Wan Nong Muzafar, Pakar Strategi Bisnes Berpengaruh di Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai seorang figura berpengaruh dalam dunia keusahawanan di Malaysia.
Figura ini diberi nama Tuan Wan Nong Muzafar. Dengan pengalaman lebih 16 tahun dalam dunia korporat dan keusahawanan, beliau mula untuk memberikan konsultasi, ceramah dan merangka strategi untuk membangunkan sesuatu perniagaan.
Dengan menubuhkan syarikat ILM Legacy Sdn Bhd, Tuan Wan Nong Muzafar menyasarkan untuk membantu para usahawan dan rakyat Malaysia yang memerlukan khidmat dan kepakaran beliau. Mana tidaknya, sekarang pihak mereka sedang sibuk untuk mengajar para pelajar di politeknik yang terpilih cara-cara untuk membuat duit melalui internet.
Dikhabarkan ada dalam kalangan pelajarnya yang telah mencapai jualan sehingga 5 angka hanya pada waktu masih belajar. Hebat bukan?
Apa yang saya lebih terkejut adalah bila diberitahu oleh Tuan Wan Nong yang beliau bukan mengajar anak muridnya untuk menjadi jutawan dengan teknik-teknik yang mengarut seperti ahli ‘motivator perniagaan’ yang lain. Teknik yang diajarnya cukup praktikal dan tidak perlu untuk menyelitkan sesuatu yang pelik-pelik yang tidak dapat diterima oleh logik akal.
Kata beliau lagi, kita diberikan akal fikiran yang waras dan mampu untuk memikirkan baik dan buruk. Aturan hidup kita juga sudah cukup baik. Solat 5 waktu boleh dijadikan pemangkin untuk kita mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup. Cukupkan solat 5 waktu dan isyaAllah kejayaan bakal menyusul.
Terbaru, syarikat ini bakal menganjurkan seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 pada 13 dan 14 Mei 2017 nanti bertempat di Ideal Convention Centre Shah alam (IDCC). Kelebihan kepada program ini adalah ianya memberikan penekanan kepada kandungan realistik dan praktikal. Tidak perlu sesuatu yang mengarut dan tidak masuk akal. Para panelis juga terdiri daripada mereka yang cukup pakar dan berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.
Kebanyakan mereka merupakan pengamal perniagaan yang pernah melalui pelbagai liku jatuh bangunnya perniagaan mereka. Antaranya ;-
-
Tuan Wan Zaki, CEO Jelitasara
-
Tuan Noorizam, CEO Emorra & GGL
-
Faizal Badry, Pengarah Pemasaran Vidmiil
-
Tuan Fazrul Ismail, CEO Akademik Sinergi
-
Puan Fynn Jamal
-
Tuan Fizo Omar
-
Tuan Wan Nong Muzafar
Dalam bengkel ini, Tuan Wan Nong Muzafar sendiri akan membentangkan strategi-strategi perniagaan bagi setiap komponen yang disampaikan dalam seminar ini.
Siapa yang patut hadir Ini Bisnes Bukan Propa 2017 (IBBP 2017) ?
-
Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
-
Berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala-tuju.
-
Usahawan yang ‘STUCK’ atau berniaga yang cukup-cukup makan.
-
Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan.
-
Usahawan yang ingin ‘UPGRADE’ perniagaan ketahap yang lebih besar.
Yang lebih menarik, seminar ini tidaklah semahal dengan seminar-seminar yang diajurkan pihak lain seumpamanya. Cukup berbaloi untuk disertai oleh semua golongan peniaga yang serius ingin lebih maju dalam bidang yang dilakukan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai beliau, sila layari :
www.wannongmuzafar.com
Atau email
Admin@wannongmuzafar.com
Facebook Fan :
https://www.facebook.com/wannongofficial/
Jangan lupa Hashtag
#IBBP #IBBP2017 #IniBisnesBukanPropa #WNM #ILMLegacy #WanNongMuzafar
Terima kasih di atas perkongsian info… 😉
Sama-sama tuan. Semoga bermanfaat..