Your Malaysian is Showing… Show Our Positive Inside

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Semuga semuanya ceria dan positif sentiasa. Semperna bulan kemerdekaan ini, Astro telah mengadakan Kempen Hari Merdeka Astro yang bertujuan untuk menanamkan sifat kecintaan kepada negara kita Malaysia.

Pada Sabtu yang lalu bertarikh 24 Ogos, Astro telah mengadakan majlis pelancaran Kempen Astro di Mid Valley Megamall. Dalam majlis tersebut, pelbagai aktiviti dijalankan semperna kempen kemerdekaan ini antaranya ialah  kempen #gobeyond dan #UrMalaysianIsShowing dan juga pelancaran muzik video yang bertajuk “Excuse me Sir, your Malaysian is Showing’. 

Print

Bercakap pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, “Kempen Hari Kemerdekaan tahun ini meraihkan pelbagai keunikan sebagai rakyat Malaysia dan kami menggalakan mereka untuk melakukan sesuatu yang positif dan pada masa yang sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain. Kami juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial. Tindakan positif seperti membantu orang yang memerlukan atau menulis mesej inspirasi, akan mencetuskan Postive Engine dan setiap perbuatan positif akan dicatatkan. Kini, kempen #gobeyond Astro telah menerima sambutan sebanyak 140,000 maklum balas positif dan dan kami bertujuan untuk melebihi paras juta. “

Pada majlis itu juga diperkenalkan Positive Engine kepada khalayak ramai. Positive Engine menampilkan pelbagai rekaan yang menampilkan mercu tanda unik Malaysia. Positive Engine kini dipamerkan di pusat membeli belah Midvalley Megamall di aras 3 untuk tatapan semua. Setiap kebaikan yang kita lakukan dan disiarkan melalui pelbagai platform sosial akan dikira dan dipamerkan melalui skrin yang ada di positive engine ini.

The Positive Engine
The Positive Engine

Pada majlis ini jugak pihak Astro telah mempersembahkan buat kali pertama video muzik “Excuse me Sir, your Malaysia is showing”. Dengan kepelbagaian ras dan budaya di Malaysia, video ini mempamerkan kesepakatan dan kesepaduan budaya antara rakyat Malaysia.

Berikut adalah video muzik “Excuse me Sir, your Malaysia is showing”.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:

Jom kongsikan nilai positif yang ada pada diri anda di aplikasi ini, semoga apa yang kita lakukan menjadi peransang kepada rakyat Malaysia yang lain untuk melakukannya. Saya sudah lakukannya, anda pula bagaimana? Senang sahaja caranya,

1) Pergi ke link berikut, dan tekan ‘Join us’

go beyond1

2) Kongsikan apa aktiviti positif yang anda lakukan dan muat naik gambar anda.go beyond2

3) Seterusnya positive meter ini akan menunjukkan berapa bacaan nilai positif anda. go beyond3

Saya sudah, anda pula bagaimana? go beyond4

 

Pada majlis hari tersebut juga diadakan aktiviti untuk para bloggers dan churpers semperna dengan pelancaran #UrMalaysianIsShowing ini. Setiap blogger dan churpers dibahagikan mengikut kumpulan tertentu. Sebanyak 4 orang ahli setiap kumpulan. Campuran pelbagai bangsa dalam setiap kumpulan menguatkan lagi perpaduan kaum dalam kumpulan.

Ahli Kumpulan saya
Ahli Kumpulan saya

Setiap kumpulan diharuskan menyiapkan 27 tugasan berbeza yang menonjolkan nilai-nilai positif dan sifat mulia. Antara tugasan ialah memberikan air kepada orang ramai, membuat kenalan baru, dan mengemas meja selepas makan. Banyak lagi sebenarnya tugasan yang diberikan dan ternyata memberikan pengalaman yang mengujakan kepada saya. Dengan bantuan erat rakan sekumpulan, kami berjaya menyempurnakan tugasan itu.

Memberikan air minuman kepada pengunjung Mid Valley
Memberikan air minuman kepada pengunjung Mid Valley

Pelbagai selebriti Malaysia juga turut hadir memeriahkan majlis. Selebriti pujaan pelbagai bangsa hadir bagi memberi sokongan kepada semua. Bagi selebriti Melayu, ada Datuk Aznil Nawawi dan Lisa Surihani. Selebriti bangsa lain juga turut sama adalam majlis ini.

Lisa Surihani dan Dato' Hj Aznil Nawawi
Lisa Surihani dan Dato’ Hj Aznil Nawawi

Majlis penyempurnaan penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang oleh Lisa Surihani.

Apa yang menarik lagi dalam event ini ialah kemeja-t yang kami semua pakai pada hari tersebut. Terdapat pelbagai jenis kemeja-t yang ada dan bertuliskan pelbagai lenggok bahasa seharian rakyat Malaysia berbilang bangsa. Saya hari tersebut memakai kemeja-t yang bertulis ‘Stylo Mylo’. Anda semua juga boleh mendapatkan kemeja-t ini pada pautan ini. Mudah sahaja dan wang belian akan disalurkan pada upacara kebajikan.

Yang lebih menariknya, kemeja-t anda boleh direka sendiri. Ayuh cuba aplikasi mudah ini,

1) Cipta kemeja-t anda sendiri dan tekan butang ‘Create’,

go beyond5

Anda juga boleh lihat kemeja-t ciptaan rakyat Malaysia yang lain. Yang Pastinya setiap nilai pembelian anda akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukan.go beyond6

Apapun satu pengalaman indah apabila melakukan tugasan yang diberikan. Dapat menonjolkan pelbagai nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia. Jadi ayuh semua kawan-kawan semua kita tonjolkan segala nilai positif dalam diri kita. Untuk melihat pelbagai nilai positif yang ditonjolkan rakan-rakan kita yang lain bolehlah berkunjung ke Facebook Go Beyond dan laman web Go Beyond.

Semoga kita semua rakyat Malaysia mengamalkan nilai hidup yang positif bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai dengan kepelbagaian kaum di dalamnya.

Pesanan: Ini adalah 48 Jam Sponser Post. Terima kasih.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

13 thoughts on “Your Malaysian is Showing… Show Our Positive Inside

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge