March 23, 2025
Hal-hal Semasa

Populasi Terkini Rakyat Malaysia

Populasi terkini Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca yang budimman sekalian. Apa khabar anda semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Kali ini ingin saya kongsikan sedikit maklumat yang saya baca sebentar tadi.

JIka sebelum ini kita sering dimomokkan yang di Malaysia ini wanita nisbahnya amat banyak jika dibandingkan dengan lelaki, namun sebenarnya itu adalah silap. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, 19.6 million adalah lelaki dan 19 million adalah wanita. Jadi lelaki mendominasi di Malaysia.

Populasi jantina Malaysia

Maklumat lain ialah bilangan rakyat Malaysia sewaktu entri iini ditulis (27 Februari 2014, 0022) ialah 29.999,799 orang. Dan dijangka mencapai angka 30 million pada 2 pagi nanti. Berdasarkan bilangan ini, mengikut pecahan kaum pula 67.4% adalah Bumiputra, 24.6 adalah Cina dan 7.4 adalah India. Selebihnya adalah lain-lain bangsa.

Graph

Sebelum ini jika lelaki menggunakan alasan bahawasanya perempuan ramai untuk alasan poligami, maka tunjuk statistik ini.. hehehe..

AM: Tak sangka lelaki lagi ramai kat Malaysia ini..

Rujukan lain : The Star

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Populasi Terkini Rakyat Malaysia

  • Nampaknya bilangan lelaki dekat Malaysia lebih ramai berbanding bilangan wanita… Ini menjadikan wanita dekat Malaysia boleh jual mahal untuk mencari pasangan hidup.. 😉

    Reply
  • Wow. Tak ku sangka kerana di sekolah ramai perempuan dari lelaki

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *