Selamat Menduduki UPSR- 2003 Dalam Kenangan

Assalamualaikum semua!!  Waduh2, hari ni UPSR rupenyer.. Patutla cam meriah jer posting pasal UPSR nih.. Dah lama dah aku tak ambik tahu pasal sekolah2 nih.. Xde masa dan malas nak ambik tahu.. Tadi ade la aku baca entry pasal UPSR kat blog Syazwan nih, Apasal dok sibuk2 pasal UPSR plak nih.. After tanya kt kawan2 aku baru la depa dok cakap yang hari ni UPSR start..ha3..

Dah lama wei tinggal sekolah rendah aku. Dah tak ingat dah.. 8 tahun kot. Sekolah tu pom aku tak ingat dah berapa kali aku pergi after aku keluar dari sekolah tuh. 2 3 kali jer kot.. Tu pom teman ibu aku pi mengundi time pilihanraya.  Almaklumlah tu pusat mengundi bagi kawasan aku..

logo sekolah aku

Tapi memang xleh lupa la memori membesar di sekolah tuh.. Opss lupa nak bagitau sekolah aku. Aku sekolah rendah kt Sekolah Rendah Kebangsaan Labok. Sekolah ni tepi Sekolah Menengah Sains Machang.. Tempat yang agak ok jugak la. Belajar sekolah rendah dulu mudah jer kot. Aku pom tak ingat ape yang aku belajar. But yang pastinya apa yang aku paling minat is Mathematics and English!!. Cikgu dulu best2 semuanya. Semua baik-baik.

Yang aku ingat ialah cikgu math aku, Puan Fauziah Zawawi. Garang but friendly kalau tak buat masalah and English aku Pn NorAzidah bt Haman Affandi.  Cikgu2 lain pom aku ingat jugak la. Cikgu BM aku Puan Latipah Omar and cikgu Sains aku Puan Zurina Abdul Latiff. Mesti ramai kawan2 aku yang dah lupa nama cikgu nih kan. Aku siap leh ingat sekali ngan bapak diorang lagik. Ni la cikgu2 yang amat bertungkus lumus time aku sekolah rendah dulu. Siang malam mari mengajar kami kat sekolah nih. Hujung minggu pom pi tibai wak kelas tambahan. Ambik kau!! Dah la setiap malam pom ade kelas. Memang sekolah tu dah jadi macam rumah pertama aku dah..

Time darjah 6 la yang paling teruk sekali. Aku akui aku memang malas tahap maksimum oo..(sekarang pom still malas lagik).. Selalu jer tak buat kerja sekolah. Tapi otak laki2 ni diakui pick-up nya..he3.. Cepat jer leh buat soalan tuh.. Terbaik la. Tapi biasanya time pagi2 tu sesi meniru buku pompuan jugak la.. Padahal soalan tuh boleh jer kalau nak buat sendiri pom..he3. Tapi sekali kantoi aku tak buat kerja sekolah untuk subjek Sains. Ambik kau kena cubit nga Cikgu Zurina. Sampai skerang berbekas kat perut aku nih hah!!.. Sakit ooo..

Apepom aku rasa aku dah buat yang terbaik time UPSr tuh. All out la katakan. Tapi sayang sket ada yang kurangnya.. Aku sakit time nak pergi ambik result. So, mak aku la yang wakilkan aku pi ambik. Aku memang nervous tahap gaban la dok kat umah nih.. Time mak aku balik, tengok muka dia sedih sangat2. memang menusuk kalbu la.. Mesti result aku ke longkang nih.. huh!.. First ayat yang keluar dari mulut mak aku lepas tuh ialah:

TAHNIAH,.. Ma bangga ngan anak mak nih

Mak aku peluk aku erat2 oo.. Apasal plak nih.. Then dia kasi transkrip tuh.. Aku dapat 5A!!  Rupenyer mak aku berlakon jer time balik rumah tadi. Ceh, buat cuak aku jer.. Wa! Memang very happy moment la masa tuh..

BArisan Pendidik Sekarang.. Aku xberapa kenal but aku pasti yang Cikgu English aku masih ada..

But everything dah berlalu 8 tahun lepas.. Now aku dah makin dewasa. Masih banyak yang aku kena belajar. Cari ilmu itu takkan ada akhirnya.. Apepom terima kasih aku ucapkan kepada semua warga pemdidik aku kat Sekolah Kebangsaan Labok dan tak lupa jugak kepada tmean2 seperjuangan aku yang memang mendorong aku untuk berada sampai di sini sekrang. Tanpa anda semua, siapalah aku sekrang nih.. Jasa anda memang dihargai…

AM: Teringin nak jumpa kawan2 sekolah rendah but aku nih pemalu sket..ha3

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Selamat Menduduki UPSR- 2003 Dalam Kenangan

  • September 14, 2011 at 3:31 pm
    Permalink

    wei, ingat lagi ko ek… aku ingat cikgu bm dengan cikgu sains je bro… tapi, rindu masa kecik dulu… T.T

    Reply
    • September 14, 2011 at 4:25 pm
      Permalink

      Aku ingat sokmo pasal cikgu2 nih.. Walaupom ajar kejap jah tapi aku meme akan ingat sokmo2..

      Reply
  • September 14, 2011 at 4:25 pm
    Permalink

    Adik kecik jer? Abang2 besar ni pom nok exam jugk dh nih..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge