Perayauan Antarabangsa Percuma Untuk Peminat Bola Sepak Malaysia di Vietnam Dari Yoodo

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi berita gembira untuk peminat bola sepak yang akan hadir ke Vietnam nanti untuk menonton perlawanan akhir kedua. Pengguna Yoodo akan menikmati perayauan (roaming) percuma sepanjang 2 hari berada di sana.

Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak kita yang telah berjaya sampai ke peringkat akhir piala AFF Suzuki pada tahun ini. Keputusan 2 sama pada separuh akhir pertama pastinya memberikan lebih debaran buat skuad negara untuk beraksi di pusingan kedua di Vietnam nanti. 

Namun, sokongan peminat bola sepak negara pastinya diperlukan. Diberi jolokan sebagai ‘ekor harimau’, para peminat yang betul-betul setia pastinya mengikuti kemana sahaja skuad kebangsaan ini pergi.

Untuk memastikan sokongan kepada ekor harimau ini, pihak Yoodo akan memberikan perayauan antarabangsa percuma kepada mereka di Vietnam nanti. Dengan add-on Yoodo’s Roam Like Home Plus, para peminat yang ke Vietnam akan mendapat 2 hari bonus untuk roaming tanpa caj di sana nanti. Ianya bermula dari Jumaat (14 Disember) hingga Sabtu (15 Disember).

Photo kredit: SoyaCincau

Mengulas mengenai pengumuman itu, Encik Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata bahawa jenama itu gembira dengan prospek Malaysia merangkul trofi berprestij itu dan dengan senang hati menyumbang kepada keseronokan dengan promosi istimewa ini. “Ketika Yoodoers membuat perjalanan ke Stadium Nasional Mỹ Đình untuk menyaksikan apa yang pasti menjadi kesimpulan mendebarkan kepada final antara Malaysia dan Vietnam, mereka kini mempunyai sebab lain untuk meraikan dengan perayauan antarabangsa percuma,” katanya.

Untuk menikmati promosi istimewa, Yoodoers hanya perlu mengaktifkan pass dari aplikasi Yoodo dengan memilih Vietnam sebagai destinasi pilihan dan menikmati perayauan antarabangsa percuma selama 48 jam. Setiap pas 24 jam perlu diaktifkan secara berasingan semasa lawatan mereka dengan syarat mereka mempunyai pelan Yoodo tempatan yang aktif.

Tuck Mun juga menambah bahawa Roam Like Home Plus adalah ciri baru yang dilancarkan untuk penggunanya. Roam Like Home Plus adalah pelan unik yang membolehkan pengguna menggunakan pelan tempatan mereka apabila mereka keluar dari Malaysia dengan harga RM10 atau RM20 selama 24 jam, bergantung kepada negara yang mereka layari. Roam Like Home dan Roam Like Home Plus kini meliputi 53 negara.

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan promosi plan Roam Like Home Plus dan perayauan percuma 2 hari ke  Vietnam bolehlah melayari laman web berikut: www.yoodo.com.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge