Traveloka dan KL2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai Traveloka dan KL2017.
Semua sudah sedia maklum bahawasanya setelah 16 tahun, kali ini Sukan SEA kembali lagi ke nagara kita iaitu Malaysia. Sukan SEA kali terakhir penganjurannya di Malaysia adalah pada tahun 2001 iaitu 16 tahun lepas. Sekarang setelah 16 tahun ianya kembali menjengah ke bumi Malaysia ini dengan edisi ke 29.
Sukan SEA merupakan sukan terbesar di Asia Tenggara dengan 11 negara mengambil bahagian. Semua negara begitu teruja untuk menyertai sukan SEA edisi kali ini. Apatah kami selaku tuan rumah. KL2017 telah membuka tirainya secara rasmi dan bakal berakhir pada 30 Ogos 2017
Penganjuran sukan besar sebegini pastinya memerlukan bajet yang besar. Penajaan dari pelbagai syarikat diperlukan bagi merancakkan lagi penganjuran KL2017 ini. Salah satu penaja bagi acara ini adalah Traveloka. Ya! Traveloka merupakan salah satu penaja bagi acara sukan SEAkali ini dan merupakan official online travel partner. Menarik bukan?
Saya rasa anda semua juga sudah sedia maklum akan kewujudan Traveloka ini selaku laman web e-dagang pelancongan dalam talian yang utama di Asia Tenggara yang menyediakan semua penerbangan termurah dan tawaran hotel terbaik. Bila ingin melancong, pastinya kita akan ingat Traveloka.
Traveloka di Bukit Jalil
Selaku penaja emas bagi acara dwi-tahunan ini, Traveloka juga telah membuka booth mereka di perkarangan Stadium Bukit Jalil. Mana tidaknya, acara yang dihadiri ratusan ribu orang ini pastinya menjadi platform terbaik untuk mengenali Traveloka dengan lebih dekat.
Tidak hanya dengan itu, di booth mereka ini juga diadakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk disertai oleh para pengunjung. Yang pastinya pelbagai hadiah ditawarkan. Saya dengan berita bahawasanya hadiah yang ditawarkan bernilai RM200,000. Wow! Terbaik la bagi sesiapa yang berkunjung ke booth Traveloka ini.
Jadi bagi sesiapa yang berkunjung ke Bukit Jalil tu, luangkanlah masa untuk berkunjung ke booth Traveloka., Mana tahu rezeki anda untuk memenangi hadiah di sini kan? Saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk ke sana. Saya juga telah beberapa kali ke Stadium Bukit Jalil untuk manyaksikan beberapa acara sukan yang dijalankan di sana. Mana tidaknya, keterujaan untuk menyokong pasukan Malaysia membuak-buak. Dahla jarang sekali penganjurannya di Malaysia ini.
Bagi anda yang tidak berpeluang untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di venue acara, jangan bimbang kerana Traveloka juga menyediakan laman web livestream iaitu di travelokakl2017.com.my. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan pelbagai perlawanan di pelbagai venue yang berasingan di sini.
Tak dapat ke stadium pun anda juga mampu merasai sendiri kemeriahan dan keterujaan yang muncul dalam diri kita tatkala atlet negara kita beraksi. Yeah! Emas memang menjadi pujaan hati namun semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan atlet usah kita sangsi. Kita sebagai penonton juga perlu mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni.
Selain daripada itu juga, Traveloka selaku penaja Sukan SEA ini telah melaksanakan pelbagai promosi untuk anda semua. Mana tidaknya jika promosi pelbagai destinasi yang menarik untuk anda kunjungi. Untuk anda yang ingin mendapatkan pelbagai promosi yang menarik bolehlah lihat di laman web Traveloka.
Bagi anda yang ingin mendapatkan promosi bagi percutian dalam negara juga bolehlah berkunjung ke laman web ini (https://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia) kerana terdapat pelbagai promosi menarik untuk anda rebut. Beritahu juga rakan dari luar negara anda tentang promosi ini agar mereka juga dapat merasai pengalaman indah di negara kita ini. Menarik bukan?
Apapun semoga Sukan SEA pada kali ini berakhir dengan jayanya. Besar harapan agar Malaysia menjadi juara keseluruhan bagi edisi kali ini sekaligus mencipta kenangan indah kita sempena 60 tahun kemerdekaan pada tahun ini. Dengan target 111 pingat emas, saya amat optimis jumlah itu akan berjaya kita capai.
Apapun jutaan terima kasih diucapkan kepada para penaja yang tidak jemu-jemu dalam menjayakan program besar ini. Saya yakin, program sebegini dapat memberikan manfaat yang cukup besar kepada negara dan kita rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Traveloka ini bolehlah melayari laman web di bawah ini.
Apapun, Majulah Sukan Untuk Negara. Ingat Travel, Ingat Traveloka! See you again 🙂