. hari ni aku nak bercerita sedikit tentang pengalaman kena denda di sekolah.
Sebenarnya kalau nak bercerita tentang denda nih memang la banyak kali juga aku kena. Sekolah rendah atau menengah pun masih kena lagi, hatta dekat universiti ni jugak. Memang muka aku ni selalu kena denda la senang citer. Kat bawah ni aku akan bercerita dengan lebih rapi denda-denda yang aku terima.
1- Kena cubit kat perut
Ya Allah! ini mungkin antara denda yang aku memang paling ingat sampai sekarang. Memang berbekas dekat perut aku ni kena cubit dek cikgu Sains aku. Aku pun dah lupa kenapa aku kena cubit. Mungkin tidak siap kerja rumah rasanya. Memang terasa nikmatnya sampai sekarang. Masih berbekas kat perut aku nih. Mau taknya, dah la cikgu cubitnya kecil, pastu dengan kuatnya pula, memang kesannya menusuk ke kalbu la. Pedih dan insaf sekejap.
2- Kena menyanyi dan senam robik depan orang ramai.
Ini denda kes aku ponteng Minggu Aktiviti (aktiviti tahunan MRSM). Aku ni memang malas giler bila time minggu aktiviti. Ada sahaja senamrobik setiap pagi. Kena buat itu dan ini. Memang boring. Satu hari tu aku ponteng aktiviti nih. Tapi tidak bernasib baik, kantoi dengan warden. Semua kena pergi turun padang dan buat senam robik kat depan orang ramai. Nasib baik la dalam 10 orang jugak yang kena denda. Kurang jugak la malu aku tuh. Maunya tak malu terkinja-kinja depan orang ramai. Fuhh! Insaf kejap.
3- Berdiri atas kerusi sambil angkat tangan atas kepala
Denda yang nih memang selalu kena. tapi bukan aku seorang jer. Seluruh kelas kena sekali. kami ni kalau buat bising memang satu kepala semuanya. Ni aku masih ingat masa aku Tingkatan 2. Disebabkan kami semua ni bising tak hingat masa prep. (masa ulangkaji kat MRSM), kami didenda berdiri atas kerusi sambil angkat tangan letak atas kepala. Boleh bayangkan tak? Dah macam banduan dah aku rasa. Lepas tu insaf 2 minit.haha3
4- Kena tarik sightburn
Yang nih masa Tingkatan 4. Aku ni kalau bab menyiapkan kerja sekolah tu merupakan satu tugasan yang memang payah untuk dilaksanakan. Mungkin ada penyakit kot. Penyakit malas namanya. Satu hari, aku tak siap kerja Kimia ni, nasib aku tak berapa baik hari tu sebab cikgu check tugasan kami satu per satu. Kantoi la aku, Biasanya bila cikgu tanya dah siap ke kerja sekolah, aku dengan muka selenga je jawab sudah siap. padahal habuk pom tarak. Bila check satu per satu tu yang kantoi. kena tarik sigthburn la plak. Memang tangkap leleh la kena tuh. Sakit ooo.. Pompuan memang lepas la denda nih..huhu
5- Berenang atas lantai sambil kena sembur ngan pili bomba
Yang ni memang memerlukan imiginasi yang tinggi untuk bayangkan..haha3. Yang nih kes main futsal kat asrama. Aku ni duduk asrama dan biasa la kalau main-main kat asrama tuh. Hari tu disebabkan kami bising sangat tak tentu halau dok main bola futsal kat dalam asrama tuh, warden dapat kesan. Memang sengaja cari nahas la. Bising tak hingat. Disuruhnya kami baring di lantai sambil buat gaya berenang-renang. Ada la plak mamat ni cakap yang tak best berenang takde air, lalu diambilnya warden tu pili bomba dan disembur dekat kitorang. Memang macam berenang dalam air betul la camni..huhu3
6- Kena jadi Imam Solat Zohor
Denda yang ni mungkin bagus jugak bagi aku. hari tu aku lamabt pergi roll call sebab perut aku cirit birit. tak semene-mene kena panggil ngan warden aku. memang sedih la aku. Aku ni budak baik (perasan lelebih). Jarang sekali aku ponteng roll call nih. lepas kena ceramah free dari warden merangkap ustaz sekolah aku tuh, aku kena denda jadi Imam Solat Zohor. Nampak sangat aku ni budak baik kan? Sampai Ustaz suruh aku jadi imam…hahah3. Terbaik la denda nih. Memang patut dicuba kat budak-budak nakal nih. Konpom insaf.
Mungkin itu sahaja dulu kisah-kisah pengalaman kena denda di sekolah. Sebenarnya masih banyak lagi yang nak aku kongsikan, namun mungkin selepas ini sahaja. Apepun zaman persekolahan adalah satu zaman yang cukup indah untuk dinikmati. Teringin rasanya nak masuk sekolah balik. namun apakan daya, masa takkan kembali..
Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan olehAhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma,Contengconteng.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com
AM: Aku bukan budak nakal, tapi sedang berusaha untuk menjadi budak baik.
hehe..muka tu..wanted sangat agaknya. hehe..
tu la..haha3. Memang wanted la. keno chop dah
sek2 2B huk gong2 blako..haha
Sedak teh oyak oghe gong..haha3
SELAMAT PETANG. BARU FOLLOW SINI. ENTRI YG MENARIK. SEBELUM NI PERNAH GAK BUAT ENTRI PASAL NI.
PETANG NI LAK BLOG AKU CITER PASAL :
PEREMPUAN, ISTERI DAN DOT DOT DOT
owh! kreatif mung ni. comey kartun2 tu. denda berenang tu yang best. denda jadi imam memang terbaik. good luck for the contest!. Ada harapan ni. 😀
Hahaha.. Terimo kasih la. Aminn, mintak2 berjaya la.. huhu3
Tu la.. Bila ingat kembali rasa macam best pulak kan?
Bab berenang tu yg manrik, sebab ada pengalaman jugak kena berenang atas padang bola 🙂
Berenang la aktiviti paling best.. KOnform ingat sampai bila-bila
kene dekat tualng2 jari dengan pembaris besi sebab xbwk buku teks english…rasenye cgu BI sume garang2…tq cikgu2 BI ku semua! kalau x, memang xreti2 la smpai skrg…
Semua cikgu BI garang? Amir rasa tak kot. Cikgu BI la paling sporting sekali..haha3
tu yang KKO rase la..KKO pun cikgu jugak..hehe
KKO cikgu ker? Cikgu aper? mesti cikgu Komputer kan..
major : degree prasekolah, minor : muzik, pj..
tapi skrg ngh tggu posting..hehe..doakan dapat sek yang terbaik ye..;)
Aminn.. Mengajar kanak-kanak la pasnih cikgu yer..hehe3 😛
hahaah3. Mana la saya tahu 😛
denda kena cubit perut tu glamer juga kat sekolah…ramai yg kena
Memang denda yang paling simple la tuh.. 🙂
terserlah amir nakal!
hahaha..tapi memang cian bila part perut n tarik sburn kan.mas pernah kene pukul tapak tgn,diri atas kerusi n ketuk ketampi.hihihi..yang part renang atas darat..hahah tuh kelakar.leh lak request nak air kan..rasakan.ahahah..mesti korang semua terus jadi duyung kan..ehhh dayang..ehh dayung.hahah
hhaha3.. Bukan duyung, dayang atau dayung Mas. Ni terus jadi macam dugong dah..huhu3
memang nak taip ayat tuh,tapi tak sampai hati.hihihi
xperla kenangan tuh,nanti leh citer kat cucu..hihihi
banyak jugak kenangan masa sekolah dulu ek. mesti best bila ingatkan balik.
Memang best 🙂
Biasanya ketika sekolah dahulu budak-budak nakal ini memang kategotri bijak. Mereka ini nakal kerana mahukan perhatian. Cuma saya sehingga sekarang masih tidak dapat lupakan arwah kawan saya sehingga hari ini tiba-tiba satu hari dia baik sangat kalau sebelum ini sememangnya terkenal dengan nakalnya. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. 🙁
Takziah untuk arwah. tapi betul la tu bro. kami kat asrama mungkin bosan sebab boarding school ni peraturan memang ketat. Mungkin disebabkan itu kami sedikit nakal dan memberontak. tu yang jadi lain macam sikit tu..huhuh3
Pingback: Update Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah | EarnCent.com
aku suka wat dajal sebab sekolah aku dulu ramai cikgu comel-comel. haha..
haha3.. Sama la ngan aku. Sampai ada cikgu chop aku ni gatal katanya
Aku pom selalu tak buat kerja sekolah tapi pandai cover wat muka konfident. jadi cikgu tak check la.. kalau check pom konform kena..haha3 🙂
saya suka entry ni.hehe
Terima Kasih 🙂
Pingback: Pendahulu Cabaran SEO yang kacak. | EarnCent.com
Kena cubit kat perut? kesiannya…. 🙂
Ni mesti suka buat kat anak buah mcm tu juga kan?
Mana ada. ni bapa sedara yang mithali tau..hehe3
wah semakin meriah pertandingan ni 🙂
Pingback: Dua hari terakhir.. | EarnCent.com