September 16, 2024
Hal-hal Semasa

18SX- Untuk Bacaan Dewasa Sahaja

Aduh, sekrang ni segala media memang penuh nga berita yang boleh dikatogerikan sebagai untuk bacaan orang dewasa sahaja. Dari berita kes bunuh, rogol, zina, khalwat, liwat dan sebagainya. Aku pom dah rasa cam boring dah baca berita macam nih.

Tengok suratkhabar pom tajuk muka depan pom kes liwat la. Siap tunjuk video lagi tu. Aduhh, dah xde private dh benda2 macam nih sekrang. Kalau dulu tu xde la sampai buat muka depan nih. Kat TV pom dah ade siap tunjuk rakaman video lagi. Lagi la teruk. Aku bukan nak kata apa tapi aku malu la weh. Actually aku segan sebenarnya..he3

Korang bayangkan aku dok syok2 tengok cerita kartun ngan adik aku, tup tup keluar berita terkini pasal kes liwat. Maunya terkedu aku nih. Dahla aku tengok TV nga adik aku yang kecik. Aku yang tengok tu xpe la sebab aku dh dewasa..(ye ke aku ni dh dewasa?..erm). Korang bayangkan adik aku tengok berita tu. Mesti seribu soalan yang ada dalam benak mereka tu. Kecik lagi la katakan.

Adik: Bang, liwat tu ape ye?

Aku: Erk, liwat tu, ermm, adik xyah tahu la. (korang bayangkan ape yang aku tengah fikirkan untuk cakap kt adik aku ni)

Adik: Adik nak tahu je, dari semalam TV ni dok sebut pasal liwat2 nih. Mesti game terbaru kan bang.

Aku: Erk, agaknye lah. Abang pom tak tahu sebenarnya. Jom tengok cerita kartun kt Astro Ceria la plak. Tengok Superman lawan Atromen ye. (perghh, mau nya kena ubah topik nih. bayangkan kalau aku bagitahu liwat tu ape, agak2 budak2 nih paham tak?)

Sekarang nih tidak aku nafikan banyak bebenar benda yang dulunya tak keluar tV tapi sekrang dh boleh keluar dh. Cerita bunuh nga buang bayi tu macam dh biasa dahla. Sekrang nih sibuk kes video lucah plak. Konpom aku dh xnak tgk tv ngan adik aku. Byak la plak soalan yang keluar pasni. Kalu dulu ade iklan pasal deodorant tapi sekrang iklan tuala wanita pom dah ade kat TV. Sampaikan kawan aku ni terpikir, kalau iklan deodorant tu tunjuk cara nak pakai deodorent kan, tapi mengapa iklan tuala wanita tu tak tunjuk plak cara pakai tuala wanita tu kan.. hik3.. jauh sungguh menyimpang nih. Tapi korang pernah terpikir x? harap2 xde la benda tu berlaku di masa depan.. mana la nak tahu kan.

Kat atas tu berita kt dalam tv, kt dalam internet pom tak kurang hebatnya. Dari kes pak menteri rogol pembantu la, kes video seks ahli politik la, kes artis dedah sana sini la..dan macam2 berita lagi. Aku pom dh rasa cam bengang giler bila buka internet nih. Entah betul entahkan tidak berita  tuh..

Apepom gunakanlah media dengan sebaiknya..

‎”Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama” – Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

Semoga apa yang kita buat tu mendapat input yang berguna untuk kemaslahatan ummah bersama..

AM: Dah2 la dok tayang cerita2 lucah nih. Kasihan kat aku yang nak tgk cerita kartun nih..hu3

Iklan:
Sape nak hadiah yang free tu boleh la tgk sini. Free beb tanpa modal satu sen pom—> klik sini
Cherite seram terbaru. jangan tutup mata time tengok sudah la—> klik sini

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “18SX- Untuk Bacaan Dewasa Sahaja

  • “Sampaikan kawan aku ni terpikir, kalau iklan deodorant tu tunjuk cara nak pakai deodorent kan, tapi mengapa iklan tuala wanita tu tak tunjuk plak cara pakai tuala wanita tu kan”
    cadangan yang amat baik XD

    Reply
    • harap xde la menda tu dimasa akan datang. sebab sekarang ni segalanya mungkin

      Reply
  • paihujey

    kuat main politik ni abg amir..

    kalau dlm hantu kak limah…”kaki tengok DVD ni”

    Reply
    • mana ada politik, baca dan faham molek2 motif aku tulis benda nih..hu3

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *