September 16, 2024
Hal-hal Semasa

Rancak di Media Sosial, Kelu di Alam Nyata

Rancak di Media Sosial, Kelu di Alam Nyata

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca entri saya pada kali ini. Kali ini saya ingin berkongsi dengan ada semua mengenai topik yang mungkin terkena pada batang hidung kita sendiri dan juga sekeliling kita. Baiklah untuk permulaan entri ini, saya nak tanya satu soalan ringkas,

“Pernah tak anda berjumpa seorang yang rancak berborak dengan anda di media sosial tapi bila jumpa berdepan, senyap sunyi?”

Yes! For me always happen like this. When we talk using facebook and twitter, panjang kemain boraknya. Namun when we meet face to face, awkward moment will happen. haha. 

Semalam ada la saya masuk group whatsup rakan blogger, siap ada blogger yang pesan lagi,

LEPAS NI KALAU JUMPA DEPAN-DEPAN, JANGAN LUPA TEGUR YA’

Nampak sangat semua jenis malu nak berborak bila depan-depan. Memang tak dinafikan, ada sesetengah orang yang jenis malu nak memulakan percakapan, apatah lagi kalau pertama kali berjumpa, namun setelah lama-lama barulah perbicaraan semakin rancak. Tak kenal maka tak cinta mungkin? haha

Apapun semoga semua perkenalan membawa kepada kebaikan. Tak kira la dalam bisness ataupun dalam kerjaya, pelajaran dan sebagainya. Yang penitng tahu jaga tatasusila kita bersama.

Semoga berjumpa lagi dalam sembang santai seterusnya.. huhuhu

AM: Aku pun rancak kat media sosial gak, bila jumpa depan-depan, kelu seribu.. 😛

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

16 thoughts on “Rancak di Media Sosial, Kelu di Alam Nyata

  • selalu..

    gua ni boleh kata senyap sebenarnya. Tapi tak sangka bila jumpa blogger yang gebang lebih kat blog..tapi lebih senyap dari gua.

    Haha.

    Reply
  • Waálaykumussalaam

    Kalau memang dah pasti orang itu adalah orang yang berborak “manja” difacebook dah pasti saya yang akan merapat untuk berteman secara nyata.

    Musuh jangan ditambah,kawanlah yang harus ditambah.

    Reply
    • Saya berharap agar dapat jumpa dengan En Abdur satu masa nanti di mana2 event 🙂

      Reply
  • Kan….saya pun selalu gak camni.. borak dalam FB kemain kencang.. jejumpa.. senyap sunyi..pemalu kot. gitu lah.. saya memang pemalu pun.. hahaha..tpai kalau dah biasa.. memang la…

    Reply
  • Samalah..haha, tapi kalau dah lama kenal memang habis berborak sakan.

    Reply
  • Situasi paling normal… Depan2 kelu lidah sebab malu dsb… Semuanya sebab penggunaan media sosial yang tak seimbang…

    Reply
    • Setuju.. patut lebih banyak bergaul dengan orang betul, bukan di media sosial

      Reply
  • samalah aku.. memang segan punya.. tak banyak cakap…errkkk

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *