Telefon Baru Hei! RM50 jerr..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca lobg yang budiman. Bagaiaman puasa? masih cukupkan? Saya naik 2 kilo 4 hari puasa nih. Adoi! Dalam nak turun berat, ternaik pula berat badan ni. Padahal makanan dah kawal dah tu.

Hari ini saya sekadar ingin kongsikan telefon baru saya! Chewaah, telefon raya la nih. Persediaan raya, siap beli telefon baru lagi. Takde la, saya beli ini sekadar untuk dihadiahkan kepada mak saya nanti. Asyik bila telefon jer tak jelas suaranya. Jadi bila hadiahkan telefon baru ini, makin mudah la untuk saya berkomunikasi dengannya.

alcatel rebat 200

Telefon ini model baru dari model Alcatel DiGi yan sebelumnya. Model baru katanya. Siap dapat housing baru lagi dia kasi. Apepun haga untuk telefon ini setelah ditolak rebat RM200 dari kerajaan Malaysia adalah RM50 sahaja. Bagi saya berbaloilah dengan harga RM50 tu untuk telefon ini.

Buat yang masih belum mendaftar tu, silalah mendaftar dan redeem telefon ini di pusat perkhidmatan DiGi berhampiran anda. Puas hati weh!

 

AM: Samsung S2 masih lagi menjadi peneman setia aku 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

14 thoughts on “Telefon Baru Hei! RM50 jerr..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge