December 14, 2024
Lain-Lain

Tanah Aina Fareena, Restoran Di Dalam Keindahan Alam Semulajadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua salah satu tempat makan yang menarik iaitu di Restoran Tanah Aina Fareena.

Untuk makluman semua, sesiapa sahaja yang melalui Lebuhraya Pantai Timur pasti sahaja akan melihat pintu gerbang Tanah Aina Fareena yang betul-betul berada di tepi lebuhraya ini. Saya juga tidak terkecuali. Bertahun-tahun saya melalui lebuhraya tersebut dan melihat kewujudan Tanah Aina Fareena ini, namun terfikir difikiran saya bagaimanakan keadaan di dalamnya.

Pada Selasa yang lepas, saya telah berpeluang untuk ke sini. Wah! memang terbaik suasananya. Betul-betul berada dalam keindahan dan kehijauan alam semulajadi. Tempatnya juga betul-betul berada di tepi sungai. Sesejuk mata memandang, sejuk lagi air yang menyapa kaki. Memang terbaiklah!

Untuk sesiapa yang datang, perlulah untuk meletakkan kenderaan di bahagian kiri jalan menghala ke Bentong. Kerana pada bahagian ini terdapat ruangan parkir yang luas. Setelah itu, anda bolehlah melalui jalan disisi sungai di bawah jambatan untuk ke kafe dan  restoran mereka. Sambil berjalan, sambil menikmati pemandangan yang indah.

Wah! memang terbaik lah. Mana tidaknya, kafe ini betul-betul berada dalam kebun buah-buahan mereka. Selain air yang tenang mengalir yang pastinya memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung. Dengan segala dekorasi kafe menjadikan tempat ini lebih ekslusif dan kondusif.

Tidak hanya cantik pada luaran, namun makanan yang disajikan juga terbaiklah. Apa yang paling utama, segala masakan di sini tidak menggunakan bahan perasa dan juga sayuran dipetik segar dari kebun mereka sendiri. Anda boleh bayangkan betapa segar dan enakknya sajian yang disediakan.

Ulam raja di kebun mereka
Kangkung juga diambil dari kebun mereka sendiri
Makanan

Ayuh kita saksikan beberapa makanan yang telah saya cuba di kafe ini. Dari air minuman, lauk pauk hinggalah kepada pencuci mulut. Semua terbaik!

Rasa lemak dan kesegaran udang yang dimasak bersama nanas
Pineapple Prawn
M – RM48
L – RM90
Sweet Sour Chicken
S – RM20
M – RM35
L – 65
Tanah Aina Fish Head Curry – RM55
Resepi istimewa air tangan Puan Seri Sharifah Sabrina
Ikan Talapia Steam Nyonya
(ikut harga pasaran semasa)
Lamb Beriyani – RM25
Kambing yang empuk dan beras yang diimport khas
Spicy Mussel
M – RM45
L – RM80
Salty Egg Long Bean
S – RM15
M – RM25
L – RM45
Chicken Beriyani – RM22
Taufu yang dibuat segar di Tanah Aina Fareena sendiri
Air buah-buahan yang terdapat di sini

Macamana? Terbaik bukan? Walaupun tanpa penambah perisa yang membahayakan kesihatan, namun masakan ini memang sedap dan kena dengan selera saya. Dalam banyak-banyak ini, yang mana paling disukai oleh saya? Semestinya salted egg long bean. Serius saya memang tak suka makan sayur, namun bila makan je masakan ini tak terasa pun yang itu sayur.

Selain itu juga, di sini terdapat pohon buah-buahan. Jika anda datang kena pada musimnya, dapatlah anda menikmati segala buah-buahan yang terdapat di sini. Buah durian pun sedang memutik. kebanyakkan durian di sini adalah durian kampung. Memang sedap, isi pun padat.

Kebun durian
Durian kampung

Para pelanggan juga dapat menikmati kesegeran dan kesejukkan air sungai yang mengalir di sini. Dapatlah untuk membasahkan kaki dan juga menyegarkan muka dengan air yang mengalir ini. Sungguh mendamaikan.

Jadi buat anda yang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur, jangan lupa untuk singgah ke Restoran Aina Fareena ini ya.

Cara ke sini

Berikut cara untuk anda ke sini,

Dari Kuala Lumpur:

Perlahankan kenderaan anda dan belok ke kiri di KM54.2 dan terus ke kawasan parkir kenderaan. Dan untuk balik semula ke KL bolehlah membuat pusingan U di hadapan Shell.

Dari Bentong:

Beri isyarat untuk membelok di KM52.4 (masjid pada sebelah kiri) dan buat pusingan U di Hutan Simpan Lentang menghala ke Bentong.

Alamat: Lot 6073, 54-3 KM karak Highway, Lentang, 28700 Bentong Pahang

Telefon: 09-2339112

Website: www.tanahaina.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Tanah Aina Fareena, Restoran Di Dalam Keindahan Alam Semulajadi

  • Gambar pun dah menyelerakan, nampak macam masakan ala kampung yang ori. Sayur sayurannyapun nampak menjadi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *