7-Eleven Coastal Cleanup Day 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai aktiviti mencuci pantai anjuran 7-Eleven Malaysia.
Untuk makluman semua, saya telah turut serta dalam program ini yang diadakan di Pantai Morib Banting Selangor. Seramai lebih kurang 30 peserta menyertai aktiviti ini yang disertai warga staf HQ 7-Eleven dan juga beberapa orang blogger tempatan.
Perjalanan ke Pantai Morib mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah dari Plaza Berjaya di ibukota. Walaupun penat menempuhi perjalanan yang panjang, namun keterujaan untuk melakukan kebaikan membuak-buak dalam diri.
Seterus setibanya di sana, kami bersama-sama mendengar sedikit ucapan aluan dari Mr Gary brown iaitu ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia. Beliau berkata bahawa event kali ini merupakan pertama kali mereka CSR mereka bersama alam semulajadi. Sebelum ini mereka lebihkan bersama masyarakat seperti anak yatim dan warga emas.
Setelah ucapan Mr Gary, maka aktiviti pembersihan pantai pun bermula. Semua perserta dengan gigihnya memungut segala sampah yang ada disekitar Pantai Morib ini. Setelah lebih kurang 2 jam, maka aktiviti pun berakhir.
Gambar kenang-kenangan diambil bersama sampah yang berjaya dipungut oleh semua.
Semoga aktiviti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang demi kelangsungan ekosistem bumi kita ini. Hentikan pembuangan sampah secara terbuka.
Pukul 2 petang, maka sampailah kami kembali ke ibukota.
Program yang bagus… semoga 7E dpt mengadakan lebih byk program2 seperti ini pada masa akan dtg..