Pulau Redang, Pulau Pasir Bersinar..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin ceritakan secara khusus mengenai Pulau Redang. Ini kesinambungan daripada perjalanan ke Festival Mencandat Sotong Antarabangsa yang lepas.
Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai pulau yang boleh dikatakan antara pulau terindah di Malaysia iaitu Pulau Redang. Untuk makluman semua, pada trip tersebut, saya bersama blogger yang lain di bawa ke Pulau Redang untuk menginap sebelum keluar mencadat di sekitar Pulau Kapas.
Ketibaan kami ke Pulau Redang dari Jeti Pulau Kuala Terengganu. Untuk makluman semua, terdapat 2 jeti yang menyediakan perkhidmatan ke Pulau Redang ini. Selain Jeti Kuala Terengganu, Jeti Kuala Besut juga boleh digunakan untuk ke Pulau Redang ini. Dari Jeti Kuala Terengganu, kami mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sini.
Setibanya di sini,
Saya amat terkedu kerana melihatkan keadaan sekeliling. Ya Allah apa yang kita lihat sebelum ini pulau yang cantik dan indah diluar negara rupanya ada di negara kita yang tercinta ini. Oh! Indahnya Malaysia. Air sekeliling yang membiru dan sejernih mutiara dan pasir yang memutih di sekeliling pulau menjadikan pulau ini antara desitnasi wajib dikunjungi oleh semua pelancong.
Untuk makluman semua, dikatakan Pulau Redang ini merupakan antara pulau didunia yang mempunyai pasir yang terhalus. Namun jangan khuatir jika pasir diterbangkan angin, ia tidak menjadi debu seperti sangkaan kita. walaupun halus, namun hakikatnya ianya berat dan tidak mudah berterbangan bebas. Ini apa yang disampaikan kepada saya la.
Jom kita tengok sekitar gambar Pulau redang yang indah ini.
Indah bukan? Kalau anda sendiri yang datang dan menyaksikan apa yang ada di sini pastinya akan mengagumkan anda kepada apa yang ada. Jujurnya saya memang terkesima pertama kali menjejakan kaki ke sini. Betullah, Malaysia Truly Asia!
Pada malam hari kami di Redang ini, majlis perasmian diadakan dimana sepatunya Exco Pelancongan negeri Terengganu yang merasmikan, namun iainya diganti dengan timbalan beliau iaitu YB YM Tengku Norzaihan. Yang paling menarik, pada majlis ini, sotong tangkapan kami yang sebelumnya itu dibakar sebagai makan malam kami. Oh!
Maka berakhir sudah keberadaan kami di Pulau Redang ini. Jujurnya saya merancang untuk datang lagi ke sini. Sememangnya tempat yang anda wajib lawat kalau anda nak melancong di Malaysia ini. Pastinya akan meninggalkan memori indah sepanjang hidup anda.
Sebagai penutup kita di Pulau Redang, saya tinggalkan anda dengan sekuntum bunga sebagai kenang-kenangan indah.
p/s: Untuk mengetaui dengan lebih lanjut mengenai festival ini, bolehlah search di instagram dengan hashtag #SquidJiggingTGG
Gaya Travel Magazine
Website : www.gayatravel.com.my
Facebook : www.facebook.com/gayatravel
Twitter : www.twitter.com/gayatravel
Instagram : www.instagram.com/gayatravel
Tourism Terengganu
Website : http://tourism.terengganu.gov.my/
Salam sejahtera..
Saya ada menyediakan khidmat nasihat untuk…
1. Pekej bercuti ke pulau redang/ kapas/perhentian
2. Memancing/candat sotong (sewa khas)
3. Memancing/bermalam di tasik kenyir (rumah bot)
4. Tiket bot laju ke pulau(sehala/2hala)
5. Melawat tempat2 menarik di terengganu(town/state tour)
6. Pengangkutan ke seluruh malaysia (teksi/van/mpv/bas persiaran)