Kenangan Baked Beans dan Scrambled Eggs

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang budiman sekalian Bagaimana cuaca di tempat anda? Kat tempat saya hujan je memanjang. Apapun ini adalah fenomena biasa bagi kami di pantai timur Malaysia.

Baiklah hari ini saya nal bercerita tentang Baked Beans dan Scrambled Egg. Apa kenangan itu? Sebenarnya kenangan ni berlaku masa sekolah menengah dulu. Masa kat MRSM.  Saya berada di MRSM selama 5 tahun. Pelbagai pahit maung berlaku dalam tempoh tersebut. Yang tu malas la nak cerita.hehe

Apa kena dengan baked beans plak nih? Ok, sepanjang 3 tahun kat MRSM tu, kami pagi-pagi hanya makan roti dengan kaya sahaja. Tak tahu la kenapa. Padahal menu yang dibekalkan oleh MARA kepada pihak dewan makan kami lain, tapi asyik-asyik kami makan roti kaya jer pagi-pagi. Malam-malam pula makan pau kaya. Rasa nak lempar jer. tapi mana boleh sebab tu makanan, bersyukur la sikit.

Nak dijadikan cerita, kontrak tender dewan makan kami telah berakhir. Selepas 3 tahun kot. Lama tuh. Kami memang berharap agar tender yang baru ini tidak memberi kami roti kaya lagi. Apepun, keesokkan harinya saya bergegas ke dewan makan untuk melihat sendiri ada atau tidak perubahan menu. Bersemangat tau!

Yeah! Ada kacang dalam pinggang! Mesti ada kelainan. Sungguh gembira dalam hati aku. Roti kaya kini tiada lagi. Menu untuk pagi tu, roti, baked beans and scrambled eggs. Sedapppp! Satu pembaharuan. Dan selepas itu makanan di sediakan mengikut menu yang diberikan pihak MARA. Sedap jugak la makan. Apepun kalau bab makan tu, banyak lagi kenangan yang tidak dapat dilupakan masa berada di MRSM. Di sanalah aku menghabiskan sisa-sia zaman remaja ku. 🙂

 

 

AM: Dah 3 tahun tak pergi sana. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

10 thoughts on “Kenangan Baked Beans dan Scrambled Eggs

  • December 29, 2012 at 12:06 pm
    Permalink

    betul tu. kena pelbagaikan makanan masa breakfast..bagi roti dalam plastik aje..tak bestt..

    Reply
    • December 31, 2012 at 7:07 pm
      Permalink

      Tu la.. Jemu jugak pelajar tengok kalau menu sama jer

      Reply
  • December 29, 2012 at 5:17 pm
    Permalink

    Kalau zaman duduk asrama ingat Mee Segera sahaja. 🙂

    Reply
  • December 29, 2012 at 10:10 pm
    Permalink

    Breakfirst esok pagi kena buat scrambled egg lah. daha lama tak makan.
    zaman belajar, makanan bajet/makan penyelamat masa $$$ kurang semestinya maggi 😀

    Reply
    • December 29, 2012 at 10:14 pm
      Permalink

      haha3.. Senang jer.. Jemput buat dan ajak saya sekali 😛

      Reply
  • January 3, 2013 at 5:27 pm
    Permalink

    hahahah makanan kat asrama lah makanan yang paling xtahu lah nak cakap tiap minggu menu sama jer naik muak kot hahah tapi ape boleh buat terpaksa kena duduk asrama lah kan

    Reply
  • January 28, 2013 at 2:08 pm
    Permalink

    haha, bahagia ye dapat mkan sedap kat asrama.. aku paham..

    Reply
  • February 6, 2013 at 1:55 pm
    Permalink

    fuhhh,my favourite..roti, baked bean..tambah sosej memang voila…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *