«

»

Apr 16

Siemens Melabur 100 Juta Euro Di Malaysia Untuk Memperkasa Kemahiran Di Pusat Pengajian Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pelaburan terbaru yang diperolehi oleh Malaysia daripada syarikat Siemens.

Kita seringkali mendengar laungan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawasanya ekonomi kita berada di landasan yang betul. Keadaan ekonomi kita semakin baik hari demi hari. Oleh yangt demikian, syarikat dari luar negara tidak teragak-agak untuk melabur di negara kita yang tercinta ini.

Ekonomi  negara kita berada di landasan yang betul- Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Terbaharu, pihak Siemens telah telah menawarkan kepada Perdana Menteri bahawa Siemens mampu menyediakan bantuan kelas pertama untuk mewujudkan alat perisian untuk perindustrian internet dalam bidang pembuatan seperti Industrie 4.0 dan ingin melabur kira-kira EUR100 juta  dalam perisian untuk universiti dan kolej supaya generasi muda boleh belajar dalam sektor pembuatan.

President & CEO of Siemens AG, Mr. Joe Kaeser

Semua sudah sedia maklum bahawasanya Siemens, kuasa besar global pada kedudukan di sepanjang rantaian nilai bekalan elektrik telah bersetuju memberikan perisian yang telah mendapat permit kepada pelajar universiti dalam pendigitalan di Malaysia.

Ianya diumumkandalam mesyuarat peringkat tertinggi selepas mereka membuat kunjungan hormat  kepada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) II Datuk Seri Ong Ka Chuan dan  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 13 April 217 yang lalu.

Dengan ekonomi Malaysia yang turun naik, Siemens yakin bahawa ini adalah masa dan peluang yang terbaik untuk melabur di dalam Malaysia bagi mengembangkan lagi sumber dari mereka. Siemens juga telah berbincang dengan perdana menteri mengenai masa depan negara dan era digital bagaimana revolusi industri keseluruhan dan bagaimana ianya akan dilaksanakan di dalam Malaysia.

Oleh yang demikian, pihak Siemens yakin ianya mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada Malaysia dalam meperkasakan kepakaran dalam melahirkan tenaga kerja terlatih sejak dari zaman universiti lagi.

Siemens memaklumkan bahawa pihak mereka telah mendapat hasil kasar EUR879 juta  pada 2016 di Malaysia.

Mr. Prakash Chandran, President & CEO of Siemens Malaysia

Mr. Prakash Chandran, President & CEO of Siemens Malaysia  juga berkata “ Sejak kewujudan Siemens di Malaysia selama lebih 100 tahun, kami poasti kami akan mewujudkan satu sokongan yang diperlukan termasuklah kases kepada pendidikan, kemahiran teknologi, dan komuniti yang berdaya saing. Siemens juga telah melabur kira-kira 6% dalam bidang penyelidikan dan kajian setiap tahun. Beliau yakin dengan kajian yang dilakukan dapat menigkatkan pelaburan dua digit di Malaysia.:.

Diharapkan apa yang dilakukan oleh pihak Siemens ini dapat memberikan manfaat kepada manusia sejagat khususnya rakyat Malaysia. Saya selaku rakyat Malaysia, mendokong penuh usaha dari pihak Siemens untuk melabur di Malaysia ini.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge