April 23, 2025
Travel

Pusing-Pusing Tempat Menarik di Sekitar Johor Bahru Dengan Causeway Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin membawa anda menjelajah ke negeri Johor pula. Ada apa dengan negeri ini? Jom baca sehingga habis ya.

Untuk makluman semua, ini merupakan kali yang keberapa sudah saya berkunjung ke Johor Bahru ini. Sememangnya panorama serta tempat-tempat menarik di sini tidak pernah tak menerujakan saya untuk melihatnya. Dari taman tema sehinggalah tempat membeli belah. Jadi anda perlulah memasukkan Johor Bahru sebagai salah satu destinasi yang wajib anda lawati.

Jika anda berkunjung ke negeri ini, jangan lupa untuk menggunakan perkhidmatan Causeway Link sebagai salah satu pengangkutan rasmi anda di sini ya. Terdapat pelbagai tempat yang dicover oleh bas ini. Anda hanya perlu membeli pas dan dapat gunakan berkali-kali mengikut pakej yang dibeli.

Jadi anda boleh naik dan turun bas dengan mudah tanpa perlu membayar tambang berkali. Dengan menggunakan Travel Bus pass, anda boleh menjelajah ke beberapa tempat menarik di Johor dan Singapura! Ya, anda tidak salah membacanya kerana Singapura juga termasuk.

Buat masa kini, sebanyak 16 laluan disediakan dengan 31 lokasi strategik di Johor Bharu dan Singapura bagi membantu memudahkan perjalanan para pelancong berhubung dengan kedua negara berjiran ini. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi menggunakan perkhidmatan Causeway Link Rapid Bus Pass ini adalah:

  1. Angry Bird Activity Park
  2. Legoland Malaysia Resort
  3. Hello Kitty Town
  4. Johor Premium Outlet
  5. Lapangan Terbang Senai

Selain daripada itu, pemegang kad Travel Bus Pass berpeluang untuk menikmati beberapa kemudahan dan diskaun hebat daripada beberapa taman tema, pusat membeli belah, restoren dan banyak lagi.

Untuk pengguna kad  Travel Bus Pass, Ms Lim Chern Fang, Handal Indah Sdn Bhd Operations and Marketing Director memberikan promosi istimewa untuk para pengunjung di Singapura dan Johor Bharu dengan memberikan promosi ini:

 

a.            Introductory Product Promotion of Travel Bus Pass:

1.            RM46 for 2-days Travel Bus Pass (original price is RM55)

2.            RM66 for 3-days Travel Bus Pass (original price is RM80)

Bas tempatan yang menggunakan Travel bus Pass
b.            Bundled Packaged with Causeway Link Direct Coach Service (RM57 for one way)

1.            RM114 (with return ticket) + RM 15 additional charge for 2-days Travel Bus Pass

2.            RM114 (with return ticket) + RM 20 additional charge for 3-days Travel Bus Pass

Bas Ekspress

Selain itu juga, Causeway Link ada menyediakan perkhidmatan bas jarak jauh yang menghubungkan terus pelanggan ke negeri Johor ini. Lokasi untuk pengunjung menggunakan perkhidmatan bas ini adalah di  Swiss-Garden Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur.   Servis akan terus ke  LEGOLAND Malaysia Resort dan Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town di Johor Bahru. Masa perjalanan dianggarkan 4 hingga 5 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Kaunter untuk pembelian Travel Bus Pass juga disediakan dibeberapa tempat strategik di negeri Johor untuk memudahkan anda mendapatkannya.

Untuk sebarang maklumat tambahan berkenaan Travel Bus Pass dan juga waktu perjalanan bolehlah melayari laman web mereka di

https://causewaylink.com.my/ 

Datuk Tee Siew Kiong, Exco Pelancongan Negeri Johor dan tetamu kehormat  di majlis makan malam semperna FAM Media Trip di Hotel Granada

 AM: Satu usaha yang bagus dilaksanakan oleh pihak Handal Indah untuk memudahkan para pelancong berkunjung ke tempat menarik di Johor. Seterusnya menaikkan lagi jumlah pelancong ke negeri Johor khususnya. Syabas saya ucapkan.

 

 

.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Pusing-Pusing Tempat Menarik di Sekitar Johor Bahru Dengan Causeway Link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *