November 9, 2024
Travel

Riang Ria Bersama Keluarga di Angry Birds Activity Park

Assalamuaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu tempat yang menarik untuk anda kunjungi jika ke Johor Bharu iaitu Angry Birds Activity Park!

Wah! Sebenarnya ini adalah kali pertama saya berkunjung ke sini. Memang teruja tahap sampai ke bintang la gamaknya. Mana tidaknya kawan-kawan saya cakap yang saya lebih teruja dari budak budak kecil kat situ. Weh, untuk makluman kalian, masa aku kecil dulu, benda macam ini tak ada, jadi let’s try this now!

Untuk makluman semua, Angry Birds Activity Park ini terletak di JB Sentral, tempat yang cukup signifikan dan mudah untuk dicari oleh semua. Dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, ianya cukup sesuai untuk kesemua lapisan masyarakat.

Harga

Untuk makluman juga, tiket masuk ke sini adalah seperti berikut.

 

Bagi ibu bapa yang tidak ingin masuk ke dalam Angry Birds ini tidak mengapa kerana anak-anak anda akan selamat berada di dalam kawasan ini. Terdapat marshall yang akan mengawasi mereka sepanjang berada dalam kawasan ini. Ibu bapa yang ingin duduk secara santai bolehlah ke ruangan santai di atas ini.

(Oh! Ini percuma ya, jimat bajet 😛 )

Terdapat pelbagai permainan yang ada di dalam kawasan ini. Saya pun cukup teruja untuk turut sama dalam ekspedisi bermain di sini. Weh! Zaman aku tak ada benda macam ini, tu yang aku teruja sangat tu.

Berikut andara aktiviti yang boleh anda lakukan di dalam Angry Bird Park ini.

Jadi? Bagaimana? Cukup teruja untuk turut sama meluangkan masa di dalam Angry Bird Park ini? Tidak hanya dengan itu, di sini anda juga boleh mengadakan majlis-majlis yang tertentu kerana ianya terdapat ruangan yang tersendiri. Majlis sambutan hari jadi anak anda pun boleh. Semua persiapan dilakukan oleh pihak Angry Bird Park ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak Angry Bird Park ini sendiri ya.

p/s: Untuk makluman semua, Angry Bird Park ini juga antara destinasi hentian bagi travel bus pas Causeway Link.

Travel Bus Pas terbaik!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

5 thoughts on “Riang Ria Bersama Keluarga di Angry Birds Activity Park

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *