vivo V23e 5G Mirage Gold Baharu dan L’Oréal Paris

vivo V23e 5G Mirage Gold | Swafoto perdana vivo V23e 5G mendapat warna baharu di Malaysia – Mirage Gold. Mengejar detik “Inilah saya.’, vivo Malaysia bekerjasama dengan L’Oréal Paris untuk membawa semua peminat vivo Kotak Hadiah Valentine’s yang unik dengan V23e 5G Mirage Gold baharu.

Mengambil inspirasi daripada sebuah taman langit yang indah yang terletak di tengah-tengah oasis, Mirage Gold menceritakan perjalanan yang ditempuh oleh para penentu trend dan pengembara mencari sebuah taman langit yang indah di tengah-tengah padang pasir emas yang luas dan memancar. Apabila mereka semakin dekat, mereka disambut dengan pemandangan rona warna padang pasir emas yang cantik yang dibiaskan dari taman tersebut dan diagumi oleh keajaiban alam semula jadi.

vivo V23e 5G Mirage Gold | Swafoto perdana vivo V23e 5G mendapat warna baharu di Malaysia – Mirage Gold. Mengejar detik “Inilah saya.’, vivo Malaysia bekerjasama dengan L'Oréal Paris untuk membawa semua peminat vivo Kotak Hadiah Valentine’s yang unik dengan V23e 5G Mirage Gold baharu.

V23e 5G Mirage Gold baharu ini menghimpunkan gabungan teknologi yang inovatif, ketukangan dan gaya artistik kepada pengguna, dan memancarkan warna berkilauan di setiap sudut. Melalui teknologi Satin AG, V23e 5G Mirage Gold menawarkan pengguna rasa yang sangat halus dan bertekstur yang lembut untuk disentuh, namun tahan terhadap kesan cap jari. Ini adalah bukti komitmen vivo untuk menawarkan reka bentuk yang mengutamakan pengguna melalui perantinya.

Dikemaskini dengan sistem kamera hadapan termaju dan teknologi AI yang dipertingkatkan, vivo V23e 5G Mirage Gold baharu memenuhi setiap keperluan fotografi dan prestasi dalam gaya. Dilengkapi dengan Kamera Potret Asli Hadapan AF 44MP, ia membolehkan pengguna merakam swafoto yang sangat jelas dengan fokus yang tajam tanpa mengira jarak. Ia juga datang dengan tiga kamera belakang 50MP + 8MP + 2MP peneraju industri untuk pengalaman fotografi yang terbaik. Menjalankan Funtouch OS 12 dan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 810, prestasi dijamin untuk kegunaan harian. V23e 5G Mirage Gold juga datang bersama bateri 4,050mAh dengan Flashcharge 44W, menjana kuasa peranti kepada 69% dalam masa 30 minit sahaja. Ia juga menampilkan Extended RAM 2.0 baharu, menambah 4GB kepada 8GB RAM menggunakan memori 128GB yang tersedia.

Ianya kini boleh didapati pada harga RM1,599 dan boleh dibeli dari 12 Februari hingga 28 Februari 2022 di semua platform.

Pelanggan yang membuat pembelian dari 12 hingga 20 Februari 2022 layak mendapat hadiah percuma bernilai RM528, termasuk edisi terhad vivo x Kotak Hadiah Valentine’s L’Oréal Paris, perlindungan retak skrin 1 tahun dan jaminan lanjutan 1 tahun. Sementara itu, hadiah dengan pembelian dari 21 Februari hingga 28 Februari 2022 akan disertakan dengan perlindungan retak skrin 1 tahun dan jaminan lanjutan 1 tahun, bernilai RM399.

Untuk maklumat lanjut tentang vivo V23e 5G Mirage Gold terkini, sila layari www.vivo.com/my atau halaman Facebook rasmi vivo Malaysia.

Teruskan untuk membaca lebih info di amirnawawi.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.