April 19, 2024
Hal-hal SemasaHiburan

Sepetang Bersama Reen Rahim, Duta Produk Asianic

asianic_set

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua pengalaman saya menghadiri majlis bersama artis tempatan iaitu Reen Rahim. Untuk makluman semua, program ini adalah anjuran pihak Asianic iaitu produk yang menjadikan Reen Rahim sebagai duta.

asianic-2

Majlis berlangsung bukan hanya dihadiri oleh para penulis blog, namun turut dihadiri oleh pihak media cetak dan juga beberapa ahli kelab peminat Reen Rahim. Memang meriah sambutan yang diberikan sepanjang majlis berlangsung. Oh ya! Majlis ini berlangsung di sebuah kedai pastri terkenal di Jalan Klang Lama.

reenrahim-2

Bukan hanya memperkenalkan produk Asianic, majlis ini lebih kepada para hadirin berbual mesra bersama Reen Rahim. Ya lah kan, jarang sekali dapat berborak bersama artis dalam majlis santai sebegini digunakan sepenuhnya oleh para hadirin untuk lebih mengenali artis terkenal Malaysia ini.

reenrahim

Berbalik kepada produk Asianic pula, jenama Asianic yang terdiri dari penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita. Bagi krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras.

asianic

Diformulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Ianya juga akan memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa.

Syampu rambut pula diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa. Syampu Asianic akan membuat rambut sentiasa lembut bagaikan mutiara, berkilat dan bermaya. Terdapat syampu bagi kepala yang mempunyai masalah kelimumur, rambut gugur ,rambut biasa dan berminyak. Pilih mengikut kesuaian dan lihat  hasilnya seawal lima hari apabila menggunakan syampu jenama Asianic.

asianic_set_bodycare

Harga produk Asianic

 

Produk Asianic berharga dalam lingkungan yang mampu milik bermula dari harga RM10.90 hingga RM17.90 dan boleh didapati di hampir semua pasaraya besar, farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia.

Produk ini juga boleh dibeli secara dalam talian di www.wonderlandprimary.com . Dapatkan sekarang!

Asianic

Asianic

Tel: +603 77826308

Fax : +603 77836308

Web : www.wonderlandprimary.com

 FB & Instagram :  Asianic Halal

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

5 thoughts on “Sepetang Bersama Reen Rahim, Duta Produk Asianic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *