January 21, 2025
Lain-Lain

Perempuan di Bilik Air Lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai topik perempuan di dalam tandas lelaki.

Oh! Ini bukanlah topik pasal tomboi masuk tandas lelaki ke ape. Ini adalah wanita tulen. Selalu sahaja hal ini berlaku kepada aku. Hatta dari zaman universiti lagi. Semua sedia maklum kalau duduk asrama terutamanya yang jenis dorm, biasanya akan ada tukang sapu wanita untuk cuci tandas.

Kalau zaman sekolah menengah dulu rasa macam tak kesah pun kalau tukang sapu masuk tandas lelaki, sebab masa tu aku pun masih kecil dan yang tukang sapu pun dah taraf nenek nenek aku. Takde la rasa awkward sangat.

Tapi berbeza pula dengan zaman universiti. Tukang cuci atau cleaner muda-muda. Diorang pula selalu cuci tandas masa peak hour orang nak pergi kelas. Memang awkward giler aku rasa. Kau boleh bayangkan tak kau keluar toilet dengan tidak berbaju (sesama lelaki mana pakai baju), keluar tandas dengan bertuala sahaja dan mereka di muka pintu. Rasa macam dicabuli secara terbuka pulak.haha

Ingatkan sesi tersebut dah berakhir, namun masa kerja ni pun sama. Cleaner pun masih ada yang selalu cuci toilet masa aku masuk. Aku sedikit awkward la jawabnya. Aku punya stail memang tak suka gunakan toilet kalau ada orang kat dalam. Tak selesa. Serius tak selesa. Aku rela pergi tandas level bawah kalau mereka ada dalam toilet.

Anda pula bagaimana? Konform tak kesah kan?

 

AM: Bila ingat balik zaman universiti, rasa macam ermmm..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Perempuan di Bilik Air Lelaki

  • memang rasa janggal kalau ada cleaner dalam bilik air, nak buang pun rasa ralat.

    Reply
  • ganjal gak la dibuatnya.

    tapi klaau dah tak tahan..belasah aje. haha..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *