October 4, 2024
Lain-Lain

Apa Maksud Keberkatan?

Apa maksud Keberkatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sedang membaca entri saya ini. Tidak kira yang berada diseluruh pelusuk dunia sekalipun.

Entri kali ini saya bermula dengan soalan. Apakah yang dimaksudkan dengan keberkatan? Acapkali kita dengar perkataan berkat dituturkan namun apakah maksud disebalik persoalan ini?

Jika kecil-kecil dulu selalu juga dipesan oleh orang dewasa,

‘Jangan derhaka kepada ibu bapa, tak BERKAT hidup nanti”

“Belajar tu biar duk depan sekali, BERKAT sikit belajar tu”

“Cium tangan Tok Guru tu, ambil BERKAT”

Banyak jugak penggunaan perkataan berkat dalam kehidupan. Namun apakah maksud berkat itu?

Saya cuba lantunkan persoalan di facebook milik saya, dah beberapa orang memberi komen berkenaan hal ini.

Berkat

Bagi pemahaman saya pula, apa yang saya dapat semasa belajar bab berkat ini pula, BERKAT ialah walaupun kita buat sedikit, namun banyak kita dapat.

Anda pula apa maksud BERKAT pada pemahaman anda?

AM: Hidup biar berkat

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

8 thoughts on “Apa Maksud Keberkatan?

  • Berkat tu mendapat keredhaan S.W.T dan setiap perbuatan yg disukai ramai dan dipuji syarak

    Reply
  • Berkat ialah apabila kita mengusahakan sesuatu ianya dapat mendatangkan faedah kepada orang lain dan juga kepada diri kita sendiri pada masa akan datang atau di akhirat nanti. ..

    Reply
  • segala apa yg dikerjakan oleh kita untuk mendapat redha Allah. itu pemahaman saya.

    Reply
  • keberkatan yang saya faham ni:
    sesuatu yang kita buat akan di berkati oleh Allah SWT..diteima oleh Allah..diredhai oleh Allah..
    sama macam kita kerja la cari duit kan..kalau kerja penarik beca pun gajinya sedikit tapi boleh sara keluarga dan anak yang ramai..Rezekinya cukup..Itu tandanya Allah berkati keje yang kita buat.

    itu fahaman Alynn la..hehee

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *