May 20, 2024
Lain-Lain

Pertandingan Vlog MBMB 2019 Bertemakan The Uniqueness of Melaka City

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu pertandingan vlog yang dianjurkan oleh pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang bertemakan The Uniqueness of Melaka City.

Untuk makluman anda semua, bersempena sambutan ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka Bersejarah, pada 15 April 2019 yang lalu kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil insiatif menganjurkan satu pertandingan Vlog MBMB 2019.

Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan Melaka The Gateway To Historic Malaysia 2019/2020.

Malah pertandingan yang bertemakan The Uniqueness of Melaka Cityberkonsepkan empat elemen iaitu makan-makan@ Melaka City, jalan-jalan @ Melaka City ,jom shooping @ Melaka City, dan Culture @ Melaka City Melaka.

Syarat Pertandingan

Berikut merupakan antara syarat syarat pertandingan ,

Tempoh Penyertaan : 1 – 31 Mac 2019
Pendaftaran : Pendaftaran Online dan syarat-syarat pertandingan sila layari: http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfm

Setiapa penyertaan akan dikenakan sedikit yuran. Dan berikut merupakan yuran yang dikenakan bagi nebyertai pertandingan ini,

Warganegara : RM 100.00
Antarabangsa : USD 50

Bayaran atas nama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
RHB Islamic Bank Berhad
2540 1300 0099 67

Hadiah-hadiah

Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk :

Tempat pertama: Wang tunai RM7000.00 berserta penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan

Tempat kedua: Wang tunai RM5000.00, penginapan 3hari 2malam di Melaka dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga: Wang RM3000.00 penginapan 3hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan.

Turut diberi hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like dan Share’ dengan wang tunai RM2500.00 bagi setiap kategori masing-masing.

Apa yang menariknya semua penyertaan (video blogging) ini hanya berdurasi selama 5 minit sahaja, dan akan dimuat naik ke platform sosial media seperti Instagram, Facebook dan Youtube.

Tujuan utamanya pertandingan vlogging ini bagi mempromosikan tempat, yang menarik, makanan yang sedap dan budaya negeri Melaka.

Juri-juri terpilih, termasuklah Micheal Ang telah diberi tugas bagi mengadili setiap video yang dihantar. Menurut Micheal Ang, dia sendiri lebih cenderung kepada video yang “simple but creative” tapi ada isi ceritanya dan mengikut syarat – syarat yang ditetapkan.

Menurut Micheal Ang pertandingan vlogging ini mampu menarik minat anak anak muda kerana vlog merupakan trend terkini. Kita sedia maklum, pergi sahaja ke mana-mana, pasti akan ada yang merakam video dan memuat naik ke media sosial.

Menerusi vlogging ini juga memudahkan semua orang mendapat maklumat dan akses tempat tempat yang menarik di Melaka, melalui internet , Youtube, dan social media , serta dapat bersama sama membantu Kerajaan Negeri untuk mempromosikan lagi kempen Tahun Melawat Melaka secara amnya.

Segala syarat dan sebarang pertanyaan bolelah melayari sesawang www.mbmb.gov.my atau hubungi seperti yang tertera di bawah ini.

  1. Norhaszurah
    http://www.wasap.my/60122291510/vlogmbmb
  2. Shahida
    http://www.wasap.my/60136528223/vlogmbmb
  3. Akmal
    http://www.wasap.my/60136510987/vlogmbmb

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

14 thoughts on “Pertandingan Vlog MBMB 2019 Bertemakan The Uniqueness of Melaka City

  • Wah! Cx org Melaka pon baru tahu ahhaha. Nampak nau terlepas train kan? Hahahahah menarik betul hadiah dia eh. RM7k . Fuh! Marvelous. Boleh try join ni! Mana tau kot rezeki kan?

    Reply
  • Wow. Hadiah dia best giler. Banyak tu. Iza baru je nak berjinak-jinak dengan youtube. Boleh join jugak kan?

    Reply
  • kena join nih sebab menarik dan bagi peluang pada orang ramai yg ada vlog berkempen untuk Melaka …bagus untuk orang luar juga kenali tempat2 yang ada dalam Malaysia terutamanya Melaka bandar bersejarah

    Reply
  • Okay syarat penyertaan nmpak senang dan hadiah yg ditawarkan nmpak lumayan dan best. Berbaloi nie kalau join . Bamirr dah join ? Nak join jugaklah nanti.

    Reply
  • The price of the competition seems a bit weird if you ask me. But then again it is up to participants to choose whether they wanna take part or not right?

    This competition is very interesting. Can help to spread more words about Malacca.

    Reply
  • Best lah sape yg pandai wat video tu..sis tak pandai lagi..masih terkial kial..kalau join wat malu jew..hehehe.
    G’luck buat yg sertai pertandingan vlog ni ya 🙂

    Reply
  • Wow! that’s a good initiative to encourage more people to do video. I see the prizes also quite good so those who has skills or talent in video should take this opportunity.

    Reply
  • Syoknya. KL tak nak buat contest macam ni jugak ke? Hehehe. Hadiah cash memang menarik laa

    Reply
  • Waahhh hadiah dia menarik sungguh. Nasib lah x pandai nak bervlogging sgt. DUk depan kamera kaku tiba2 hahah

    Reply
  • Sebenarnya ada isu peraduan ni kan. Sbb ada payment komitmen. Tapi mungkin sebab hadiah lumayan dia ada caj yg dikenakan

    Reply
  • Confirm gempak la vlog yang dipertandingkan kelak. Anak-anak muda sekarang sangat adventurous dan kebanyakan video yang dihasilkan sangat menarik dari segi editing dan cinematography depa. All the best to all.

    Reply
  • Wow sekarang dah jadi blogger Vlog yer hehehehe ok lah kita tak boleh lawan bakal juara ni heheheh good luck amir kita hanya mampu jadi extra jer dalam ni boleh tak wakakakaka… Hadiah ditawarkan hebat yer…

    Reply
  • wow the Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) is good to organise The Uniqueness of Melaka City. It is indeed encourage the youtuber to put more effort.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *