Remaja dan Belia.
Namun yang menjadi persoalan aku ialah aku ni remaja lagi ker? Wah! Sentiasa nak muda remaja kan? Aku cuba melantunkan soalan di twitter. Ada juga yang membalasnya. Rupanya aku ini sudah masuk fasa remaja purba. Aku bukan lagi remaja namun sudah masuk kategori belia.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Selamat tahun baru 2014 kepada semua. Wah! Bertambah lagi setahun usia kita semua. Semoga semuanya baik-baik sahaja. 2014 semua maklum akan tahun yang penuh dengan kenaikan kos sara hidup. Jadi bersiap sedialah kita menghadapi situasi tersebut.
Jadi bila masuk sahaja tahun baru, mulalah sibuk dengan azam masing-masing. Tak lupa juga yang sibuk menulis apa jua azam yang ingin dicapai pada tahun ini. Bagi aku mudah sahaja, azam aku ikut kesesuaian. Sebab sebelum ini banyak azam yang aku buat, tapi entah tercapai atau tidak tu pun aku tak pasti..ahaha
Yang pasti berlaku bila hadirnya tahun baru adalah penambahan usia! Oh, aku sudah menjangkau 23 tahun pada 2014 ini. Semakin tua jadinya. Tidak sabar rasanya untuk menjadi suami orang..hehe
Namun yang menjadi persoalan aku ialah aku ni remaja lagi ker? Wah! Sentiasa nak muda remaja kan? Aku cuba melantunkan soalan di twitter. Ada juga yang membalasnya. Rupanya aku ini sudah masuk fasa remaja purba. Aku bukan lagi remaja namun sudah masuk kategori belia.
Jadi, dengan pertambahan usia ini semakin hampir la kita semua kepada kematian. Gituh! Terus ingat mati. Bertambah usia bermaksud semakin singkat jangka hayat kita. Semoga hari-hari mendatang membawa seribu kenangan indah dalam hidup anda.
OH AKU SUDAH BELIA!
AM: Semakin bertambah usia,semakin matang cara berfikir aku.
ya. gua masih belia la jawabnya..
Belia tapi fasa terakhir dah lu bro…hahaha
kiranya aku pun belia lagi..
Oh! Belia la kot kalau dalam range tu..hehe
Dah boleh kahwin dah tu… 🙂
Sedang menunggu hari je ni bro..hohoho
eh, cam kenal yg last skali tu
tutup muka 🙁
selamat tahun baru mir
semoga trus sukses
hehehe. Memang fames gop oghe tuh..
Selamat tahun baru Penaberkala
Subhanallah ! mudanya. Bagi orang tua macam saya, lagilah menghampiri jarak ke kubur. Selamat tahun baru!
Selamat tahun baru juga buat En Shubhi
Aku remaja lagi ni.. fuhh.. haha
Untunglaaa masih remaja. Aku je yang dah tua..haha
Semasa muda manfaat kesihatan dan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Aminn.. tu la.. Buat amal lebih sikit dan cari rezeki yang baik-baik 🙂
hehe