Rancangan Versus 1001 Rasa Baba’s Bakal Ke Udara di TV3
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang rancangan baru yang bakal disiarkan di skrin televisyen anda iaitu rancangan Versus 1001 Rasa Baba’s.
Untuk makluman semua, tahun ini merupakan tahun yang ke 40 kewujudan produk Baba’s dalam pasaran. Sebut sahaja Baba’s pasti semua sedia maklum akan hal ini. Mana tidkanya mak saya sendiri pengguna produk Baba’s. Jadi sejak kecil lagi saya merasai keenakkan rempah ratus Baba’s dalam makanan saya.
Jadi besempena dengan 40 tahun mereka, pihak Baba’s dengan gembiranya telah merangka pelbagai program bagi meraikan ulang tahun yang cukup bermakna ini. Pelbagai kempen yang menarik telah dirangka dan salah satunya adalah dengan mengadakan pertandingan memasak Versus 1001 Rasa Baba’s ini.
Rancangan Versus 1001 Rasa Baba’s ini merupakan satu pertandingan masakan yang dianjurkan oleh pihak Baba’s. Program pertandinga masakan yang unik ini bakal mempamerkan aksi yang mendebarkan ditambah dengan elemen hiburan yang lain. Apa yang uniknya program ini adalah ianya bakal disertai oleh peserta yang tidak mahir dalam memasak.
Namun peserta akan dibantu oleh pihak profesional dalam bidang masakan seperti chef profesional yang telah memenangi pelbagai anugerah. Selain itu juga terdapat chef selebriti dan juga chef mengajar yang bertindak sebagai Chef Mentor dalam program ini. Peserta akan mengikuti arahan chef namun chef tersebut tidak boleh menyentuh bahan masakan tersebut.
Menarik bukan? Boleh anda bayangkan betapa kalutnya para peserta bertarung dalam gelanggang masakan tersebut. Yang menambah kekalutan adalah apabila diberikan menu khas untuk mereka masak tanpa mereka mengetahui apakah ia. Masa juga dihadkan selama beberapa minit sahaja dalam menyiapkan menu sepinggan lengkap tersebut.
Program masakan ini dihoskan oleh Chef Dr. Kamarul dan juga Chef Adu. Semua sudah sedia maklum akan kehebatan dan celoteh mereka jika mengacarakan sesuatu rancangan. Jadi saya pasti rancangan ini akan tidak hambar dan bakal menarik ramai penonton apabila disiarkan kelak.
Rancangan ini bakal disiarkan sebanyak 13 episod dan akan dimasukkan ke dalam Facebook untuk proses undian dan bakal kembali ke layar kaca untuk siaran peringkat akhir. Program ini mengambil pendekatan berbeza dalam menilai masakan iaitu dengan memanggil juri dari pelbagai latar belakang. Ada diantara juri adalah blogger, dan juga editor majalah.
Tidak lupa juga kepada para penonton, Baba’s juga menyediakan pelbagai hadiah untuk para penonton sepanjang program ini ditayangkan. Jadi jangan lupa untuk menyebab di media sosial mereka iaitu di Facebook untuk mendapatkan soalan dan memenangi pelbagai hadiah menarik.
Berbicara tentang hadiah, pihak Baba’s juga telah menyampaikan lebih 50 tiket percutian ke Gold Coast Australia sempena tahun baru nanti. Wah! Terbaiklah sampai ke Gold Coast Australia tu. Saya ke Gold Coast Sepang pun belum sampai lagi. Mungkin lepas ini saya juga perlu sertai peraduan yang disediakan oleh pihak mereka di Facebook Baba,s And U ini.
Apapun, intu anda yang teruja untuk menonton rancangan ini bolehlah menunggu di depan kaca televisyen anda pada tayangan pertama mereka iaitu pada:
30 Oktober 2017
5.35 pm
TV3
Sekian terima kasih Tak sabar!