September 16, 2024
Food

Berbuka Puasa di NOOK Aloft Kuala Lumpur Sentral

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai hidangan untuk berbuka puasa di Hotel Aloft KL Sentral.

Untuk makluman semua, saya sendiri telah menghadirkan diri untuk merasai preview hidangan berbuka puasa di Aloft KL Sentral ini. Terdapat pelbagai makanan yang disajikan untuk dinikmati semasa buffet bulan Ramadhan nanti.

Chef bersama hidangan yang disediakan oleh beliau
Chef bersama hidangan yang disediakan oleh beliau

Terdapat pelbagai jenis makanan yang disedikan dan dimasak oleh chef pakar Aloft yang diketuai oleh Chef Hamid. Pengunjung obleh menikmati makanan buffet Melayu seperti kambing sumbat, kari ketam, rendang daging, laksa Sarawak, udang masak lemak, dan juga bubur lambuk istimewa.

aloft suhun udang - Copy
Suhun bersama udang
Aloft KL Sentral
Kambing panggang bersama nasi
aloft kerabu daging
Kerabu daging bersama kacang panjang
aloft kari ketam
Kari ketam

aloft sayur aloft ayam masak merah petai aloft 2

Tidak hanya menyediakan makanan Melayu, makanan Cina juga disediakan. Antaranya sambal hitam ikan bilis, poached lamb shank, ikan stim, ikan saba panggang dan banyak lagi. Kuih muih juga meriah disediakan untuk dinikmati para pengunjung NOOK di Aloft KL Sentral ini. Tidak hanya kuih tradisi Malaysia, kuih muih dan pencuci mulut antarabangsa juga disediakan. Antaranya, chocolate marshmallow tartlets, coconut panna cotta, dan hot almond cream.

Hidangan ini disedikan di NOOK Aloft KL Sentral bermula dari 8 Jun hingga 6 Julai 2016. Bayaran adalah hanya RM123 untuk seorang. Bagi ahli SBG, dapatkan diskaun 30% dari 8 Jun-12 Jun. Istimewa untuk yang menempah awal adalah RM95 untuk tempahan bawah 35 pax dan RM85 untuk tempahan 36 pax ke atas.

Ruang makan sekitar NOOK ini mampu memuatkan sehingga 200 hingga 220 pax satu satu masa. Jadi buatlah tempahan awal untuk mengelakkan anda dari kecewa.

Untuk tempahan bolehlah menghubungi

Aloft Kuala Lumpur Sentral

5 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral,

50470 Kuala Lumpur Malaysia

Telefon +60327231188

Fax +0327231158

Email: aloft.kualalumpur@alofthotels.com

Website: www.aloftkualalumpursentral.com

aloft blogger

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Berbuka Puasa di NOOK Aloft Kuala Lumpur Sentral

  • Kambing panggang pun ada.. suhun bersama udang pun ada.. tu yang best tu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *