Sajian Terbaru di Magnum Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai sajian terbaru yang disajikan di Magnum Kuala Lumpur. Untuk makluman semua, Magnum Kuala lumpur telah mula dibuka pada Disember 2014. Untuk membaca mengenai pembukaan rasmi Magnum KL boleh merujuk ke sini.
Baiklah berbalik kepada ti=opik perbincangan kita, beberapa juadah disedikan di Magnum KL bagi pengunjung yang tidak hanya mahu merasai keenakkan aiskrim mereka. Pelbagai juadah yang kena dengan selera tempatan dan Barat disajikan di sini. tidak hanya dihidangkan pada bulan puasa sahaja, sajian ini disediakan sepanjang tahun.
Berikut adalah sajian yang disediakan di sini.
1. Oxtail Sopu with Sushi Rice
(RM35.00)
Sup ekor lembu yang disediakan bersama dengan sayuran , nasi dan keropok ikan.
2. Chicken Toasties
(RM20.00)
Daging ayam cincang dihidang bersama roti dan dihidang bersama tomato cincang sebagai pencicah.
3. Chicken Rendang pasta
(RM36.00)
Pasta yang disediakan bersama rendang ayam sesuai dengan selera tempatan.
4. Agilo Olio with Shrimps
(RM40.00)
Disediakan dengan bawang putih cili padi dan minyak zaiton
5. Carbonara Pasta
(RM46.00)
Disediakan bersama cendawan butang hirisan daging dan sos keju berkrim
6. Death By Chocolate
(RM32.00)
Dibakar bersama kek coklat larva, magnum brownies aiskrim dan butiran coklat crunch.
Amacam? Terpesona tak dengan hidangan yang disediakan di atas? Memang serius kalaian wajib cuba semua hidangan diatas. Sekali makan pasti nak lagi. Semua makanan di atas sedap namun pada anak tekak saya yang paling baik antara yang terbaik ialah Carbonara Pasta dan Death by Chocolate. Memang memalitkan memori indah kepada kita.
Bagi yang ingin berkunjung ke sini ataupun membuat tempahan. bolehlah berhubung pada nombor di bawah.
Magnum Kuala Lumpur
T-023 053 & 052, Level 3 Mid Valley Megamall
03-40650830 & 03-40650839
AM: Sedap baqhang. nak nangis rasa makan ni.
ala merecik la awak
Ini adalah terbaik. Sudah save tempat makan ni insyAllah kalau turun KL minggu ni boleh singgah MidValley
takut aku nak makan kat kedai kedai mahal ni hehehe
tengok gambar pun dah terliurrrr T__T
malas nak beratur