November 7, 2024
Lain-Lain

Senggugut dari Kaca Mata Lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai senggugut.

Eh? kau kan lelaki kenapa sibuk pulak nak cerita pasal senggugut ni ooi? Dah tajuk entri pun senggugut dari kaca mata lelaki kan? Jadi betul la kalau lelaki yang bercerita kan? Jangan banyak soal lagi, ayuh kita tengok apa yang bakal ditulis di sini.

Saya yakin semua yang telah balikh tahu apa itu senggugut. Senggugut merupakan salah satu kesakitan yang di alami oleh kaum wanita semasa datang bulan. Namun tidak semua yang datang bulan itu mendapat senggugut. Faham?

Senggugut ni hanya untuk wanita ‘terpilih’. Yang saya tahu ramai juga la yang menghdpainya sebab tu la munculnya pelbagai jenis ubatan khas untuk sakit ini. Panadol ada juga jual ubat khas untuk senggugut ini. Kalau tak silap warna pink..hahaha

senggugut

Masa sekolah menengah dulu selalu tengok orang perempuan yang kena senggugut ni. Ada yang sampai meraung tekan perut sebab sakit. Tekan perut ke? Tekan bahagian bawah perut tu sikit. Tak pasti pulak bahagian mana. Namun agak seksa juga la tengok.

Bagi kaum lelaki, kalau wanita mengalami senggugut jangan nak buat lawak bodoh dan ambil mudah. Ditakuti kita yang menjadi mangsa. Orang tengah sakit kita buat lawak bodoh dan main-main memang kena la nanti kan.

Saya memang tahu sangat la bila perempuan senggugut ni. Nakal la katakan. Memang selalu la jadi mangsa kena marah dan lepaskan kemarahan mereka yang tengah sakit. Jadi jangan main-main ya. Buat tak tahu sudah kita kaum lelaki ni.

Bagi lelaki yang nak tahu sakitnya senggugut ni memang tak dapat la. Tapi senggugut ni nama Inggerisnya adalah menstrual cramp. Namanya pun cramp kan? Kalian pernah kena cramp? Saya selalu kot bila main lebih had dan juga berenang. Selalu cramp di betis. Sakit siak! mungkinitu jugaklah tahap kesakitan mereka alami ataupun lebih lagi.

Dah tahu sedikit pasal senggugut ni, jadi kita kaum lelaki bertolak ansur la sikit dengan mereka kan? Tak gitu..

 

AM: Orang cakap senggugut ni boleh hilang kalau dah kahwin. Betul ker?

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

5 thoughts on “Senggugut dari Kaca Mata Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *