January 15, 2025
Hal-hal Semasa

Pertama Kali Menaiki RapidKuantan – Menghubungkan Kita Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kalian dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah entri saya kali ini ingin berkongsi pengalaman saya menaiki bas RapidKuantan buat kali pertama.

Untuk pengetahuan semua, RapidKuantan telah memulakan oprasi pertama mereka pada 1 Disember yang lalu. Sebelum ini saya telah selalu menggunakan perkhidmatan RapidKL. Jadi tiada apa yang membezakan tahap bas mereka kerana bas RapidKuantan menggunakan 32 bas RapidKL untuk operasi pertama mereka ini.

Antara bas yang digunakan untuk perkhidmatan RapidKuantan

Untuk tahap pertama ini, hanya terdapat 3 laluan meliputi bandar Kuantan. Teluk Cempedak dan Semambu. Berikut adalah laluan operasi mereka mengikut laluan,

Laluan 1

Laluan 2

Laluan 3

 

Semoga perkihmatan bas RapidKuantan mampu meluaskan lagi operasinya menyeluruh meliputi seluruh negeri Pahang khasnya. Terutamanya di UMP kampus Pekan. Kasihan buat teman-teman di sana yang tiada kemudahan seperti ini untuk ke bandar.

Tiket percuma saya untuk hari ini.

Apapun pengalaman pertama menaiki RapidKuantan agak memenatkan kerana terpaksa berada 1 jam lebih di atas bas. Terpaksa melalui perkampungan Sungai Isap. Agak lama dalam perkampungan tersebut. Walaubagaimanapun dapat juga memudahkan penduduk Sungai Isap ke bandar dengan adanya RapidKuantan ini.

Buat pengetahuan semua, Sempena dengan operasi pertama mereka bulan ini, RapidKuantan mengadakan promosi dengan memberi tiket percuma kepada penumpang mereka selama sebulan untuk semua laluan.

(Updated: Percuma selama 5bulan. Sehingga 30 April 2013. Terima kasih )

Ayuh sama-sama kita menggunakan perkhidmatan RapidKuantan ini. RapidKuantan dengan slogannya ‘Menghubungkan Kita Semua’.

 

 Jom like page RapidKuantan dan follow mereka di twitter untuk mengetahui informasi terbaru mereka. Tidak dilupa laman web rasmi mereka

AM: Bila agaknya nak wujud RapidKelantan.. haha. Sekadar bermimpi. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

16 thoughts on “Pertama Kali Menaiki RapidKuantan – Menghubungkan Kita Semua

    • Mesti la sentiasa berinfomatif.. 🙂

      Gunakanlah bahasa ibunda.. wakaka 😛

      Reply
  • makin maju dah…tak lama lagi adalah tu rapidkelantan

    🙂

    Reply
  • agak2 bila nak sampai perak hahah, pasni senang lah nak turun gambang waterpark kan

    Reply
    • Dah lama? Bas ni baru sebulan jer wujud bro.. Nampak sngt tak baca entri nih..hehe

      Reply
  • em, aku naik bus rapid sebab nak pergi kk4 je. ahha. aci tak? 😛

    Reply
    • Frequent bro. Setiap 20 minit waktu puncak. Memang terbaik la setakat nih

      Reply
  • nuriz

    untuk laluan pertama tu , agak agak berapa lama ye nak sampai ke gambang dari terminal makmur ?
    n bas sentiasa ada ke , dari terminal makmur ke gambang tu ? atau ada masa masa tertentu je ?
    bila bas dah sampai kat gambang tu , dia berhentikan kat mana ye ?
    dari perhentian yang diturunkan kat gambang tu , macam mana pula ye kalau kita nak bergerak ke gambang resort city ? berapa lama ye anggaran masa dari perhentian gambang ke gambang resort city ?
    maaf banyak bertanya , saya orang johor n tak pernah lagi ke sana , tapi ada plan untuk ke sana dalam masa terdekat ni guna public transport , harap dapat membantu , terima kasih .

    Reply
    • Lebih kurang 1 jam.. tapi sampai ke Matrik Gambang sahaja. RapidKL tidak ke Bukit Gambang.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *