March 18, 2025
Lain-Lain

Selamat Hari Lahir Ma

Hari ni merupakan hari lahir ibu aku atau dengan panggilannya Ma. Dialah yang selalu menjaga aku. Tempat aku mengadu, tempat bermanja dan tempat meluahkan perasaan.

Hari nih merupakan hari lahir beliau yang ke 51. Tahniah Ma sebab dah mencapai umur 51 nih. Apepom Amir nak ucapkan terima kasih sebab menjaga Amir selama nih. Walaupuom banyak ragam yang Amir lakukan namun ma tetap sabar melayan Amir. Kekadang Amir terpikir jugak macamana la Ma boleh sabar dengan kerenah kami adik-beradik yang pelbagai nih. Namun sekarang Amir sedar itulah kelebihan naluri seorang ibu yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Bila Amir ada masalah, Ma la tempat Amir mengadu. Ma tetap sabar melayani Amir. Walaupom Amir tahu Ma sedang ada masalah, namun ma tetap sembunyikan daripada kami adik beradik. Memanglah syurga seorang anak itu di bawah tapak kaki ibu. kasih sayang ibu terhadap anaknya memang xde tolok bandingnya. Amir sayang Ma sangat2.

Jika diberikan seribu wanita, hanya ma yang Amir akan pilih. Amir sayang Ma sesangat. Moga Ma panjang umor, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan moga sentiasa berada di bwah rahmat Allah selalu.

Harap agar para pembaca semua turut mendoakan Ma Amir jugak ea. Semoga ibu2 kita semua berda dalam keadaan sihat wal afiat supaya dapat lagi melayan kerenah kita nih.

AM: Amir sayang sangat2 kt Ma walaupom Amir tak pandai pamerkannya..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Selamat Hari Lahir Ma

  • ssselamat hari jadi buat mak amir yer, jaga mak baik2, by the way mekasih singgah kat blo blogg

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *