March 23, 2025
Food

Rasa Nostalgia Ramadan di Philea Mines Beach Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya masih lagi ingin berkongsikan tempat berbuka puasa yang menarik di negeri Selangor ini.

Tempat yang saya maksudkan adalah Philia Mines Beach Resort di Seri Kembangan Selangor. Tempat ini cukup strategik di samping banyak ruangan parkir kereta untuk para pengunjung. Tahun ini merupakan tahun pertama mereka menyediakan juadah berbuka puasa. Ini kerana tahun ini adalah ulangtahun ke-2 penubuhannya.

Tahun lepas mereka belum bersedia untuk menyajikan kepada pelanggan, Namun tahun ini mereka cukup yakin dan bersedia memberikan pengalaman berbeza kepada para pelanggan mereka berbuka.

Sebahagian ruangan restoran yang luas dan selesa

Bertempat di Restoran Abdul & Charlie, mereka membawakan tema ‘Rasa Nostalgia’ dalam sajian makanan mereka. Pemilihan makanan juga berdasarkan sajian tradisi dan juga makanan Asia yang lain. Daripada pencuci mulut hinggalah ke makanan utama.

Terdapat pelbagai hidangan enak yang patut anda cuba. Antaranya ikan patin masak tempoyak, gulai ikan masak asam pedas, gulai tulang rusuk lembu, sup tulang rawan, nasi kempuli dan banyak lagi pilihan yang lain.

Gulai lemak siput sedut

Memang sesiapa sahaja yang memandang pasti terpikat. Itu belum lagi masuk ke dalam mulut. Mahunya bertambah lagi dan lagi.

Antara seleksi minuman yang ada.

Tidak hanya dengan itu, terdapat juga ruangan ala gerai yang menyajikan pilihan makanan yang lain. Antaranya adalah kambing panggang, Penang char koew teow, spageti, bubur lambuk, satay ayam, dan banyak lagi.

Antara gerai yang ada di sini

Tidak lupa juga hidangan pencuci mulut tradisional yang terkenal. Antaranya pulut tanak dengan serawa durian. bubur kacang, bubur pulut hitam dan banyak lagi. Yang pasti ianya akan merembeskan hormon makan anda. No diet ok!

Kuih muih tradisi Melayu
Jeruk buah buahan

Bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam menjamu selera di bufet Ramadan di Philea Mines Beach Resort ini bolehlah berkunjung ke sini sepanjang Ramadan ini. Harganya hanyalah RM75 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak kanak dan juga warga emas.

Ruangan surau yang luas dan selesa juga disediakan untuk kemuadahan para pengunjung untuk bersolat.

Untuk sebarang tempahan bolehlah hubungi 019-6001558 ataupun emailkan sahaja ke fnb.pm@phileahotel.com.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

8 thoughts on “Rasa Nostalgia Ramadan di Philea Mines Beach Resort

  • Memang tengah cari tempat menarik kat selangor. Dah lama cari ni baru jumpa perkongsian yang menarik

    Reply
    • Ya. Lagipun ini merupakan tahun pertama mereka. memang terbaik servis dan makanan yang disediakan.

      Reply
    • Memang sedap Joe. Wajib gi tempat ni kalau nak try masakan asli Melayu.

      Reply
  • Menariknya port makan ni…
    Paling tak tahan Siput sedut tulah…. 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *