«

»

Jan 05

Cerita Mak Cik Karipap

Perjalanan aku dari Kuantan ke Kota Bharu mengambil masa selama 7 jam menggunakan bas ekspress. Tiket dibeli RM32 dan naik dari Terminal Makmur pada pukul 11 malam.

Berbekalkan sebiji bag galas yang mengandungi komputer riba aku menaiki  bas Transnasional di Platform 2 Terminal Makmur. Perjalanan   aku pilih waktu malam kerana  perasaanku mengatakan perjalanan itu singkat. Mungkin itu hanya perasaanku sahaja. Perjalanan waktu malam jug menjadi singkat mungkin kerana aku tertidur di dalam bas.

Tibanya di Kota Bharu pada pukul 6.00 pagi aku terus bersolat subuh di sana. Terpaksa beresak-esak di dalam tandas untuk mengambil wudhuk memandangkan tempatnya memang kecil sahaja. Walaupun agak dhaif tempatnya namun alhamdulillah masih ramai yang mengetahui akan pentingnya menunanikan solat ini. Sebarang alasan bukanlah penghalang untuk melaksanakan tuntutan agama ini.

Dalam keadaan samar-samar pagi, aku naiki bas CityLiner ke kampung aku. Keadaan pagi yang masih awal mungkin penyebabnya tak ramai penumpang yang ada. Ku perhatikan seorang perempuan bertudung labuh berada jauh di ceruk paling belakang. Langkah kaki ku terhenti sekejap. Mengelamun lagi. Sudah beberapa bulan aku tidak pulang bertemu ibubapaku. Sesekali perasaan rindu itu muncul.

Sampainya aku di Tok Bok, loceng bas ku tekan dan aku turun dengan langkah bersemangat. Rindu akan keluargaku makin membuak. Namun perutku mula berkeroncong. Oh, aku masih belum menjamah sebarang makanan dari semalam. Masih dalam samar pagi, aku ternampak akan sebuah warung kecil di hujung jalan.

Aku segera ke sana, harapanku agar aku dapat menikmati sedikit makanan pengalas perutku ini. Ku ambil karipap 5 biji lalu ku hulur wang 2 ringgit kepada Makcik penjual karipap itu. Cara pandangan makcik itu sudah mulai pelik, adakah aku membuat sebarang kesalahan. Mungkin barangkali dia kaget melihat rupaku yang seakan jerangkung yang  masih belum mandi. Langkah ku atur keluar dari kedai itu.

Kurasakan karipap itu satu demi satu. Rasanya memang enak dan garing. Inti kentangnya memang memikat kalbu. Dalam kesamaran pagi, tiba-tibai ku rasa ada sesuatu yang menyapa bahuku, masih dalam keadaan mamai dan kelaparan dan mungkin jua ketakutan, aku pandang ke arah belakang. Rupanya makcik karipap itu sedang berada di belakangku seraya berkata,

Mak cik:Adik ambik berapa biji karipap tu?

Aku: 5 Biji  makcik, kenapa?

Makcik: Oh, adik bayar 2 ringgit nih masih ada baki. karipapa tu 4 seringgit.

Aku: Oh ye ker? saya ingatkan 4o sen satu. sebab tu ambik 5 jer. Biasanya kat tempat saya belajar sana 40 sen la satu.

Makcik: Patutla, makcik ingatkan kamu tak mahu baki tadi. Ni nak ambik baki ke nak tambah ambik karipap?

Aku: Saya amik karipap jelah lagi 3. Terima kasih Makcik.

Wahaha, rupenyer karipap kat negeri aku nih masih murah. Lama tak keluar beli makanan kat sini. Ternyata masih murah berbanding bandar-bandar. Menghadap karipap la aku sepagi tuh. Balik rumah terus jer sambung tidur.

Moral of the story: Nak cerita makanan kat tempat aku masih murah jer..haha3. Ucapan kepada semua penuntut universiti yang akan pulang bercuti tu, makan la karipap banyak-banyak ek. Aku eksited nak cuti ni sebebnarnya. Sebab tu aku taip entri nih. karipap oh karipap.

AM: Minggu depan cuti semester. Rindu akan karipap makcik tuh. :P

p/s: Gambar ehsan pakcik google semuanya.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 comments

Skip to comment form

  1. paihujey

    cis, aku pikir xkan mu wat entri hantu..mu bukan berani pon..haha..betul sangkaan aku..
    paihujey baru jer tulis pasal..Cuba Kita Renungkan

    1. amirnawawi

      hahah3. Aku malas nak start wat entri tu jer. Kalau aku buat mu tak leh baca plak. Dasar penakut..haha3

  2. mak dara

    :Hahaha terus rasa lapar nak makan karipap lepas baca entry

    1. amirnawawi

      heheh3. esok kena cari karipap la Mak dara.. :)

  3. zamani84

    Salam, balas kunjungan..
    Suke karipap ae..
    Teringat kat awek angkat aku yg dh pindah tu.. Pagi2 aku selalu belikan dia karipap..

    1. amirnawawi

      Aek dah pindah? Await xikut sekali pindah..hehe3

  4. maya mustwany

    wahhhhh murah tuh.bagus mak cik tuh.
    maya mustwany baru jer tulis pasal..PUTING SUSU

    1. amirnawawi

      Memang murah. kat tempat lain mahal kot

  5. Lebly

    respect sama makcik..
    incik amir,nak rasa gak karipap makcik tue..alaaaa

    1. amirnawawi

      Jom2 saya belanja..hehe3

  6. ohcikgu

    murah betul. Tempat lain tak dapat harga macam tu. hoho..
    ohcikgu baru jer tulis pasal..Tok Mun masih MAHU bertanding lagi dalam PRU 13.

    1. amirnawawi

      Tu la. Masih murah ropenyer kt tempat aku..

  7. Emmet

    wah, post yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D
    Emmet baru jer tulis pasal..Perompak Yang Fail Ke?

    1. amirnawawi

      Terima kasih atas pujian itu. :)

  8. madammondoq

    la.. ingatkan citer hantu makcik karipap tu…
    madammondoq baru jer tulis pasal..Eh.. Bestnya Pencuci Muka Ni!

    1. amirnawawi

      Tak berani nak tulis cerita hantu kak. Sebab i pom takut..hohoho

  9. shera

    yaa btl makanan kat kelantan lagi murah..
    :)

    kalau kat JB nie 3 seringgit..
    shera baru jer tulis pasal..Kelebihan hari Jumaat

    1. amirnawawi

      3 Seringgit tu masih murah la.. Sekarang ni ada yg 2 Seringgit jer tau

      1. shera

        ya masih murah sbb dalam U..kalau luar U rasanya xdpt harga tu
        shera baru jer tulis pasal..Pisang sebesar jari kelinking..

        1. amirnawawi

          Patutlah. harga u memang sedikit murah la

  10. Zarul Umbrella

    demo oghe klate ko…ho la karipap meme mughoh lagi
    Zarul Umbrella baru jer tulis pasal..Lagi Kisah Gambar Aku Dgn “Si Dia”

    1. amirnawawi

      Hohoh3.. Kawe oghe Kelate la.. Yup, meme muroh sokmo

  11. akuzle ayu

    terminal makmur? sesungguhnyer nostalgik… kak pon gituhlaa mulo. maso blaja d maktab. wuk alos… ingat mokcik karipap kumpulan Balas Raja Lawak td…seram dohs tgk tajuk…ahahahahha

    1. amirnawawi

      Maktab mano kak? Makcik karipap kumpulan Balas tu Amir pom takut nok cerito kak weh..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge