October 4, 2024
Lain-Lain

Tiada Jiwa Dalam Menulis Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai perihal blog dan blogger pula.

blogger tiada jiwa

Tadi ketika saya melayari lama Facebook, terbaca pula luahan kawan blogger (Reez Rezluv) yang katanya blog yang mereka baca sekarang tak seperti dedulu. Mana tidaknya blog yang mereka baca dahulu berubah menjadi blog event sahaja sekarang.

 

seronok baca blog-blog yang ada cerita selain daripada kerjanya pergi event-event..kalau nak baca kena tengok…

Posted by Reez Reezluv on Wednesday, March 2, 2016

Saya juga akui blog saya pun kebanyakkannya penuh pasal event sekarang. Bukan nak cakap hotstuf dan blogger yang laris dipasaran sampai penuh jemputan event. ini kerana sekarang tiada masa untuk mengemaskini blog. Kalau dulu memang lepas balik kelas je kemaskini blog. Sampai cerita artis beranak pun diceritakan.

Namun sekarang lain kisahnya, nak kemaskini blog pun malas. Tu yang penuh cerita pasal event. Sebab apa penuh pasal event?

Kalau diikutkan memang nak cerita pasal event pun malas. Tapi bila dah pergi event, memang wajib la bagi kita untuk kemaskini blog berkenaan hal berkenaan. Ini alkisahnya wajib! Kalau tak wajib memang hal event pun tak muncul dalam blog ini. muahaha.

Apapun saya memang berusaha untuk mengembalikan jiwa atau ‘soul’ dalam penulisan agar para pembaca kembali dekat dengan blogger. Nanti saya ceritakan kisah satu persatu ok. I promise yang I akan kurangkan updated pasal event yang tak berfaedah dalam blog ini. Dan lebihkan kisah yang menarik!

Sayang anda semua ketat-ketat..hahaha

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

8 thoughts on “Tiada Jiwa Dalam Menulis Blog

  • cuba la jenguk blog kekawan yang lain…10 entri pertama tu cerita pasal apa agaknya…belum tengok kat sitemap lagi..:D

    Reply
    • Owh… nampaknya di sini lah idea menulis “Blog Ke Majalah Online?” di mohdfairiz.com tercetus, betul tak? Hehehe..

      Reply
  • saya nak jiwangkan pada blog tu adalah…

    nak kata blog ada jiwa tak tahu la pulak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *